Showing posts with label Kaison. Show all posts
Showing posts with label Kaison. Show all posts

Sunday, March 7, 2021

Petua Mendapat Rezeki Yang Tak Halal

Ada masanya sesuatu yang halal itu cukup jelas. Ada masanya yang haram itu juga cukup-cukup jelas. Tapi ada ketikanya haram dan halal itu cukup mengelirukan. Tamat mukadimah.


Ada satu hari ni aku terbaca post sorang makhluk tuhan ni sedang berdoa di media sosial. Ya, manusia-manusia zaman akan datang yang sedang membaca post ini pada masa depan semua, berdoa di media sosial ialah sesuatu kaedah berdoa yang sering dilakukan oleh manusia pada era kemodenan ini. 


Dia berdoa agar tuhan akan memberi rezeki kepadanya dengan melimpah ruah. Sekarang ni perniagaan sampingannya cukup mendapat sambutan. Berdoa untuk sesuatu yang baik adalah bagus. Berniaga juga ialah sesuatu yang bagus dan amat digalakkan dari sudut Islam. Dia boleh menambah pendapatan dan membantu ekonomi keluarganya. Then came part yang tak bagusnya itu pulak. 


DIA BUAT URUSAN PERNIAGAANYA SEWAKTU WAKTU KERJA...!!


Dia masuk kerja, dalam sejam macam tu dia keluar, beli barang itu ini. Dalam kurang sejam nak thumbprint rehat, dia muncul balik. Sekitar sejam lepas rehat, dia keluar balik, hantar barang pelanggan dia. Dalam kurang sejam nak thumbprint balik, dia muncul balik. 


Then ada suara-suara sumbang akan kata "Mungkin masa dia ditempat kerja tu dia habiskan semua tugasan dia dulu then baru dia keluar.."


Maka aku pun ketawa besar. Dalam bahasa berkias, dia seorang yang minimalist dalam buat kerja. Dalam bahasa yang tak berkias, dia ialah manusia pemalas nak mampus yang aku pernah jumpa sepanjang 36 tahun aku hidup kat dunia ni. Nokthah.



Barang hantar repair dan barang return dari kedai (part dia yang dia sendiri patut urus) hujung tahun lepas/awal tahun ni tadi masih lagi ditempat yang sama ia datang dulu. Dan lebih tragis, ia dah melonggok sama dengan sampah. Bawah meja dia punya debu, sampah memang tebal habis ar. Dulu 3 kali, makanan tak habis, dia biarkan sampai keluar ulat lalat. 3 kali yer. Kerja yang sama aku buat kurang 10 minit untuk habiskan, it takes day or week untuk dia. Itupun sebab HQ dah call tanya kenapa tak hantar lagi respond itu ini. Ada masa tu report kerja tu dia hantar dah lepas due. Dan iia berlaku bukan sekali dua. Ada masa kedai (yang dia urus) tanya tentang benda yang dia patut respond tapi apa yang dia buat: main handphone jer.




Part yang paling lawak ialah: apabila dia mempersoalkan tentang gaji. Dia bising tentang boss yang suka bagi kerja berat tapi suka potong gaji, setiap bulan ada je gaji dipotong, elaun itu ini kecik, bonus tahun ni tak ada etc. Wey, dia tak buat kerja tapi bising habis bila masuk part duit. Sedangkan aku yang buat kerja dia, back up itu ini, tak pedulik pun tentang gaji yang kecil tu.




Kita orang Islam. Kita tahu halal tu apa, haram tu apa. Ya, business dia buat tu halal tapi dia makan masa kerja yang dia dah dibayar untuk buat kerja. It so obvious kot. Sama macam mengular masa kerja, guna barang office untuk tujuan peribadi etc. Yap, memang ar kerja kami ni tak banyak, tak berat, tak susah dan masa terluang tu banyak jer. Banyak masa terluang sampai aku boleh melukis, menjahit, buat hobi itu ini lagi. Tapi aku buat tu hanya setelah semua tugasan aku siap or ia tak menganggu kerja aku je. 





Sehinggakan ada masa it seem, business tu ialah kerja utama dia dan kerja ni jadi kerja sampingan dia pulak dah. 




Dan aku malas nak bebel part bagi anak, suami makan duit dari sumber tu etc. Lagipun it not about the amount of money tu yang penting tapi keberkatan darinya ar 





p/s: Kau pasti akan mempersoalkan "Kau benci sangat ke dengan co worker kau ni, Aj?" Jawapanya tidak. Langsung tidak. Aku sangat-sangat-sangat jarang benci orang. Aku tak benci dia or mana-mana rakan sekerja aku yang lain. Aku cuma tak suka perangai mereka tu jer. Hate the problem, not the individual. 

Saturday, November 17, 2018

How To Fired Your Co-Worker & Dont Feel Guilty About It

Jumaat ni tadi buat pertama kali dalam seumur hidup aku, aku telah mem'FIRED'kan seorang pekerja. Semua orang tahu yang hari tu akan tiba. Even dia sendiri dalam angkuhnya kena akui yang ia memang akan perlu berlaku gak. Malah aku sendiri dah jangkakan yang aku ialah orang yang akan jadi pengumum hukuman tu untuk dia. 

Dia start buat kesalahan demi kesalahan untuk 3 bulan kebelakangan ni. Dia mengamuk di tempat kerja, merosakkan asset dan barangan company, bergaduh dengan penyelia, menggugut mencederakan penyelia, menggunakan kata kasar/lucah terhadap penyelia dan kedatangan yang sangat-sangat teruk. By the way, penyelia a.k.a supervisor yang dimaksudkan ialah aku. 

Dan dia buat kesalahan demi kesalahan tu secara terang-terangan or in other wordnya hanya orang  yang betul-betul tak ada otak je yang akan buat benda ni. First dia mengamuk, merosakkan barang  company dan menggugut mencederakan aku di hadapan saksi yang cukup banyak. Second dia tinggalkan bukti yang sangat nyata. Selain ugut secara lisan, dia juga meninggalkan bukti yang lebih kukuh iaitu secara tulis dalam group Whatapps. OMFG right? Siapa orang yang punya akal cukup waras boleh terfikir untuk ugut seseorang guna Whatapps dan boleh totally get free out of it? But still aku bagi dia peluang before aku pergi buat report polis. Ooh wait, dia seorang attention seeker. No wonder dia buat terang-terangan iaitu dengan matlamat supaya orang boleh takut kat dia but unfortunately not me.


Aku berterima kasih pada tuhan sebab Dia bagi aku otak yang 'tak seberapa' nak normal ni. Waktu dia pertama kali mengamuk tu, aku tinggikan suara balik tanpa aku bagi ruang otak aku berfikir kesan apa aku akan terima the end of the day. Walaupun kat tangan dia pegang besi dan baru je guna untuk bengkokkan tangga besi company, still aku tak takut waktu tu. Thanks to the other worker yang halang, kalau tak then memang lumat ar aku. Second time beberapa hari je lepas tu, semua staff dah balik, tinggal aku sorang je dalam kereta dah nak keluar gate dan dia yang entah hilang dari mana satu hari tu tetiba muncul marah-marah siap ugut nak langgar kereta aku. Dia mengamuk, marah-marah bagi arahan supaya aku keluar dari kereta dan bukak pintu kilang supaya dia boleh thumbprint (supaya tak potong gaji) dan reaksi aku: tak peduli dan terus blah. Esok paginya dia datang office mengamuk lagi sekali dan terus rosakkan barang company. 


Aku tak tahu kenapa aku tak takut waktu tu. Aku fikir: What the worst thing could thing could happen? Mati? So what about it? Sebagai seorang mental illness patient yang pernah melalui fasa 'suicide thought', mati ialah satu perkara yang kita sentiasa dah lama kita nak buat tapi kita tak ada keberanian sebenar untuk melaksanakannya. So apabila ada orang boleh 'buat' untuk kita so apa yang kita boleh katakan ialah 'dipersilakan'. 











Sama macam pagi Jumaat tu masa terima email dari head quarters suruh bagitahu yang dia dah diberhentikan. Sebagai supervisor a.k.a jawatan tertinggi di kilang yang hanya ada 10 orang pekerja je tu plus the other supervisor obviously tak akan ada keberanian so hanya ada aku je lah. Walaupun bibir aku asyik kata perkataan takut.tapi dalam hati aku tersenyum, Ia macam rasa berbaris menungu giliran masa nak naik roller coaster. Aku boleh imagine drama yang bakal berlaku dan ia mengujakan.


So sebelum jam 3 petang Jumaat tu, berbekalkan pengalaman berteater selama 3 tahun dan kelas psikologi yang dianjurkan oleh arwah Little Finger dan Tyrion Lannister, so hanya ada aku dan dia. So it  finally happen. Dan sesi yang berlangsung selama lebih 30 minit tu aku gambarkan sebagai sesuatu yang hmmm..., membosankan. Nothing happen sejujurnya. Tak ada sikit drama pun. Rasa macam cikgu tadika yang buat-buat setia mendengar satu persatu alasan yang diberi oleh anak murid yang tak siap kerja sekolah je. 






Sejujurnya aku tak ada rasa bersalah sedikit pun. Sebabnya ia memang sepenuhnya kesalahan dia pun. Aku just buat apa yang aku patut buat jer.. 









Or mungkin sebab aku selalu sangat  reject cinta orang tanpa ada rasa bersalah menjadikan hati aku imun untuk punya rasa bersalah. Hmmm..