Friday, February 4, 2011

Adik Ipar

Kalau ko fikir post kali ini ialah disebabkan adik aku akan kahwin then korang salah sebab aku adalah anak bongsu dalam family then aku tak akan ada adik (melainkan ini ialah drama Melayu di mana bapak aku ada anak lain ngan isteri muda yang berkahwin rahsia) so automaicallynya aku tak akan ada adik ipar. Hmmm..

(poster yang langsung tak ada kaitan ngan post kali ni. Hmmm)

One thing yang tak best jadi anak bongsu ialah sebab tak ada sesiapa yang nak dibuli. Aku ada 2 abang dan kakak yang baik dan dalam masa sama suka buli aku masa kecik-kecik dulu. Tapi bila dah besar, satu persatu tinggalkan rumah so tinggal aku sorang sahaja di rumah doing nothing. At that time pun belum ada cd player or internet so tak ada cara terbaik untuk layan BLUE tak semudah hari ini. Nak baca buku plak aku agak pemalas bab belajar di rumah.
.
Ingat aku masa aku umor 10 tahun dulu parents pernah ada plan nak adopt anak angkat disebabkan ada sorang family ni punya anak yang banyak (akibat tak pernah dengar istilah perancangan keluarga, kondom, pill pencegah kehamilan dan etc kot). So masa dia dah mengandung tu kami memang dah nak ready gak r tapi ttiba bila dah beranak suddenly si emak sayang plak nak bagi budak laki tu sebab kata budak tu chomel plak. So that the end of the story. Kalau tak musti sekarang rumah dah sangat bising sebab aku akan sumpah seranah pada dia sebab dia selalu curik collection BLUE aku, kaki curik barang, kaki penipu, dia keluar malam balik lewat pagi, ada sorang girl datang rumah claims anak dalam kandungan dia milik adik aku or worst case scenario: dia belajar universiti lebih hebat dari aku, dia dapat kerja lebih hebat dari aku, dia dah beli kereta besar sekaligus menjadikan aku seorang abang yang looser sebab masih menganggur sehingga sekarang. Hmmm...


Sejujornya aku rasa mesti best sangat kalau aku ada adik. Sebab aku ada 2 orang abang dan kakak yang sangat hebat. I wanna be a great brother to someone as apa yang abang-abang dan kakak aku pernah buat great thing pada aku. 


Tapi sejujornya jugak aku lebih yakin kenapa tuhan tak takdirkan aku ada seorang adik. Aku bukan seorang abang yang baik then aku hanya akan menjadikan adik aku jauh lebih rosak berbanding aku. Aku akan masukan idealogi yang pelik-pelik dalam otak dia. Aku akan ajar dia perkara yang pelik-pelik. Walaupun niat aku baik tapi penghubungnya tetap sama. Sama seperti bila aku berkawan ngan beberapa budak 'baik-baik' dari Fakulti Pengajian Islam tu sehingga lama kelamaan mereka pun jadi rosak sebab aku ni memang sediakala racun perosak. Hmmm..







Last few month aku pernah keluar ngan sorang cousin aku yang aku dah lama anggap dia as adik. She still in early 20: pada usia yang dia akan anggap setiap cinta yang dia jumpa as cinta sejati sehingga kalu ada monyet yang gunting rambut cam TOMOK pun dia akan kata as kacak. Dipendekan cerita parents dia and even seluruh ahli keluarga yang pernah jumpa that boy pun akan kata tak suka. Budak lelaki tu pulak memang muka sebijk cam TOMOK (erk), umur yang sama, ngan mentaliti otak yang sama, baru kerja dan cousin aku yang sedang dalam hati ada taman tu ngan ayat bunga-bunga cerita hal kahwin, jodoh, cinta sejati, halangan keluarga etc.

Hari ni tadi aku jumpa budak tu ngan cousin aku. Aku memang tak suka budak tu. Tapi kalu aku kata aku tak suka pada cousin aku then dia tak ada sesiapa lagi yang dia leh share if anything happens. I needs to be her ear ketika family lain menentang. 


Aku tahu yang cinta tu bukan cinta sejati untuk dia. Lepas tu dia akan jumpa other guy dan other guy lagi dan lagi dan lagi. And that TOMOK look a like guy terlalu budak kecik yang tak matang and know nothing melainkan teruja nak FUCKING anak dara orang then gelabah bila perut budak tu membuncit.







Some wise guy ada kata: cara terbaik untuk mengajar budak berenang ialah dengan membiarkan dia lemas sebab automatically dia akan tahu berenang sendiri. Cuma kebarang kalian untuk dia mati lemas pun besar jugak kan?









BTW aku tak pernah belajar kebarangkalian masa sekolah dulu sebab masa tu aku accident dan cuti 2 bulan. Hmmm..

No comments: