Saturday, May 21, 2011

The Other Part

(Yap.. Aku dah berada di Sarawak setelah hampir 2 minggu 'melencong' keluar)
Aku pernah dan selalu terfikir: What if kalu satu ketika dahulu after parents aku berkahwin dahulu dan mereka decide untuk menetap di Johor rather than berada di Sarawak as sepatutnya berlaku? What will happen to my life?


Secara umumnya aku pasti tak akan rapat ngan family sebelah bapak aku. Aku hanya akan balik Sarawak beberapa tahun sekali jer. Aku tak akan kenal ramai family members sebelah sana. Aku tak tahu Sarawak ada berapa daerah or apa lagu negeri Sarawak etc. Dan dalam otak aku akan ada label bahawa orang Sarawak mostlynya still tinggal bawah pokok and still potong kepala orang untuk ritual bangsa-bangsa tertentu (naaaaaa). Tapi still aku akan sangat-sangat excited each time nak balik Sarawak sebab ia adalah the other part of me yang aku tak pernah kenal rapat pun. Aku hanya tahu bahawa sebahagian darah yang mengalir dalam diri aku berasal dari sana. Hmmmm…

Dan secara khususnya pulak: aku tak akan ada berada di tahap ni di sini pada masa ni. Aku tak mungkin akan belajar ke tahap university. Sekadar lepasan SPM ngan keputusan cukup-cukup bernafas dalam lumpur jer. Kalau aku duduk kat kampung then at least aku akan ada pelajaran ilmu agama extra sikit sebab belajar sekolah agama r (wakaka) or worst jadi kutu kampong. Or kalau aku duduk bandar plak then aku akan bekerja di Dunkin Donut as kerja sepanjang hayat aku.

Plus aku tak akan berblogging as today, bersaiz badan double or triple than today akibat kahwen awal atau sememangnya kuat makan or kalau tak aku akan jauh lebih bersosial daripada sekarang nih. Hmmm



Positif sidenya pulak aku akan menghargai erti hidup jauh lebih dari sekarang. Aku tak akan as manja as sekarang yang dengan mudah resign kerja tanpa ada sebab. Mungkin aku akan cari makan ngan kerja jual makanan kat pasar malam di setiap pasar malam yang ada di daerah aku or bersebelahan. Or aku akan kerja di Felda kelapa sawit uncle aku. Or as aku kata tadi: kerja di Dunkin Donut, Mc D, KFC, Kluang Rail Coffe kat Plaza Angsana as kerja sepanjang hayat aku. Or jadi gigolo.. Wakaka









Disebabkan selepas parents aku kahwin and mereka decided untuk menetap di Sarawak then aku berada di tahap ni di sini pada masa ni. 

Hasilnya aku tak pernah rapat ngan family sebelah emak aku. Aku hanya akan balik Johor beberapa tahun sekali jer. Aku tak kenal most of our family members sebelah sana. Aku tak tahu Johor ada berapa daerah or apa lagu negeri Johor etc. Tapi still aku sangat-sangat excited each time nak balik Johor sebab ia adalah the other part of me yang aku tak pernah kenal rapat pun. Aku hanya tahu bahawa sebahagian darah yang mengalir dalam diri aku berasal dari sana. Hmmmm…






























Balik ke kampung halaman di Johor membuatkan aku tersedar banyak perkara…

No comments: