Showing posts with label mengaroot. Show all posts
Showing posts with label mengaroot. Show all posts

Saturday, March 21, 2020

Awat? Laki Hang Bodoh Piang Sangat Ka Part Shopping Ni?

Dua hari ni aku terbaca beberapa post berbaur meme/satire/jenaka tentang para-para lelaki yang mostly berstatus suami orang yang berjuang sehabis daya untuk shopping barang dapur buat keluarga. Siap ada yang buat video call ngan wife kat rumah tanya betul ke sayur yang mereka perlu beli then tak kurang yang kena marah oleh wife etc.


Yap, it does sound funny at first but apabila banyak post-post yang hampir sama keluar then ia bertukar feel. Membuatkan aku terfikir beberapa perkara. Lelaki yang berstatus suami ni memang useless habis ke? Selama ni yang beli barang dapur tu kerja wife dia je ke? Ke masa dia ikut shopping then kerja dia just tolak trolly sambil main phone dan bayar bila sampai kaunter? Like seriously?

Dan sepanjang dia hidup dari kecik sampai kahwin, dia dan seluruh adik beradik lelaki dia just dilayan seperti raja dalam rumah dengan kau tak pernah pergi dapur tengok mak kau masak sebab sedar-sedar je semua makanan dah terhidang dan kau ready nak masuk dalam mulut je. So sampai ke tua kau tak tahu yang mana bawang merah, yang mana kobis, tepung gandum etc? So bila dah kahwin then isteri suruh beli ayam seekor then kau dengan bodohnya tak tahu mana ayam lalu kau beli kambing?



Then hari ni ada minister yang hadkan hanya ketua keluarga je boleh keluar beli barang dapur untuk mengehadkan pergerakkan bagi menghentikan penyebaran covid-19.



So para suami ni makin gelabah. Ada yang dah prepare nak hafal yang mana satu halia, yang mana satu lengkuas, yang mana satu bayam, yang mana satu kang kong etc.




Like seriously?





Then membuatkan aku mempersoalkan IQ para suami bergelar lelaki ni ialah apabila kau shopping barang dapur kat dalam mall kot. Semuanya dah ada label. Sekalipun kau buta warna untuk bezakan antara bawang putih dan bawang merah then memang dah tertulis dengan jelas. Kalau kau buta huruf or lupa bawak cermin mata sekalipun but still kau boleh tanya pekerja. Tak logik kot untuk kau buat video call hanya sebab kau tak tahu beza antara bawang merah dan kau fikir ia labu.


Lain ar kalau wife kau suruh pergi pasar basah then suruh beli rempah ratus yang perlu dicampur berasingan ke or sayur hutan yang orang jarang pernah jumpa ke or paling basic kena pilih ikan ke? It takes a skill sikit ar kot.






Untuk untuk bakal isteri, isteri-isteri, ibu-ibu tolong ajar anak lelaki korang beli barang dapur since dari mereka kecik lagi. Jangan letakkan mindset yang lelaki tak perlu ke dapur, tak perlu buat kerja rumah, tak perlu itu ini sebab ia kerja perempuan. Ajar anak lelaki korang untuk jadi bakal suami yang terbaik. That it sebelum aku mengarut lebih panjang. Hmmm





p/s: tambahan. Aku cakap tentang barang dapur jer. Bukan isteri suruh suami beli tuala wanita, bahan buat kuih-muih etc

Monday, October 22, 2018

Aj With A Hidden Talent

Aku baru dapat tahu yang aku sebenarnya ada bakat tersembunyi (mungkin orang yang kenal aku dah lama tahu cumanya mereka tak nak bagitahu aku je) iaitu aku mampu buat orang rasa annoyed terhadap aku tanpa aku perlu berusaha keras untuk buat apa-apa a.k.a dalam bahasa lain dengan hanya menjadi diri sendiri je.


Buktinya dalam tempoh sebulan aku dah dapat dua kali ancaman untuk mencederakan aku, kata-kata berbaur makian, tengok aku je terus nak buat vandalism ngan buat muka benci etc. Sebulan yang lepas pulak ada management atas aku yang sakit hati dan kata aku tak hormat dia, kata aku tak dapat terima kenyataan yang dia dah dinaikkan pangkat, boss lebih percayakan dia, menyebar cerita keburukkan aku kat orang lain etc. Sebab untuk kedua tu berlaku ialah: aku tak ada buat apa-apa pun. Aku just jadi diri aku tanpa berniat nak buat apa-apa yang nak menyakitkan hati sesiapa pun. Mungkin itu asal usulnya haters kot.


Sama macam pekerjaan sebelum ni. Aku just buat kerja macam biasa then dua ekor senior ni asyik mengadu domba, make fun of me in front of the boss a.k.a membodek teruk ar. Mereka rasa sangat tergugat dengan kedudukan aku yang totally no body. 


Atau waktu aku sekolah menengah dulu, kalau parents aku keluar dan tinggal aku sorang diri kat rumah then ada je yang call dan terus sumpah seranah aku. Bila fikir-fikir balik, aku tak ada ar jahat mana sangat pun kot. Aku hanya menjadi diri sendiri je kot.












Kalau aku tak boleh bebas menjadi diri aku sendiri pada usia 30-an ni then shame on me dan kalau kau masih lagi mengharap orang lain untuk ubah perangai mereka ikut apa yang kau nak dan umur kau dah cukup lanjut then poor you. 













Jadi kau rasa bakat terpendam aku tu berguna tak? Dan apa bakat tersembunyi korang?

Monday, November 17, 2008

YETTA’S LETTERS


Yetta ialah watak yg wujud dlm comedy series ‘The Nanny’. Dlm bab hari ni Sylvia (mak Fran) bawak surat2 lama Yetta (nenek Fran) masa muda2 dulu. Surat tu ialah penulisan Yetta untok Richard aka balak dia sebelom kawen ngan Joe (datok Fran). Menjadikan cerita ni gramatis bila masa Yetta berada dalam kapal masa nak jumpa Joe, dia bekenalan dan jatoh cinta ngan si Richard plak. Dsebabkan yg family Yetta ni dah awal2 lagi ator pkahwinan dia ngan Joe then kisah cinta dia ngan Richard terputos r. So cara dia nak kekalkan rasa cinta dia ngan Richard then dia tulis surat hari demi hari sampai r bertahon2. Dalam surat 2 dia cerita ttg semua prasaan dia. Tapi probs dia ialah dia x ada alamat si mamat Richard 2. Then surat 2 teros tersimpan r…


Pernah dengar x idea ‘SURAT YG XKAN SAMPAI’..?


X pasti dari mana aku penah dengar idea 2 sebelom ni. Tengok tv, pembacaan or dari kekawan kot. x pasti plak. May b wujud dlm idea psikologi kot. X pasti r. Apa yg korang perlu bwat kira2 cam: 1 st- kita target sorang yg kita nak bagitau something yg kita x berani nk bagitau depan2. 2 nd- then kita luahkan semua apa yg tebuku dlm kepala hotak kita dlm sekeping kertas. 3 rd- masok dlm sampol surat, lekatkan setem ngan alamat rumah dia skali… then siap r. ideanya kira kita leh luah r perasaan kita yg slama ni x tkeluar ngan imaginasi dia akan terima surat 2 betol2 (huu bunyik cam looser plak)..




Tp just imagine kalu parents kita ttiba jumpa surat 2 atas meja then tolong poskan untok kita… naya wei…





Tp x kan ko nak biarkn perasaan ko tpendam tanpa x dia tau apa yg ko nak bagitau kan? Then nak biarkan surat 2 merepot cm 2 jer? Hantar jer r surat 2 wei.. klau x bdepan jer teros…Kalu x hntr sms or paling koman e-mail (bila dh click sent alamatnya x leh amik balik r wei) Bak kata Berita harian “Zaman kan dah berubah.. dunia dah maju..”





Nota kaki: Berat semalam dan hari sebelom 2 ialah 68 kg. Ari ni ttiba naek balek jadi 69 kg plak..