Saturday, March 9, 2019

Tips Pergi Umrah Seorang Diri

Pada 22 Februari yang lepas maka selamatlah perjalanan umrah pertama kali aku. Bagi aku umrah/haji adalah perjalanan kerohanian individu menuju pengabdian diri kepada tuhan. Jadi aku pilih perjalanan pertama kali tu untuk dilakukan seorang diri. Sekiranya korang sedang merancang or membuat research untuk pergi umrah seorang diri gak, so berdasarkan pengalaman aku yang terhad tu aku share tips dari aku. FYI aku ialah seorang lelaki berumur 34 tahun. Kalau kau seorang perempuan then kau perlukan mahram melainkan umur kau dah melepasi 45 tahun then kau boleh pergi umrah sesorang.



1. PERSEDIAAN KEWANGAN
Harga pakej umrah bergantung kepada beberapa faktor tertentu seperti jarak hotel dengan Masjid, jumlah katil perbilik dan masa umrah tu dibuat. Disebabkan aku masih lagi agak muda dan aku jenis tak banyak songeh so aku pilih jarak hotel paling jauh, ambik bilik yang ada empat orang (ini paling murah) dan pada bulan biasa-biasa je (bulan mahal adalah Ramadhan. Makin hujung Ramadhan then makin mahal). Budjet yang realistik ialah sekitar kurang/lebih RM6000. Kalau ada agensi yang menawarkan kurang dari RM5000 there something fishy about that package or with that agency. Next: pilih agensi umrah/ziarah yang dah ada nama atau jenama yang boleh dipercayai. Bukan tak nak support company yang baru nak up ke apa tapi ia atas tujuan keselamatan/keselesaan korang sendiri gak nanti. RM6000 tu banyak kot. Dengan harapan company yang dah pernah handle jumlah jemaah yang banyak then mereka punya sistem pengurusan yang lebih sistematik ar kononnya.

Setelah kau bayar pakej, then kau kena fikir tentang kewangan pre-umrah pulak. Yang belum ada passport kena buat baru, yang dah expired kena renew, suntikkan kesihatan antarabangsa wajib, gambar visa, kain ihram, pakaian, ubat-ubatan etc. Budjet aku RM2000 tapi realitinya tak ar banyak tu sangat pun yang dipakai. But still kau kena buat budjet ukur baju di badan sendiri.

Lastly jumlah duit yang perlu di bawa ke sana. Disebabkan aku pergi fokus sepenuhnya untuk beribadah dan tak plan untuk shopping sakan so aku just bawak 1000Riyal je. Bila balik check masih berbaki 220Riyal lagi. Sejujurnya banyak duit dibayar untuk kos pengangkutan ziarah luar yang tak ada dalam plan je. Kami melawat ke Taif 200Riyal dan Jaafariah 30Riyal. Tapi disebabkan kita pergi seorang diri so, kita tak tahu apa the worst thing that could happen. Mungkin kita kena jangkitan dan terpaksa masuk hospital ke plus kita berjuta-juta batu jauh dari tanah air, seorang diri tanpa ada yang kenal kita so untuk kecemasan, aktifkan kad atm kat luar negara je. Call bank-bank korang dan suruh mereka aktifkan. Setiap pengeluaran akan dikenakan caj 12Riyal kalau tak silap aku. Aku kata tak silap sebab aku tak keluarkan sesen pun guna ATM kat sana.


2. PERSEDIAAN FIZIKAL
Untuk pakaian, aku bawak sepasang kain ihram (atas satu bawah satu), 5 helai T-Shirt (2 untuk tidur), serban as neck warmer, 2 jeans dan 1 seluar tidur, 4 helai baju kurta (pakai 3 je), 2 helai kain pelikat (tak pakai pun), sehelai jaket (yang nipis je), sepasang stoking, sepasang kasut sukan, 3 pasang seluar dalam, 2 pasang selipar Jepun (pakai 1 je) dan sehelai tuala yang sangat menyesal sebab bawak. Kedua-dua hotel kat Mekah dan Madinah ada sediakan tuala. Next time mungkin aku akan bawak extra seluar tidur dan T-shirt kot.

Bapak suruh bawak jubah sebab semua orang sana akan pakai jubah. Dia kata nanti semua akan menjeling dengan pandangan menghukum kalau kita tak pakai jubah. Aku pulak sejenis anak yang keras kepala dan makhluk tak selesa nak pakai jubah so aku tak bawak sehelai pun. Kalau waktu solat siang aku pakai T-shirt dan jeans je. Malam pulak tukar pakai kurta. Tak ada sesiapa yang ada masa nak menjeling pun. Dan tak lupa jugak yang pemilihan pakaian kena sesuaikan dengan musim. Hujung tahun-awal tahun tu ialah musim sejuk. Aku pergi pertengahan February. Walaupun muttawif kata sekarang ni waktu peralihan musim sejuk ke panas tapi ternyata ia masih lagi sejuk. Kat Mekah paling sejuk ialah 18 darjah manakala kat Madinah paling sejuk ialah 8 darjah celcius. Dan kami buat ziarah luar ke Taif. Mutawwif kata sana kiranya macam Genting Highland untuk pak-pak Arab ar. Bila fikir kat negara arab yang penuh pasir dan gunung batu ada tempat sejuk then ia macam lawak je ar tapi bila dah sampai..: memang sejuk ar. Telinga pun sakit sebab perubahan tekanan graviti. Pendek kata kalau kau datang ketika musim sejuk then kau kena ready dengan kesejukan yang menggigit

Next ialah ubat-ubatan. Kita pergi seorang diri then kita kena sediakan semuanya dari A-Z from the worst case sehingga ke scenario biasa-biasa je. Kita tak boleh nak expect nak mintak ubat orang lain or expect mereka akan setiasa tolong kita. So kita kena bawak panadol, minyak angin, ubat gastik, ubat batuk, ubat sakit tekak, ubat sakit perut, pelembap bibir, ubat gigi ngilu etc. Dan kita kena ingat yang ia adalah benda biasa untuk kena demam, batuk & sakit tekak kat sana so kena ready. Aku sendiri kena demam 3 hari kat Madinah. Tips: Panadol Activefast pak Arab dijual dengan harga jauh lebih murah dan boleh didapati dengan mudah kat Bin Dawood.

Orang kalau pergi umrah (or haji) then nasihat orang yang dah pernah pergi akan suruh kita untuk perbanyakkan bersenam, jogging etc. It is penting sebab umrah (or haji) ialah aktiviti melibatkan perbuatan juga. Kau akan banyak berjalan dan berjalan. Dari tawaf sehingga ke Saie. Masalahnya aku bukan seorang yang physically healthy dan obviously gemuk dan malas nak bersenam. Akibatnya selepas umrah pertama, kaki rasa nak tercabut dan bila masuk bilik then terus tidur tak ingat dunia. Hahaha


3. PERSEDIAAN ROHANI
First rulenya: Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Aku ada anxiety so selepas aku bayar full package, aku balik rumah dan apabila sorang diri dalam bilik, aku terus menanggis. Segala anxiousness dalam otak menyerang tiba-tiba. What if shit thing happen to me there, dah ar aku sorang diri kat tempat yang jauh dari rumah pulak tu, bagaimana kalau tuhan bayar ‘cash’ setiap perbuatan aku kat Malaysia dulu, macam mana kalau mulut aku yang memang dah cabul ni terus keluar ayat pelik-pelik, macam mana kalau aku tak ‘nampak’ Kaabah atau sesat tak jumpa pintu keluar, macam mana kalau aku masih lagi buat dosa yang sama bila dah balik Malaysia kelak atau macam mana kalau ibadah aku ditolak, aku tak ready dan aku nak ambik balik duit aku tu semua bla-bla-bla.

Alhamdulillah, sejak dari aku pergi airport sehingga balik semula ke airport KLIA, perjalanan umrah aku rasa cukup diberkati ar. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Walaupun aku demam 3 hari dan beberapa perkara berlaku tak seperti yang dikehendaki but still sentiasa bersangka baik kepada Allah dan kita hanya akan jumpa yang baik-baik je.

Umrah atau mana-mana ibadah sekalipun bukan benda yang sebab orang lain buat so aku pun ikut gak. Orang tunggang terbalik atas sejadah so kita ikut membabi buta tanpa kita tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Sama gak umrah. Orang tawaf, kita tawaf. Orang berebut nak cium Hajar Aswad kita pun berebut sekali. Last-last orang sembah Allah, kita pulak sembah Kaabah. Sebab kat sana nanti, kita akan jumpa ramai manusia obses melampau pada semua perkara. So dapatkan sebanyak mana ilmu yang boleh.

Agensi biasanya akan adakan kelas umrah setengah hari untuk bakal jemaah tapi percayalah yang ilmu tu sikit sangat. Jabatan Agama Islam negeri dalam beberapa bulan sebelum musim haji akan adakan kursus haji secara percuma. Ia setiap hujung minggu, setengah hari untuk 2 or 3 bulan kalau tak silap. Then boleh juga dapatkan ilmu sampingan dari buku (rupanya banyak buku umrah/haji versi kontemporary/urban di pasaran), Youtube, blog segala. Setiap ilmu tu sangat berguna. Antara benda paling asas perlu google or tanya ustaz ialah: Sembahyang dalam kapal terbang, Solat Jamak & Qasar sebab kita akan selalu buat kat sana. Dan ketahui serba sedikit sejarah Kota Mekah, Kedatangan Islam dan Nabi Muhammad S.A.W sebab bila sampai sana kau akan dapat relate itu ini berlaku kat situ sini etc.



4. ETC
Beg Sandang. Agensi biasanya akan sediakan 3 beg kepada kita: 1 beg baju besar. 1 beg hand luggage & 1 beg silang bawak dokumen. Sebagai individu yang pergi seorang diri then kita sedaya upaya untuk memastikan perjalanan kita selancar yang boleh. Menarik 2 beg dalam 1 masa bukanlah kerja yang mudah. Perjalanan dari airport Malaysia ke airport Arab, nak keluar masuk dalam bas, naik turun lift, naik turun tangga, nak tarik masa luggage claim etc. Dalam team umrah kami ada 3 orang yang pergi sendiri (termasuk aku). Sorang lelaki & sorang perempuan ni masing-masing setuju yang dengan bawak beg sandang (which is aku) ialah sangat memudahkan.


Beg Selipar. Di Masjidil Haram tak ada ruang khas untuk simpan selipar/kasut. Kat Masjid Nabawi ada tapi agak limited so pilihan yang ada ialah bawa masuk selipar ke dalam tempat sembahyang. Kau boleh je bawak plastik sayur dari Malaysia yang charge 20sen tu. Cumanya kau sentiasa perlu pegang dengan tangan sepanjang masa ar. Aku bawak uncang beg sandang/drawstring bag yang aku beli kat Daiso. Ia ringan dan fokus kau pada ibadah lebih terarah ar sebab tak perlu fikir selipar dalam plastik kat tangan. So ia cukup praktikal masa tawaf dan saie cumanya masa sembahyang ia tak menjadi. Masa kita sujud, ia akan jatuh kat kepala kita. So roomate aku (yang pergi sorang diri tu) guna beg silang macam kat bawah ni dan ia menjawab permasalahan tempat simpan selipar dan praktikal masa sembahyang.



Derma. Kita digalakkan buat apa-apa sahaja jenis ibadah dan kebaikkan kat sana. Kalau kat mekah, balasannya 10000kali ganda pahala. So nak bagi derma kat sapa? Jangan bagi pada perempuan yang bawak anak kecik menanggis-meraung-menyanyi siap anak-anak dia yang lain tak ada tangan merayu mintak duit. Itu scam. Pak Arab kata mereka tu sebenarnya scammer hebat and even dah jadi jutawan akibat duit orang bagi. Or kau akan jumpa pak Arab yang claimed dia dari Palestine dan tak ada duit nak makan. Another scam. So nak sedekah pada siapa? Pegang duit dalam tangan, aim sorang cleaner, bagi duit kat dia then terus blah. Jangan berhenti lama sebab nanti kawan-kawan dia akan serbu kat kau pulak. Or kau akan jumpa kedai makan yang orang berbaris panjang. Mereka berbaris bukan sebab makanan kat kedai tu rasa sedap nak mampus tapi sebaliknya mereka sedang tunggu makanan yang bakal disedekahkan. Konsepnya: Kita bagi 100Riyal so pemilik kedai akan sediakan makanan bernilai 100Riyal dan akan bagi orang miskin yang beratur tu makan.


Rambut. Untuk lelaki, sila gunting rambut anda pendek tapi jangan cukur ar sebab kita nak dapatkan pahala bercukur kat sana. Rambut aku sebulan sebelum pergi memang panjang tapi 2 minggu before flight aku potong dan tinggalkan sekitar 2 inchi lebih. Mula-mula aku fikir ia okey tapi sejujurnya still ia agak menyusahkan sebab flight aku terus ke Jeddah so dari KLIA lagi dah kena pakai ihram. FYI jangan tukar ihram kat atas kapal terbang sebab ia tak mudah. Walaupun flight 8 jam dan kau fikir masa lama lagi but still kau bukan satu-satunya manusia atas tu dan tandasnya sangat kecil. Kalau kau nak tukar dalam tandas kapal terbang, potensi untuk mengotorkan ihram sangat besar. Better tukar awal-awal kat lapangan terbang lagi. Sambung cerita: Flight aku sampai Jeddah jam 10 malam, sampai hotel jam 2 pagi dan jam 7 pagi baru buat umrah so potensi kita buat pantang larang ihram sangat besar. Kau nak mandi, tidur, kepala gatal or paling utama masa solat dan kau tak boleh pakai kopiah (menutup kepala or sebahagian) or buat pergerakkan lebih dari 3 kali.


Shopping. Nak tak nak kita kena akui yang kita kena beli souvenir untuk adik beradik, kawan sekerja, anak-anak etc. Madinah lebih murah dan peniaganya lebih ramah berbanding di Mekah. Tapi muttawif kami kata satu gudang bernama Jaafariah kat Mekah ni harganya murah dari Madinah. Masalahnya aku tak ada beli jubah, kekacang, tasbih or apa-apa benda typical orang balik umrah/haji akan beli so aku tak tahu harga barangnya. But still aku beli key chain, fridge magnet etc dan ada satu kedai ni yang jual benda alah tu semua dengan sangat murah: Kedai 2Riyal dan ia ada di mana sahaja dari Mekah sehingga ke Madinah.


Customer Service. Kalau kau jumpa customer service yang teruk kat Malaysia then bila kau sampai sana then kau realize yang customer service kita tak ar teruk mana sangat pun. Aku pergi Mc D sana, kedai makanan segera, kedai makan, mall dan ia totally menyedihkan ar. Aku pernah jadi mystery customer Mc D so kedai makanan segera tu memang ada garis panduan khusus dalam melayan customer. Tapi kat sana: Dia tengok kita atas bawah, nak tak nak je layan. Pergi kedai lain pun lebih kurang sama je peelnya. Nak kata masalah komunikasi tak jugak. Entah ar. Dah perangai mereka kot.

Makanan. Firstly kau bukan pergi haji selama sebulan setengah. Secondnya tanah haram Mekah dan Madinah ialah kawasan larangan bukan Islam so tak akan ada masalah susah nak cari makanan halal. Agensi & hotel biasanya memang akan sediakan pakej makanan sekali dari sarapan, tengahari sehingga ke malam. So tak perlu nak bawak mee segera, belacan, ikan bilis, kicap pelbagai. Semuanya hanya akan memberatkan beg. Kalau kurang 2 minggu tu buat kau rindu dengan makanan segera dari Malaysia, pergi je Bin Dawood. Semuanya ada. Harga pun lebih kurang sama. Susu segar murah sikit. Pringles mahal nak mampus. Barang dari Malaysia, Indonesia semua ada.

Benda-benda kecik yang perlu di bawak. Contoh: Pemotong kuku, gunting untuk bertahlul, botol semburan untuk wudhu perlu di bawak

1 comment:

snow white said...

Terima kasih en atas tips pergi umrah untuk seorang. En dpt bagi gambaran pada saya