Jumaat ni tadi buat pertama kali dalam seumur hidup aku, aku telah mem'FIRED'kan seorang pekerja. Semua orang tahu yang hari tu akan tiba. Even dia sendiri dalam angkuhnya kena akui yang ia memang akan perlu berlaku gak. Malah aku sendiri dah jangkakan yang aku ialah orang yang akan jadi pengumum hukuman tu untuk dia.
Dia start buat kesalahan demi kesalahan untuk 3 bulan kebelakangan ni. Dia mengamuk di tempat kerja, merosakkan asset dan barangan company, bergaduh dengan penyelia, menggugut mencederakan penyelia, menggunakan kata kasar/lucah terhadap penyelia dan kedatangan yang sangat-sangat teruk. By the way, penyelia a.k.a supervisor yang dimaksudkan ialah aku.
Dan dia buat kesalahan demi kesalahan tu secara terang-terangan or in other wordnya hanya orang yang betul-betul tak ada otak je yang akan buat benda ni. First dia mengamuk, merosakkan barang company dan menggugut mencederakan aku di hadapan saksi yang cukup banyak. Second dia tinggalkan bukti yang sangat nyata. Selain ugut secara lisan, dia juga meninggalkan bukti yang lebih kukuh iaitu secara tulis dalam group Whatapps. OMFG right? Siapa orang yang punya akal cukup waras boleh terfikir untuk ugut seseorang guna Whatapps dan boleh totally get free out of it? But still aku bagi dia peluang before aku pergi buat report polis. Ooh wait, dia seorang attention seeker. No wonder dia buat terang-terangan iaitu dengan matlamat supaya orang boleh takut kat dia but unfortunately not me.
Aku berterima kasih pada tuhan sebab Dia bagi aku otak yang 'tak seberapa' nak normal ni. Waktu dia pertama kali mengamuk tu, aku tinggikan suara balik tanpa aku bagi ruang otak aku berfikir kesan apa aku akan terima the end of the day. Walaupun kat tangan dia pegang besi dan baru je guna untuk bengkokkan tangga besi company, still aku tak takut waktu tu. Thanks to the other worker yang halang, kalau tak then memang lumat ar aku. Second time beberapa hari je lepas tu, semua staff dah balik, tinggal aku sorang je dalam kereta dah nak keluar gate dan dia yang entah hilang dari mana satu hari tu tetiba muncul marah-marah siap ugut nak langgar kereta aku. Dia mengamuk, marah-marah bagi arahan supaya aku keluar dari kereta dan bukak pintu kilang supaya dia boleh thumbprint (supaya tak potong gaji) dan reaksi aku: tak peduli dan terus blah. Esok paginya dia datang office mengamuk lagi sekali dan terus rosakkan barang company.
Aku tak tahu kenapa aku tak takut waktu tu. Aku fikir: What the worst thing could thing could happen? Mati? So what about it? Sebagai seorang mental illness patient yang pernah melalui fasa 'suicide thought', mati ialah satu perkara yang kita sentiasa dah lama kita nak buat tapi kita tak ada keberanian sebenar untuk melaksanakannya. So apabila ada orang boleh 'buat' untuk kita so apa yang kita boleh katakan ialah 'dipersilakan'.
Sama macam pagi Jumaat tu masa terima email dari head quarters suruh bagitahu yang dia dah diberhentikan. Sebagai supervisor a.k.a jawatan tertinggi di kilang yang hanya ada 10 orang pekerja je tu plus the other supervisor obviously tak akan ada keberanian so hanya ada aku je lah. Walaupun bibir aku asyik kata perkataan takut.tapi dalam hati aku tersenyum, Ia macam rasa berbaris menungu giliran masa nak naik roller coaster. Aku boleh imagine drama yang bakal berlaku dan ia mengujakan.
So sebelum jam 3 petang Jumaat tu, berbekalkan pengalaman berteater selama 3 tahun dan kelas psikologi yang dianjurkan oleh arwah Little Finger dan Tyrion Lannister, so hanya ada aku dan dia. So it finally happen. Dan sesi yang berlangsung selama lebih 30 minit tu aku gambarkan sebagai sesuatu yang hmmm..., membosankan. Nothing happen sejujurnya. Tak ada sikit drama pun. Rasa macam cikgu tadika yang buat-buat setia mendengar satu persatu alasan yang diberi oleh anak murid yang tak siap kerja sekolah je.
Sejujurnya aku tak ada rasa bersalah sedikit pun. Sebabnya ia memang sepenuhnya kesalahan dia pun. Aku just buat apa yang aku patut buat jer..
Or mungkin sebab aku selalu sangat reject cinta orang tanpa ada rasa bersalah menjadikan hati aku imun untuk punya rasa bersalah. Hmmm..
1 comment:
Post a Comment