Showing posts with label Blogger Kuching. Show all posts
Showing posts with label Blogger Kuching. Show all posts

Saturday, March 21, 2020

Awat? Laki Hang Bodoh Piang Sangat Ka Part Shopping Ni?

Dua hari ni aku terbaca beberapa post berbaur meme/satire/jenaka tentang para-para lelaki yang mostly berstatus suami orang yang berjuang sehabis daya untuk shopping barang dapur buat keluarga. Siap ada yang buat video call ngan wife kat rumah tanya betul ke sayur yang mereka perlu beli then tak kurang yang kena marah oleh wife etc.


Yap, it does sound funny at first but apabila banyak post-post yang hampir sama keluar then ia bertukar feel. Membuatkan aku terfikir beberapa perkara. Lelaki yang berstatus suami ni memang useless habis ke? Selama ni yang beli barang dapur tu kerja wife dia je ke? Ke masa dia ikut shopping then kerja dia just tolak trolly sambil main phone dan bayar bila sampai kaunter? Like seriously?

Dan sepanjang dia hidup dari kecik sampai kahwin, dia dan seluruh adik beradik lelaki dia just dilayan seperti raja dalam rumah dengan kau tak pernah pergi dapur tengok mak kau masak sebab sedar-sedar je semua makanan dah terhidang dan kau ready nak masuk dalam mulut je. So sampai ke tua kau tak tahu yang mana bawang merah, yang mana kobis, tepung gandum etc? So bila dah kahwin then isteri suruh beli ayam seekor then kau dengan bodohnya tak tahu mana ayam lalu kau beli kambing?



Then hari ni ada minister yang hadkan hanya ketua keluarga je boleh keluar beli barang dapur untuk mengehadkan pergerakkan bagi menghentikan penyebaran covid-19.



So para suami ni makin gelabah. Ada yang dah prepare nak hafal yang mana satu halia, yang mana satu lengkuas, yang mana satu bayam, yang mana satu kang kong etc.




Like seriously?





Then membuatkan aku mempersoalkan IQ para suami bergelar lelaki ni ialah apabila kau shopping barang dapur kat dalam mall kot. Semuanya dah ada label. Sekalipun kau buta warna untuk bezakan antara bawang putih dan bawang merah then memang dah tertulis dengan jelas. Kalau kau buta huruf or lupa bawak cermin mata sekalipun but still kau boleh tanya pekerja. Tak logik kot untuk kau buat video call hanya sebab kau tak tahu beza antara bawang merah dan kau fikir ia labu.


Lain ar kalau wife kau suruh pergi pasar basah then suruh beli rempah ratus yang perlu dicampur berasingan ke or sayur hutan yang orang jarang pernah jumpa ke or paling basic kena pilih ikan ke? It takes a skill sikit ar kot.






Untuk untuk bakal isteri, isteri-isteri, ibu-ibu tolong ajar anak lelaki korang beli barang dapur since dari mereka kecik lagi. Jangan letakkan mindset yang lelaki tak perlu ke dapur, tak perlu buat kerja rumah, tak perlu itu ini sebab ia kerja perempuan. Ajar anak lelaki korang untuk jadi bakal suami yang terbaik. That it sebelum aku mengarut lebih panjang. Hmmm





p/s: tambahan. Aku cakap tentang barang dapur jer. Bukan isteri suruh suami beli tuala wanita, bahan buat kuih-muih etc

Wednesday, January 4, 2017

Hari Pertama Sekolah

Siapa ingat kali pertama korang massuk sekolah dulu sila angkat tangan. Aku? Hell no..!! Aku tak ingat pun apa yang berlaku minggu lepas, inikan pula apa yang dah berlaku lebih 25 tahun yang lepas. Lagipun aku ada 2 buah sekolah untuk darjah satu je dan 3 buah sekolah untuk sekolah rendah secara keseluruhan. Hmmm...


Semalam seperti tahun-tahun sebelumnya, ramai ibu-bapa yang jakun akan upload kat media social gambar anak-anak mereka masuk darjah 1, pra sekolah, rumah jagaan buat kali pertama siap letak lokasi sekolah anak mereka lagi dengan harapan kat Malaysia ni tak ada manusia pedo yang akan buat benda tak baik kat anak mereka yang comel tu or paling tak pun mereka fikir Malaysia ni sangat aman damai dengan sifar kes penculikan untuk dibawak ke Thailand kemudian potong tangan or kaki untuk jadi peminta sedekah or just culik untuk penjualan organ kanak-kanak yang pasarannya cukup tinggi etc. Hmmm..

Tapi aku sangat suka ketika sesi persekolahan bermula setiap kali tahun baru masuk. Jalan raya yang selama ni sunyi sebulan lebih dah kembali sibuk so masa untuk menjadi typical Malaysian yang kuat mencarut dan menjadi pemandu kurang ajar kat atas jalan raya dah bermula semula, rumah yang selama ni gelap gelita pagi-pagi then dah terang seawal yang mungkin dan siap ngan bau masakan enak-enak (bukan emak budak yang masak tapi mak cik-mak cik yang meniaga kuih muih untuk sarapan tepi jalan), tak lupa tokey kedai jual peralatan sekolah akan senyum memanjang manakala ibu-bapa akan mencuka sebab sesi sekolah equal to mini hari raya sebab semuanya nak kena beli baru, ibu bapa kaki pembangkang akan kutuk kerajaan sebab harga barang saban tahun makin naik manakala ibu bapa macai kerajaan akan terus bersyukur sebab Malaysia masih lagi aman (eh?), awal-awal persekolahan si anak sangat teruja sampai bangun lebih awal dari ibu bapa tapi lepas sebulan dua semua semangat dah hilang ke laut etc.



Part yang tak bestnya pulak setiap tahun sebelum sesi persekolahan bermula pasti akan ada je kes budak-budak sekolah mati lemas, mati sebab kena buli oleh senior kat asrama sekolah, kena langgar kereta or lori kat depan pagar utama sekolah, jumpa bayi mati tersekat kat dalam lubang jamban sekolah etc.










Buat anak-anak or adik-adik yang sedang bersekolah, enjoy the moment. Zaman sekolah sekejap je. Jangan asyik nak bercouple sepanjang masa sehingga tak ada masa nak belajar langsung or jangan nak belajar je sepanjang masa sehingga tak ada masa untuk bersosial langsung. Kalau kena buli sebab muka berjerawat, kulit gelap, gemuk then dont worry sebab selepas 5-10 tahun tamat zaman sekolah then 1 per 10 daripada korang yang kena buli tu akan jadi cantik or kacak sehingga ramai yang menyesal tak try tackle kau masa sekolah dulu (9 per 10 still akan hodoh walau guna apa-apa produk sekalipun). Dan ibu-bapa, let kid be kid. Zaman korang dah berlalu, biar mereka jatuh, bangun sendiri dan belajar dari kejatuhhan mereka. Jangan paksa mereka jadi siapa yang kau nak tapi tak dapat masa kat sekolah dulu.

Saturday, February 6, 2016

Aku Seekor Kucing

Kalau korang lebih kurang seusia dengan aku then korang pasti pernah mengalami keadaan masa kat sekolah rendah dulu apabila cikgu Bahasa Melayu suruh korang tulis karangan bertajuk 'Aku Sebatang Pensel' or 'Aku sepasang kasut' which is sangat biasa di mana ada ayat-ayat berbunyi: aku dilahirkan di kilang bersama kawan-kawan yang lain, aku disayangi tuan aku sehingga aku rosak or tuan aku tu dah ada penganti baru. Rasanya semua budak sekolah rendah akan tulis karangan yang punya isi lebih kurang sama je kan? Hmmm..


Membuatkan apabila korang dah dewasa lalu korang mulai mempersoalkan kredibiliti cikgu Bahasa Melayu korang tu. Dia dah tak ada idea lain lagi ke nak bagi tajuk karangan selain 'Kemalangan yang saya saksikan' ke? Realitinya masa aku universiti, aku ada ambik elektif, kelas penulisan kreatif dan rerupanya tajuk 'Aku Sebatang Pensel' adalah permulaan untuk melahirkan penulis eksperimental. Penulisan eksperimental ni macam mana? Versi berlawanannya ialah penulisan konvensional seperti novel Suami Aku Ustaz, Suami Aku Playboy, Suami Aku Suamimu Jua etc. Manakala idea penulis eksperimental ni pula kalau diadabtasi akan menjadi filem Toys Story, Bugs Life, Cars, Plans etc yang bertaraf box office. So pengajaran di sini ialah:

a) Cikgu BM kita dulu tu tak ar kering idea mana sangat pun sebenarnya (iyelah tu)
b) Suruh anak korang start tulis karangan dengan idea yang lebih kurang sama.
c) Paling penting: jangan suruh anak korang or bini korang tengok drama Melayu yang mengarut tajuk dan jalan ceritanya tu. Hmmm..






Tamat part mengarut.




Korang ada pet tak di rumah di mana korang sangat suka memanjakan mereka or pernah tak masa korang lepak kat mamak dan tetiba ada segerombolan kucing datang kat kau dengan mata bersinar-sinar mengharap belas ehsan kau untuk bagi tulang ayam kat diaorang lalu terfikir dalam otak korang 'Jadi kucing mesti best kan? Tak perlu pening kepala nak cari duit untuk bayar bill letrik, air, hutang PTPTN, line internet slow tapi bayar mahal, layan karenah boss macam setan dan workmate yang macam anak buah setan, layan karenah mak mertua yang macam ibu mertuaku yang asyik nak bandingkan pekerjaan kau dengan menantu lain, fikir tentang GST, menteri yang suka buat lawak bodoh memanjang etc Sebaliknya just tidur dan bila lapar then mengiaw so akan ada orang yang bagi makan?'


Tapi pernah tak korang benar-benar berfikir yang sebenarnya jadi kucing adalah situasi yang paling tak best?

Kalau korang ialah seekor kucing betina then aktiviti kau sepanjang hayat kau hanyalah mengandung dan beranak je. Imagine korang terpaksa beranak seorang diri (in this term: seekor diri) tanpa ada doktor or bidan yang tolong sambut. Dah ar setiap kali beranak, keluar 4-5 ekor. Manusia kalau beranak sorang pun bukan main perit, inikan pula banyak sekaligus. Lepas tu dah ar suami kau bukannya nak temankan malah kalau jumpa anak, dia nak makan pulak. So nak tak nak terpaksa ar kau jadi ibu tunggal yang asyik nak memindahkan anak je memanjang. Pindah pulak, tak ada tangan nak bawak anak. Sensara kot nak kena guna mulut dalam masa sama takut anak sakit kena gigit. Masalah paling besar, dalam 4-5 ekor anak, ada masanya tak ada sekor pun yang sempat jadi dewasa. Dalam setahun mengandung sekitar empat kali dan unfortunate newsnya apabila tak mampu nak tengok sekor pun anak-anak kau membesar. Sedih kot. Kalau ada yang berjaya membesar pun dan ia jantan maka ia bakal menjadi suami kau pulak. Sumbang mahram tahap apa dah tu kan? Hmmm..


At least jadi kucing jantan senang sikit kot. Macam most dad, kerja diarang hanyalah menyebarkan air mani sebanyak yang mungkin kepada sebanyak mana kucing betina yang boleh. Kemudian kencing merata tempat untuk tanda kawasan dan sekali sekala, kalau jumpa kucing jantan lain then berlawan suara siapa yang punya pitching paling tinggi.






Perumpamaan jadi kucing ialah seperti hidup di Westeros pada era Game of Thrones. You either be a prostitute or not be a prostitute dengan rutin kill or get killed. Hmmm..









Then korang kata 'Kenapa post ni mengarut sangat?' Honestly, setiap kali aku tengok kucing then benda kat atas ni akan bermain dalam otak aku sambil the end aku kata 'At least kau tak perlu kena kencing hari-hari oleh PM kat Malaysia ni..' Hahaha

Tuesday, July 21, 2015

Hari Sarawak Merdeka

Amaran: Post kali ni mungkin berbaur agak racist especially untuk mereka-mereka yang suka berfikiran dan mengamalkan idealogi hidup seorang racist. 
Soalan cepu emas: Bilakah tarikh Sarawak merdeka? Adakah:
a. 31 Ogos 1957
b. 16 September 1963
c. Hey, Sarawak pernah merdeka ke? or
d. Sarawak tu dalam Malaysia ke? 


Usahkan tanya orang Semenanjung, kalau kau tanya secara random pada orang Sarawak sendiri pun garenti ramai yang tak tahu. Setiap tahun anak buah aku yang sekolah rendah bukan main seronok bila sambut tarikh 31 Ogos sebab katanya ia ialah tarikh Malaysia merdeka. Persekutuan Malaysia wujud pada 16 September 1963 so technically Malaysia hanya wujud untuk 52 tahun tapi tengok ar bulan lapan kelak then akan digembar-gemburkan yang Malaysia sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun. Macam mana sebuah negara yang hanya wujud untuk 52 tahun boleh sambut kemerdekaan yang ke 58 tahun pulak? 

Membuatkan sesiapa yang pernah baca trilogi novel Hunger Game akan kata "OMFG, kita sekarang ni berada kat Panem ke? Manakala Sabah dan Sarawak pula ialah District 12 & 13(kebetulan?) yang dipaksa sambut 'kemerdekaan' Capitol? Najib pulak ialah President Snow yang mengaut kekayaan dari setiap district untuk kepentingan sendiri(Naa, Taib Mahmud lebih sesuai dengan watak tu sebab rambutnya totally putih)? Dan Akademi Fantasi pula ialah versi tempatan Hunger Game which is 11 tribute akan terkorban dan sorang akan jadi ultimate survivor?" LOL untuk statement terakhir tu.


Antara sebab utama kita tak tahu ialah kita tak dibagitahu. As simple as that. Tengok buku sejarah kita. Aku tak tahu tentang buku sejarah sekarang ni tapi buku sejarah zaman aku dulu memang tak ada sebut tentang part tu langsung. Yang ada tentang batu bersurat Terengganu, Lembah Bujang, Zaman Melaka-Portugis serang Melaka, Jepun masuk-Jepun keluar, Komunis, Onn Jaafar tubuh UMNO-Onn Jaafar keluar UMNO, Tanah Melayu Merdeka bla-bla-bla. Even kita siap belajar dan perlu hafal sejarah kat Eropah, India, China, Arab sana tapi sejarah yang cukup dekat pula diabaikan. Part kemerdekaan Sarawak hanya disebut masa subjek Pengajian Am form 6 je. Itupun beberapa baris ayat je. Persoalannya: Berapa kerat sangat rakyat Malaysia ambik form 6 dan berapa kerat yang ambik form 6 setakat tak nak ambik diploma dan perasan benda tu?

Hasilnya wujud ar sebahagian 'kecil' rakyat Malaysia yang kata Sabah & Sarawak join Malaysia ar or ucap selamat datang ke Malaysia kepada orang Sabah & Sarawak kat Semenanjung or aku sendiri pernah jumpa orang yang masih lagi tak tahu Sabah & Sarawak ialah sebahagian dari Malaysia. Sedih kan?





...





Hari ni tadi aku terbaca kat FACEBOOK satu post ni kata tentang pergerakkan Sarawak for Sarawakians yang buat perhimpunan aman kat Kuching menuntut kerajaan persekutuan untuk menjadikan 22 Julai setiap tahun sebagai cuti umum kepada Sarawak sebagai peringatan hari bersejarah kemerdekaan Sarawak. Dah beberapa tahun mereka mendesak tapi tak dilayan. Sedangkan Malaysia yang dah wujud untuk 52 tahun pun baru diambik peduli dan diberikan cuti umum. 

Aku support sepenuhnya apa yang mereka buat hari ni tadi tapi aku no komen tentang dasar penuh perjuangan Sarawak for Sarawakians yang lain. Aku tak nak jadi macam kes Scotland and United Kingdom tahun lepas. Tapi apa yang menjadikan aku panas ialah post kat FACEBOOK dari Sarawakians yang sangat racist dan kurang bijak. Yap kurang bijak ialah another word untuk the big B. Aku tak nak bagitahu apa yang berlaku secara detail tapi ia lebih kurang sama macam kes umum di Malaysia ar. Secara sarcasmnya ia berbunyi "Aku lebih rela punya pemimpin sama bangsa dengan yang sah-sah bodoh dan memperbodohkan aku serta curi duit aku terang-terangan daripada dipimpin oleh bangsa yang makan babi dan guna tisu lap punggung". Paham kan?






Aku orang Sarawak dan ada masanya aku sangat simpati pada orang Sarawak. Yap, sejarah ditulis oleh mereka yang menang jadi mungkin sebab tu mata kita dikaburkan oleh sejarah kita sendiri. Sewaktu sorang mat salleh dan bawa keluarga dia menjajah tanah ni, sebahagian dari nenek moyang kita sekadar biarkan diri kita dijajah and surprisingly boleh pula mengangkat orang asing menjadi raja. Ya, memang ada yang menentang dan kalah tapi masih ada yang bersatu dan menentang. Golongan ibu-ibu, cikgu-cikgu dan anak-anak muda melawan ketidakadilan pemimpin dengan cara sendiri. Masalahnya siapa antara kita yang tahu tentang kisah mereka? Sememangnya sejarah tak boleh ditipu tapi ia boleh disembunyikan. Menjadikan orang Sarawak yang ada sekarang hanya buat donno, bising mulut membiarkan seorang manusia jadi raja dengan tanah dan rumah sebesar istana ketika beberapa meter darinya rakyat biasa sekadar duduk dalam rumah saiz kotak. 







Paling sedih bila kita selalu kata yang Sarawak menentang racism tapi apa yang aku baca di FACEBOOK hari ni seem like kita sedang enjoy meratap semaian racist yang kita tanam sendiri.









Selamat hari kemerdekaan Sarawak untuk orang Sarawak.

Monday, June 15, 2015

Tarawih vs Hunger Game

Iklan Yusuf Taiyob dah keluar (parodinya pun dah start keluar), jualan kain dengan sale yang merapu-rapu pun dah keluar, artis perempuan dah start pakai tudung untuk drama bersiri islamik, rancangan masakan oleh Sheila Rusly untuk season yang keberapa pun dah nak start, mak cik jahit baju dah tutup order manakala akak jual kuih dah start buka order dan paling penting para peniaga dah mulai bergaduh untuk berebut tempat strategik berjual kat bazaar. Do not ask me where is the corner but so sure Ramadhan is just around the corner (LOL).  


Aku paling suka Ramadhan. Walaupun aku rasa tahun ni aku kurang bersedia sikit tapi aku harap ia tak merosakkan sebulan Ramadhan yang bakal tiba ni. Ramadhan buat mereka yang 'percaya' yakin yang pada bulan ni, sangat mudah nak kumpul pahala. Setiap benda sunat dibuat akan dapat pahala wajib manakala benda wajib digandakan pahalanya. So buat aku yang timbangan dosa-pahala yang stabil macam lambang dacing BN tu maka bulan ni ialah peluang untuk aku buat sehabis baik. I do believe in that. Makanya aku cuba untuk pastikan yang kali ni ia bukan sekadar sakit perut menahan lapar dan dahaga jer. Hmmm..

Part aku paling tak suka tentang Ramadhan pula ialah pada perangai-perangai manusia tertentu yang tak sabar-sabar menunggu ia tamat ketika ia baru je bermula. Sebabnya mereka hanya nak sambut raya je. Dan raya pula dah jadi pesta golongan mangsa kapitalis je. Sedangkan realitinya Syawal ialah kemenangan untuk mereka yang berjaya mengharungi sebulan Ramadhan. Apa yang mereka-mereka ni nampak pula ialah Syawal ialah hari kemerdekaan selepas terseksa selama sebulan. Hmmm..



Stop bab emo-emo. Back to main topic: Tarawih. Kita tak buat tarawih pada hari-hari biasa. Ia hanya berlaku pada malam Ramadhan je. Disebabkan aku seorang pendendam dan punya semangat anti sosial yang cukup tinggi so aku jarang buat tarawih. Kali terakhir aku solat tarawih ialah pada tahun 2008 (or 2007) masa belajar dulu je. Apa yang pasti tarawih kat Malaysia ni, mana-mana masjid pun keadaannya lebih kurang sama je: sama macam cerita Hunger Game.


Mereka yang tahu masjid UKM ni ia agak besar dan ada dua tingkat. Ia bukan je untuk bebudak UKM je malah untuk orang luar yang duduk sekitar. Tarawih malam pertama seperti feel solat Jumaat pada malam hari. Ia rapat, padat dan penuh sesak sehinggakan masa solat, tak ada setan yang dapat lalu celah-celah antara dua jemaah. Wait, lupa pulak yang setan dah kena kurung masa Ramadhan. Walaupun hari malam tapi terasa panas seperti air cond dan kipas tak berfungsi. Kereta parking sana sini. Selipar penuh kat tangga. Memang banyak ar punya manusia. Semangat hari pertama tarawih katanya.

Seminggu berlalu, bilangan manusia dah berkurangan tapi still masih banyak lagi. Separuh Ramadhan berlalu, separuh jemaah pun dah hilang sekali. Minggu terakhir, satu tingkat je digunakan. Hari-hari terakhir, satu baris je yangtinggal. Itupun bukannya satu baris penuh. Jemaah yang ada pun dah boleh dikira. Masjid dah jadi sangat gelap, sunyi dan menakutkan. 

Nak buat macam mana sebab bebudak universiti dah cuti dan balik kampung. Bandar Baru Bangi pun tempat orang datang so semuanya balik kampung memasing. Masalahnya ia bukan berlaku kat masjid tu je malah hampir setiap masjid di negara ni. Malah kampung-kampung tempat orang bandar balik pun pada minggu terakhir then garenti dah sunyi dengan jemaah. Sebabnya semua dah sibuk dengan sambutan raya sehingga lupa kelebihan solat tarawih hari-hari akhir yang cukup besar. 












Dalam Hunger Game, permainan bermula dengan 24 pemain dan as time goes by satu persatu meninggalkan permainan dan akhirnya yang tertinggal adalah the sole survivor (realitinya dalam Hunger Game, it better mati daripada jadi juara).











Tahun ni aku niat nak kembali bertarawih. May the odds be ever in my favor this time. Hmmm..