Tahun ni tahun pertama Amber Chia berpuasa dan tahun ke empat untuk Soo Winci berpuasa. Rata-rata kata mula-mula memang susah sikit tapi lama kelamaan dah biasa dan tak bagi apa-apa masalah pun. Aku kenal sorang kawan non Muslim yang setiap kali Ramadhan tiba je then dia pasti akan join puasa sekali. And the great part tentang mereka ni ialah diaorang bukan je sekadar lapar tak makan dan tak minum je malah turut sekali jaga kata-kata mereka. On the other part of the universe pulak, orang kita (mostly muda-muda) makin tak malu menunjukkan diri mereka tak berpuasa. Merokok kat public, minun secara terbuka, makan tanpa segan silu dan bila ditanya sebab tak puasa then jawapan mereka "Tak tahan sebab lapar.." OMG..!!
Puasa memang ar kena lapar. Dah namanya pun proses menahan diri dari lapar dan dahaga so puasa memang ar lapar. Tapi masih lagi ada persediaan dengan sahur dan berbuka. Bukannya puasa ni tak makan langsung 24 jam sehari selama sebulan. Itu penyeksaan namanya. Then keluar pulak iklan produk-produk Melayu yang claim kalau makan barang mereka tu waktu sahur then tak akan terasa lapar langsung a.k.a kenyang je sepanjang hari. Itu lagi pelik. Puasa dengan matlamat tak rasa lapar langsung. Sedangkan salah satu kesedaran yang cuba dibawa oleh amalan puasa ialah agar kita boleh rasa sedikit sebanyak (sedikit je pun) berkongsi penderitaan manusia-manusia in other part of world yang terpaksa berlapar sepanjang hari tanpa sempat nak sahur or berbuka dengan membeli makanan kat Bazaar lagi. Hmmm.
Tak salah kalau aku katakan yang puasa ni dah jadi macam aktiviti tradisi orang Melayu je berbanding sepatutnya sebagai amalan umat yang mengaku dirinya Islam. Lebih kurang macam sambutan Valentine Day gak ar. Kenapa kita sambut Valentine Day? Sebabnya orang lain sambut, kat TV ada banyak filem sambut dan ia nampak so romantis, dan kebetulan aku ada awek so aku kena beli bunga, kad, keluar makan dengan dia tanda bukti aku sayangkan dia dan kalau tak dia akan marah etc. Sebab sebenar kenapa perlu sambut Valentine Day? Entah. Sama gak macam kenapa kita berpuasa? Sebabnya emak bapak aku suruh aku puasa sejak kecik (kalau tak puasa maka tak boleh raya) so puasa ialah benda yang aku dah biasa buat, kat TV ada banyak cerita tentang orang puasa jadi makin ramai yang puasa so puasa ialah aktiviti yang so trending so aku kena joun plus masa puasa kena pergi bazaar, pergi buffet, sembahyang tarawih etc dan kalau tak buat rasa macam rutin tak lengkap pulak. Sebab sebenar perlu puasa? Entah.
Buktinya lagi, siapa yang tak pernah pergi bazaar dan tak pernah berlaku kes: karipap inti angin, rupa cantik tapi rasa macam tayar basikal, lauk dihiasi ulat, terberak-berak sepanjang malam sebab lauk dah basi, beli banyak tapi tak habis makan then buang, makan banyak sampai terlebih kenyang dan terlepas ibadah etc. Or kat FACEBOOK sentiasa je ada komen-komen lucah, caki maki bila tengok Rosmah tak pandai sarung kasut sendiri, Najib curi duit rakyat sekali lagi untuk sekian kalinya, tengok muka Ahmad Maslan tersenyum. Or terkini aktiviti keganasan bersama ayat caki maki menyerang Lim Kit Siang kat kedai kopitiam. Kata Islam agama keamanan, kata Melayu bangsa berbudi bahasa, Ramadhan pulak sepatutnya adalah bulan untuk fokus beramal ibadah. Jadi siapa yang buat semua benda tu? Atau paling koman ar siapa yang puasa penuh sebulan tapi sembayang langsung tak buat? Hmmm..
Kemudian pada 10 hari terakhir ni pulak ramai yang berharap Ramadhan cepat pergi. Sebab mereka dah tak sabar nak sambut raya. Pelik kan? Sepatutnya kita nak Ramadhan berterusan biar sampai setahun dan Syawal tak pernah muncul tiba sebab ketika Ramadhan je ar Tuhan jadi lebih pemurah untuk melipatgandakan setiap amalan. Tapi sebaliknya. Kan?
No comments:
Post a Comment