Sunday, May 22, 2011

Kuching-KL-Kuantan

Selepas baby Adam demam dan ditahan di hospital beberapa hari, emak terus decide nak gi jumpa cucu dia. At first aku fikir emak akan pergi dengan bapak tapi last-last minute baru aku tahu yang aku yang akan menemani emak nanti. So that how perjalanan tu bermula.


Flight ke KLIA pada jam 9.15 pagi. Penumpang penuh dan cuaca sangat baik so perjalanan cam biasa. Dan ini first time guna FIREFLY tapi realitinya tak ada beza sangat ngan penerbangan perkhidmatan lain kecuali muka steward n stewardess diaorang agak 'kebanyakkan' r. Wakaka. Cuma penerbangan bila dah masok tanah Semenanjung, kapal terbang sedikit kurang stabil r. Tengok luar puteh jer. Tak pasti either awan tebal yang panjang or jelebu yang teruk. Tapi akhirnya selamat sampai ke KLIA gak. Tak ada apa pun yang berubah pada KLIA walau last time datang situ 3 tahun lepas.. Hmmm..


Aku berada di Kuala Lumpur sangat sekejap. Rasanya 2 jam cam tu jer. Sejam dalam bas dari KLIA ke KL Central dan kurang sejam tunggu bas di Pekeliling (tak jadi guna Pudu) before berangkat ke Kuantan. So tak sempat nak ke mana-mana or jumpa sesiapa pun. Tapi menjejak kaki jer aku di KL, benda pertama yang aku beli ialah Whooper BURGER KING.. Wakaka.. Rindu r pulok..


Perjalanan dari KL ke Kuantan sangat lancar. Al maklum guna lebuhraya. Perjalanan ambik masa 3 jam setengah jer. Dan kami tiba di Kuantan then tunggu Uda balik kerja then terus ke Kuantan Medical Centre  (KMC) tempat baby Adam kena tahan. Adam dah ditahan hari ke 4 waktu tu. Mukanya kembang sikit dan tumbuh ruam-ruam. Aku sangat tak tahan tengok bbudak kecik yang sakit. Adam still 9 bulan. Sejam lebih di hospital then tengok luar hari still cam siang sedangkan jam dah pukul 7 petang.. Wakaka (lawak kalu korang dari zon masa berbeza then korang faham r)


Second day, walaupun Adam still ditahan tapi aku dah memulakan aktiviti penjelajahan aku di Kuantan sebab nenek dia ada dan Uda pun ambik cuti gak. KMC terletak di tengah bandar or even dalam ayat yang lebih tepat lagi: SEMUAnya ada di bandar Kuantan. Hospital, balai polis, stadium, masjid, terminal bas etc semuanya berpusat di tengah bandar. Bagi aku Kuantan based on seminggu berada di sana kira cam bandar-bandar lain di semenanjung cam bandar Seremban, Kajang etc kecuali ia agak padat dan tak teratur sikit. Ada banyak shopping kompleks tapi mostly dalamnya banyak dah tutup or kosong plus sunyi sebab tengok Kuantan penduduknya pun tak banyak sangat. Tapi kalu keluar malam memang JAM jer jalan raya. Hmmm..


On weekend kami berjalan lebih jauh: Pekan. Emak asyik cerita pengalaman zaman muda mudi dulu gi Kelantan dan singgah di Pekan. Emak cerita Pekan dulu as banyak tahi lembu di merata-rata tempat. Tapi sekarang dah tak ada r. Pekan ialah sebuah pekan (hmmm) yang kecik jer. Ia adalah bandar di Raja bagi negeri Pahang. Yap, kawasan kediaman di Raja dan persekitaran sangat besar. Namun di bandarnya tengah upgrade jalan so kami tak dapat singgah di banyak tempat. Tapi sempat lepak sambil makan cendol di pinggir sungai apa entah namanya menikmati angin sepoi-sepoi bahasa ngan suasana sekeliling yang sangat kurang sibuk..


Kemudian lepak di Teluk Cempedak yang suasananya totally cam berada di somewhere else bukan Malaysia jer. A bit cam bi Phuket, Thailand jer. Even kalu tengok reka bentuk KFC and Mc D nya pun berbeza sangat feelnya.Rasa cam kat Hawaii pun ada gak.. Wakaka.. Terlampau sudah

















(bersambong)











Plus trivia perkara yang aku first time alami dan aku alaminya di Pahang ialah:
i. First time terjumpa samseng jalan raya yang sesukahati break mengejut tengah line laju yang depan tak ada sesapa pun then slow pemanduan sebelah kita dah tunjuk lambang lucah.. Damn nervous.
ii. First time terjumpa pekerja yang customer servicenya sangat teruk. Aku tanya sorang minah ni then dengan kasarnya suroh aku gi tempat lain then sambong borak. OMG sangat SHIT.
iii. First time jumpa orang susah yang tak mampu (or tak nak) menyekolahkan anak-anak mereka sedangkan rumah ada ASTRO dan leh beli kereta jenama luar negara lagi.. Hmmm..

No comments: