Monday, October 22, 2018

Aj With A Hidden Talent

Aku baru dapat tahu yang aku sebenarnya ada bakat tersembunyi (mungkin orang yang kenal aku dah lama tahu cumanya mereka tak nak bagitahu aku je) iaitu aku mampu buat orang rasa annoyed terhadap aku tanpa aku perlu berusaha keras untuk buat apa-apa a.k.a dalam bahasa lain dengan hanya menjadi diri sendiri je.


Buktinya dalam tempoh sebulan aku dah dapat dua kali ancaman untuk mencederakan aku, kata-kata berbaur makian, tengok aku je terus nak buat vandalism ngan buat muka benci etc. Sebulan yang lepas pulak ada management atas aku yang sakit hati dan kata aku tak hormat dia, kata aku tak dapat terima kenyataan yang dia dah dinaikkan pangkat, boss lebih percayakan dia, menyebar cerita keburukkan aku kat orang lain etc. Sebab untuk kedua tu berlaku ialah: aku tak ada buat apa-apa pun. Aku just jadi diri aku tanpa berniat nak buat apa-apa yang nak menyakitkan hati sesiapa pun. Mungkin itu asal usulnya haters kot.


Sama macam pekerjaan sebelum ni. Aku just buat kerja macam biasa then dua ekor senior ni asyik mengadu domba, make fun of me in front of the boss a.k.a membodek teruk ar. Mereka rasa sangat tergugat dengan kedudukan aku yang totally no body. 


Atau waktu aku sekolah menengah dulu, kalau parents aku keluar dan tinggal aku sorang diri kat rumah then ada je yang call dan terus sumpah seranah aku. Bila fikir-fikir balik, aku tak ada ar jahat mana sangat pun kot. Aku hanya menjadi diri sendiri je kot.












Kalau aku tak boleh bebas menjadi diri aku sendiri pada usia 30-an ni then shame on me dan kalau kau masih lagi mengharap orang lain untuk ubah perangai mereka ikut apa yang kau nak dan umur kau dah cukup lanjut then poor you. 













Jadi kau rasa bakat terpendam aku tu berguna tak? Dan apa bakat tersembunyi korang?

No comments: