Entah kenapa aku sangat berdebar untuk 13 March ni. Satu majlis perkahwinan akan diadakan. Tapi bukan majlis perkahwinan aku r. Tapi realitinya entah kenapa each time ada orang terdekat kahwin then aku pulak yang jadi resah gelisah: berdebar tak tentu pasal. Semalam bukan main susah lagi nak tidur sebab berfikir dalam otak 'Duh cam mana r hari besar tu nanti. Itu dah handle ker? Persiapan semua dah ready ker? What if kalu hari tu hujan? Or What if ttiba transport aku buat hal?' Macam aku sendiri plak yang nak kahwin. Hmmm..
I know pasangan pengantin ni mesti gila baboon jauh lebih stress memikirkan yang perkahwinan tak sampai dua minggu sahaja lagi. Dengan perancangan berbulan-bulan, persiapan itu ini, damn it make me nervous pulak. Gila. May be sebab yang bakal kahwen tu kawan yang dah kenal agak lama dan punya banyak kenangan manis bersama then I wish semuanya akan berjalan lancar that day.
Dan as a kawan, aku pun create a list gak untuk events tu. Nak memastikan yang events tu akan berjalan lancar as yang dirancang kelak. Even thought Im not important person dalam majlis tu tapi sebab aku dah janji so aku kena tepati setiap apa yang dia suroh aku buat: ambik gambar banyak-banyak untuk hari besar dia. Sebab dia antara kawan yang tahu aku akan bawak kamera 24/7 ke mana sahaja aku pergi dan aku akan snap dan snap gambar tak peduli gambar tu buruk or hilang satu kepala or senget or what ever sekalipun cukup pasti ia mampu buat kami saling tersenyum dan ketawa pada masa akan datang.
So perkara pertama dalam list aku tu ialah: BELI KAMERA BARU.
So korang tanya "What happens to your previous camera? I thought ko memang dah ada kamera apa?" dan aku jawab ngan muka separa alim "Ya, I used to have a camera tapi kamera aku dah sampai masa untuk bertemu sang Maha Penciptanya.. Hmmm"
Maka hari ni as kurang 2 minggu before the big day aku menjalankan misi survey dan membeli kamera baru. Sebab my previous camera aku beli 2 tahun lepas (tak termasuk yang LOMO yang baru beli last few month) so bila masuk kedai then agak tergamam untuk beberapa perkara:
a) Harga kamera digital sekarang ni sangat-sangat murah ngan ciri-ciri jauh lebih canggih berbanding masa aku beli last 2 years. Pendek kata budjet aku sangat banyak lagi baki yang aku leh beli banyak lagi barang kemudian hari. Wakaka..
b) Tapi kuantiti kamera digital sangat kecil berbanding DSLR. Just imagine purata setiap kedai hanya ada sekitar 5 bijik kamera digital jer berbanding ada berpuluh-puluh DSLR. So kesimpulannya tak banyak pilihan yang ada untuk aku pilih. Hmmm..
Realitinya aku belum pergi semua kedai kamera pun. Beberapa jer. Memang agak kecewa sebab matlamat utama tak tercapai tapi bab yang paling mengecewakan ialah apabila last few week aku survey secara rambang ni r. Dan ada satu kedai ni jual kamera yang design dia sangat VINTAGE ngan harga yang sangat mampu milik. Tapi as aku pergi kedai tu hari ni, kamera tu dah dijual. DAMN..
So esok kena survey lagi. Dan bila perkara pertama dah accomplish then baru leh menuju second acara plak: beli hadiah. Hmmm..
Hmmmm..
No comments:
Post a Comment