Monday, May 9, 2011

Puduraya

Perjalanan aku akan ditunda 1 hari lagi so still ada masa untok berblogging. Hmmm..
Mode: dengar lagu Kuala Lumpur- Altimet feat Noh

Orang kata tak lengkap perjalanan ke Kuala Lumpur kalau tak jejak kaki ke KLCC, KL tower, Pavilion, Bukit Bintang etc. Tapi bagi aku orang tak akan tahu sisi sebenar Kuala Lumpur kalau tak pergi Chow Kit Road, Pasar Malam Jalan TAR, Masjid India, Petaling Street, dan banyak lagi tempat yang tak dibagitahu dalam iklan perlancongan negara..


Aku pernah ada banyak kawan yang lahir di area Lembah Klang yang tak pernah pergi tempat-tempat yang aku bagitahu tadi. Bagi mereka, tempat tu ialah zone gelap Kuala Lumpur yang tak patut dijejak sebab tempat tu berpotensi kena ragut, ada pelacuran, perculikkan dan banyak lagi perkara tak best berlaku r. Tapi realitinya aku zaman universiti dulu, tempat tu cam tempat permainan aku jer. Memang r tempat tu tak bersih or tak teratur or banyak bangsa asing, lagu-lagu asing plus rasa cam berada kat Indonesia or India jer tapi it not as bad as yang digembar-gemburkan masyarakat.

..

Tadi tengah layan Malaysia Hari Ini kebetulan pulak keluar issue Puduraya yang terkini. Aku tersenyum. Ada kenangan di situ. Kalau tak siap aku last time aku jejak kaki di situ ialah pada 1998 rasanya. Waktu tu ngan parents ngan Angah and Uda melancong di Kuala Lumpur. Puduraya at that time sangat hitam dan sesak ngan manusia. Kami pulak nak balik ke Johor rasanya waktu tu. Sebab bas yang akan balik Johor lambat lagi then aku sempat beli komik Doraemon dan Dinosour rasanya. Sempat tidur-tidur kat bangku panjang, ada orang jual barang etc.. Even masa bas dah sampai, kami almost sesat sebab ada banyak bas dan dengan asap dan bau serta malam lagi.. memang feel r












Walaupun aku belajar di area Lembah Klang dan Kuala Lumpur dah terlalu biasa tapi aku tak pernah terfikir nak masuk ke dalam sana. Sekadar ambik komuter berhenti di hentian Plaza Rakyat (kalu tak silap aku namanya kan?)























Esok akan jejak kali balik situ.. Hmmmm...



















So jejaklah kaki bukan ke tempat ternama jer tapi setiap sisi tempat tu sebab kita akan belajar banyak perkara.. Sama seperti diri manusi gak, jangan lihat pada sisi terbaik mereka sahaja tapi juga pada bahagian sisi hitam mereka. Hmmm..

2 comments:

razy san™® said...

ape lagi AJ, jom la lpak kalo ko free nanti..

Aj Abdullah said...

wakaka.. itu r masalahnya.. aku ni x gi sana atas tujuan perlancongan. sampai kl jap terus ambik bas gi kuantan.. kalu nephew aku dah wokey terus balik johor plak.. huhuhu..