Tuesday, October 14, 2008

Earl’s List

At the final year di Universiti, akibat pengaruh roommate aku yg slalu bwat marathon drama series My Name Is Earl (inspirasi aku letak tittle blog ar) then aku pon start bwat list aku sendiri. List tentang kesalahan yg pernah aku bwat, perkara yg perlu aku bwat yg aku x brani or lepas tangan at the past. Then hasilnya ada kira2 30 list dan shingga tamat tahon 3 aku dah selesaikan bbrapa tugasan. Tapi kemudian sampai sekarang aku dah hilang list 2.

Blog kali ni bukan cerita ttg list 2 tapi ada kaitan gak r. entah apsal dlm seminggu ni ada event yg mengaitkan aku kembali pada list 2. Ttg senarai yg pertama.

Last Saturday layan paper nak carik kerja sambilan gak r. terlihat 1 kolum. Kerja kedai ice cream. Aku tersenyom. Mmg niat nak sangat try mintak. Tapi I know the result. Aku x boleh. Sekali lagi my psoriasis jadi halangan. So cita2 untok kerja kat Pizza, KFC or Mc D teros terkubor. Plus ssb nak kerja Mc D ialah pasal aku leh r layan French Fries hari2. Wakaka.

Then hari ni plak masa nak amik baby boy aku dari tadika then ada sorang bro ni tegor r. aku kenal dia. Dia pon kenal aku. Dia pon penghidap psoriasis sama cam aku. So cakap2 r. dia dah kawin. Even ada family dah. Kerja kampong jer. dia cerita r. cam mana dia kalu boleh x nak r jalan2 raya. Perlu salam2 ngan orang. Tau2 r mulot orang bukan boleh tutop. Berdiri lama2 pon sakit. Bwat apa2 kerja susah. Pandangan org lagi. Aku paham.

Ttg senarai 2 balik. Senarai paling atas aku letak ialah perkara yg paling aku takot nak bwat. Benda yg dah lama aku perlu bwat. PERGI KE PERSATUAN PSORIASIS. Entah kenapa aku cukop x berani. Sangat2 x tau kenapa aku x berani untok jumpa org yg senasib dgn aku. Mendengar cerita yg sama. Derita yg sama. Layanan manusia sekitar yg sama. Adakah aku akan jadi lebih kuat? Atau akan terus melemahkan aku.

Aku dah kehilangan zaman kanak2 aku. Aku dah kehilangan zaman remaja aku. Ada banyak perkara dan benda yg sepatutnya boleh aku bwat tapi aku x bwat. Sekarang aku dah bangkit dan sangat2 positif (aku harap ia akan kekal selagi x ada yg cuba nak menjatuhkannya lagi). Cuma ada masa sangat2 nak merasai semua rasa yg x pernah aku rasa.

Cam lirik lagu HUJAN tu. Kira2 cam ni r:

Dindingnya terlalu tinggi
Sukar untok aku daki (atau dekati)
Kucuma mahu tahu apa ada disebelahnya (atau disebaliknya)

2 comments:

Mie Amour said...

aj, y don't u just go to the psoriasisnyer prsatuan tu?i know that it'll make u better..blieve me bro..try laa..

Aj Abdullah said...

i ll try my best.. thanks 4 da support..!!