Monday, June 15, 2015

Tarawih vs Hunger Game

Iklan Yusuf Taiyob dah keluar (parodinya pun dah start keluar), jualan kain dengan sale yang merapu-rapu pun dah keluar, artis perempuan dah start pakai tudung untuk drama bersiri islamik, rancangan masakan oleh Sheila Rusly untuk season yang keberapa pun dah nak start, mak cik jahit baju dah tutup order manakala akak jual kuih dah start buka order dan paling penting para peniaga dah mulai bergaduh untuk berebut tempat strategik berjual kat bazaar. Do not ask me where is the corner but so sure Ramadhan is just around the corner (LOL).  


Aku paling suka Ramadhan. Walaupun aku rasa tahun ni aku kurang bersedia sikit tapi aku harap ia tak merosakkan sebulan Ramadhan yang bakal tiba ni. Ramadhan buat mereka yang 'percaya' yakin yang pada bulan ni, sangat mudah nak kumpul pahala. Setiap benda sunat dibuat akan dapat pahala wajib manakala benda wajib digandakan pahalanya. So buat aku yang timbangan dosa-pahala yang stabil macam lambang dacing BN tu maka bulan ni ialah peluang untuk aku buat sehabis baik. I do believe in that. Makanya aku cuba untuk pastikan yang kali ni ia bukan sekadar sakit perut menahan lapar dan dahaga jer. Hmmm..

Part aku paling tak suka tentang Ramadhan pula ialah pada perangai-perangai manusia tertentu yang tak sabar-sabar menunggu ia tamat ketika ia baru je bermula. Sebabnya mereka hanya nak sambut raya je. Dan raya pula dah jadi pesta golongan mangsa kapitalis je. Sedangkan realitinya Syawal ialah kemenangan untuk mereka yang berjaya mengharungi sebulan Ramadhan. Apa yang mereka-mereka ni nampak pula ialah Syawal ialah hari kemerdekaan selepas terseksa selama sebulan. Hmmm..



Stop bab emo-emo. Back to main topic: Tarawih. Kita tak buat tarawih pada hari-hari biasa. Ia hanya berlaku pada malam Ramadhan je. Disebabkan aku seorang pendendam dan punya semangat anti sosial yang cukup tinggi so aku jarang buat tarawih. Kali terakhir aku solat tarawih ialah pada tahun 2008 (or 2007) masa belajar dulu je. Apa yang pasti tarawih kat Malaysia ni, mana-mana masjid pun keadaannya lebih kurang sama je: sama macam cerita Hunger Game.


Mereka yang tahu masjid UKM ni ia agak besar dan ada dua tingkat. Ia bukan je untuk bebudak UKM je malah untuk orang luar yang duduk sekitar. Tarawih malam pertama seperti feel solat Jumaat pada malam hari. Ia rapat, padat dan penuh sesak sehinggakan masa solat, tak ada setan yang dapat lalu celah-celah antara dua jemaah. Wait, lupa pulak yang setan dah kena kurung masa Ramadhan. Walaupun hari malam tapi terasa panas seperti air cond dan kipas tak berfungsi. Kereta parking sana sini. Selipar penuh kat tangga. Memang banyak ar punya manusia. Semangat hari pertama tarawih katanya.

Seminggu berlalu, bilangan manusia dah berkurangan tapi still masih banyak lagi. Separuh Ramadhan berlalu, separuh jemaah pun dah hilang sekali. Minggu terakhir, satu tingkat je digunakan. Hari-hari terakhir, satu baris je yangtinggal. Itupun bukannya satu baris penuh. Jemaah yang ada pun dah boleh dikira. Masjid dah jadi sangat gelap, sunyi dan menakutkan. 

Nak buat macam mana sebab bebudak universiti dah cuti dan balik kampung. Bandar Baru Bangi pun tempat orang datang so semuanya balik kampung memasing. Masalahnya ia bukan berlaku kat masjid tu je malah hampir setiap masjid di negara ni. Malah kampung-kampung tempat orang bandar balik pun pada minggu terakhir then garenti dah sunyi dengan jemaah. Sebabnya semua dah sibuk dengan sambutan raya sehingga lupa kelebihan solat tarawih hari-hari akhir yang cukup besar. 












Dalam Hunger Game, permainan bermula dengan 24 pemain dan as time goes by satu persatu meninggalkan permainan dan akhirnya yang tertinggal adalah the sole survivor (realitinya dalam Hunger Game, it better mati daripada jadi juara).











Tahun ni aku niat nak kembali bertarawih. May the odds be ever in my favor this time. Hmmm..

No comments: