Pilihanraya kampus di Universiti-universiti di Malaysia rasanya baru sahaja habis. Aku tak ikut sangat pun pasal tak ada dalam berita nak diikuti dari penamaan calon, manifestasi (betul ke ejaan ni?), hari pengundian sehingga bagitahu siapa yang menang dan siapa yang kalah. Cuma tahu tentang hal ni pun melalui: FACEBOOK apabila ada pro-aspirasi dan pro-pembangkang kuar issue berbangkit. Hmmm..
(UKM tetap di hati)
Piliharaya universiti adalah pilihanraya yang aku tak akan lupa sampai bila-bila sebab ia adalah pilihanraya pertama yang aku pernah involve with. Dan sejujornya 3 kali pilihanraya yang aku pernah ambil bahagian ketiga-tiganya ialah pilihanraya universiti. Sebab pada tahun 3, pilihanraya umum dijalankan aku berada di SELANGOR then tak dapat mengundi untuk SARAWAK so aku pergi GENTING enjoyed ngan kekawan. Wakaka
Being a senior in university, banyak junior-junior yang tanya "Betul ke kalau undi pembangkang then akan disingkirkan dari kolej next semester" So aku ngan muka sedih pun berkata "No honey, aku undi pembangkang sepanjang 3 tahun di universiti dan satu semester pun aku tak pernah ditendang keluar kecuali tahun 3 apabila kolej kami buat renovation jer."
Pilihanraya universiti adalah pilihanraya yang aku tak jumpa istilah DEMOKRASInya. Student diberi statement separa ugutan dari first day mereka melangkah kaki ke universiti sehingga malam before pilihanraya: kalau pilih 'pihak tertentu' ni then mereka akan stay dalam kolej. Ingat lagi masa tahun 3, waktu tu aku dan ISYRAF tengah buat rakaman filem pendek untok projek TESL kami dan kebetulan next daynya pilhanraya kampus. Waktu tu r JAKSA kolej ngan Pengetua ngan abang-abang MASTER kumpulkan student ngan bagi separa warning dan halang kami on-kan video recorder sebab takut ada adegan tak best dirakam kelak. Hmmm..
Ia agak pelik apabila ramai orang yang sepatutnya bertindak as atas pagar sahaja telah turun padang bagi support to satu team ni sahaja. Sedangkan pilihanraya kampus ni ialah proses memilih suara wakil dikalangan pelajar. Tapi bila menglibatkan golongan-golongan pentadbiran atasan, it seems pilihan ni akan menentukan nasib negara aka seolah-olah pilihanraya kampus yang melibatkan aspirasi dan pembangkang ni ialah UMNO vs PAS jer (sebab waktu aku dulu PKR belum famous lagi dan most students yang fanatik issue pilihanraya ni ialah dari golongan Melayu jer). Hmmm
Sejujornya aku melihat pilihanraya kampus adalah satu tapak yang cukup besar dan penting dalam membentuk generasi baru yang akan mempengaruhi politik negara pada masa akan datang. As kita tahu kita punya students universiti before wujud akta-akta khas untuk Universiti dan Kolej Universiti dulu amat berperanan kuat dalam kerajaan. Kita mampu menguling dan membentuk kerajaan yang kita nak tapi bukan melalui reformasi dan kekejaman r.
Tapi cuba korang tengok what will happen to our next pemimpim masa depan based on pilihanraya kampus sekarang ni?
Aku tak berminat dalam politik dan tak teringin nak join mana-mana parti politik. Tapi politik is part of our life. Kita nak tak nak kena ambil tahu gak. Mungkin kita boleh kata: Hei there are no such things as separa ugutan berlaku dalam realiti sebenar. Yap. May be korang benar atau mungkin korang cuma tak perasan. Mungkin each time ada pilihanraya kecil dan banyak pembangunan, projek, hadiah, isu-isu berbangkit ttiba berjaya diselesaikan dan korang still leh kata ia kebetulan. Dan bila korang tengok berita then korang mulai perasan bahawa Kerajaan sentiasa betul dan Pembangkang sentiasa salah dan korang mulai percaya setiap apa yang korang lihat, setiap apa yang korang dengar as BETUL.
.
.
.
.
.
.
Masih ingat waktu kecik apabila kita disuap makanan each time kita lapar. So at that time parents kita adalah yang terbaek dan semua yang parent kita kata adalah betul. Bila kita dewasa kita realise that our parents as a human yang not perfect. Sometime they dont know everything dan ada masa salah.
What Im saying is bukannya aku suruh kita gigit balik orang yang pernah bagi kita makan. Cuma kita dah dewasa. Jangan asyik benarkan diri kita disuap supaya kita hanya angguk-angguk pada apa yang mereka nak kita lihat, pada apa yang mereka nak kita dengar. Kita ada otak. Fikir. That it. Terlebih-lebih nanti jadi kambing hitam masuk ISA atas alasan DEMOKRASI. Hmmm..
3 comments:
undilah parti cap ayam, sbb kalo diorg tak buat spt yg diorg jnjikan kite bleh smbelih diorg buat sate..wakakaka
Apakah yg telah berlaku terhadap komen pertama sehingga diremove? Hmmm
Razzy, baju cap ayam ko memang bagi impak besar dalam hidup ko rupa2nya. Tapi apakan daya, kini aku seorang vegetarian so no more chickens or any chicks.. Hmmmm.. wakaka
Post a Comment