Sunday, March 24, 2019

Umrah. Part 03


Subuh pagi ke 6 dan ke 7 sangat sejuk. Dengan angin kuat, memang mengeletar satu badan ar. 18 darjah celcius. Ia adalah bacaan paling rendah kat Mekah sepanjang kami ada masa tu. Sejak balik dari Taif tempohari tu memang dah rasa kureng sikit badan tapi masih okey lagi. Hari ke 7 aku dah completely demam. Perjalanan ke Madinah memang tidur je memanjang. 


Sampai bilik hotel, tidur lagi dan lagi. Solat tak terjaga. Mostly qada solat bila terjaga tengah malam. Itupun dalam keadaan demam-demam. Madinah yang suhunya jauh lebih sejuk memang tak membantu demam aku ar. Ziarah dalam masjid Nabi aku pakai baju 5 lapis pun masih lagi terasa sejuk. Waktu ziarah Luar memang menggeletar 1 badan. Balik bilik tidur lagi dan lagi. Sepanjang aku di Madinah aku hanya sempat solat berjemaah 2 kali je di masjid Nabi. Memang sadis ar. Tapi bila fikir-fikir balik, ia lebih baik sebab aku datang Mekah dulu. Imagine kalau aku flight turun ke Madinah dulu dan bila sampai Mekah baru demam. Punya ar rugi sebab tak dapat nak buat ibadah banyak-banyak.



Sehari sebelum nak balik baru ar demam aku kebas. Baru ar dapat meneroka kawasan sekitar Madinah. Jauh gak ar aku menjelajah. Bagi aku madinah agak mengelirukan berbanding Mekah. Walaupun Madinah lebih tersusun dan kemas tapi ia agak mengelirukan. Semua bangunan nampak macam sama je. Reka bentuk sama. Ketinggian sama. Laluannya pun macam lebih kurang je. But still ia tak menghalang aku untuk jalan sejauh-jauhnya.


Hari terakhir. Tak banyak aktiviti yang dibuat. Lapangan terbang Madinah jauh lebih modern dan cantik berbanding kat Jeddah. FYI timbangan beg aku masa pergi 11KG dan bila balik 18KG. Sikit je naiknya. Sedangkan had berat 30KG. Flight balik tak sampai 8 jam. Sampai Malaysia jam 6 pagi lebih. Salam-salam dengan ahli jemaah lain dan berpisah. Tapi aku dan Faaiz masih satu haluan. Kami masing-masing nak ke KLIA 2. Then sampai sana baru ar semuanya tamat.



So apa yang korang kena try kat sana?
1. Kau kena explore setiap tingkat, setiap pintu, setiap space kat dalam masjidil haram. Memula memang akan sesat sikit tapi lama-lama kau akan semua boleh keluar. Itu keluar sini, masuk itu keluar balik sini bla-bla-bla. Kau akan tahu mana jalan nak pergi library, nak naik tingkat atas sekali, kat mana tempat jemaah yang meninggal, laluan skuter kat mana, escalator tu pergi mana, pintu tu masuk mana, tempat solat mana yang ada ramai orang asia, nak ambik sembahyang kalau batal wudhu kat mana, apa berlaku pada hari-hari tertentu kat tempat tertentu bla bla bla.

2. Kau kena try makanan Arab. Walaupun hotel dah sediakan juadah 3 kali sehari dan kau tak perlu nak keluarkan sesen pun tapi still ia adalah satu kerugian kalau kau tak try makanan orang lain masa kat luar negara. Hari pertama aku dan Faaiz try makan ‘Fast Food’ Arab dalam kedai sebelah tower jam tu. Sebelum tu kami tengok-tengok Mc D, Burger King, KFC Arab kot-kot ada special dishes ke. Then kami try fast food local. Hiasan kedai 0 markah. Layanan 0 markah. Rasa kira bagi 2 markah je out of 10. Korang kena try air tebu campur lemon. Sedap. Ais krim jalanan yang digembar gemburkan tu biasa-biasa je ar. Try ais krim bungkus ka Bin Dawood. Itu power. Dan kena makan nasi mandi/nasi Arab. Aku kat sana try 4 kali kat 4 tempat berbeza. Kena makan dengan cili hijau baru betul-betul power. Dan tak lupa pada laban..

3. Kalau korang duduk sembahyang, jangan lupa bagi salam pada orang kiri kanan. Kau tak tahu siapa yang kau akan jumpa dan cerita apa yang kau akan dapat. Yang pasti kau akan jumpa ramai kenalan dari seluruh dunia. Orang yang aku jumpa ada dari Malaysia, Indonesia, Mesir, dan Iran. Kalau dari Malaysia dan Indonesia boleh share banyak perkara best. Tentang pakej dan bayaran yang berbeza, pengalaman mereka etc. Yang dari Mesir tu muda dan boleh cakap English so jauh gak cakap kami. Dan yang dari Iran tu ramah tapi cakap macam ayam dan itik ar. Ada satu group ni bila aku kata aku dari Malaysia mereka terus bersorak kuat. Ada sorang tu try nak cakap Melayu. Lawak ar. Ada yang bila kita salam mereka senyum je. At least tak terputus hubungan sesama Islam ar kan?




Tahun ni aku terima 2 hadiah hari jadi yang paling best. Dan kedua-duanya aku beli untuk diri aku sendiri. Umrah dan sebijik kamera. By the way, 5 January ialah tarikh hari jadi aku.

No comments: