Sampai kat airport Jeddah jam 10 malam lebih malam masa
sana. Area immigration rasa macam sedang melalui kawasan perang yang penuh
dengan askar Arab tapi bunyi heboh macam orang sedang lepak kedai mamak tengah
malam. Bising bukan main lagi. Tak terasa macam dalam airport antarabangsa je.
Then perjalanan ke hotel sampai-sampai dah 2 pagi. Faaiz cadangkan mutawwif
supaya buat tawaf terus sebab jujur cakap yang ia sangat tak selesa untuk pakai
ihram lama dengan perlu jaga pantang larangnya sekali but mutawwif nak buat
lepas subuh gak. So ikut ar. FYI ini kali kedua Faaiz mengerjakan umrah
Tapi sejujurnya cakap malam tu (pagi sebenarnya) memang
tak dapat nak lelapkan mata betul-betul. Walaupun jet leg masih terasa tapi
rasa teruja tu jauh lebih kuat. Jam 3 aku turun lobi tengok luar manusia punya
ar cukup banyak. Tak terasa seperti awal pagi. Semua berebut-rebut nak buat
ibadah.
Selepas Subuh dalam bilik (BTW aku sebilik dengan Faaiz
dan Abang Jalil dari nogori sembilan), jam 7 macam tu kami pun bergerak ke
Kaabah. Lupa nak update, masa aku pilih pakej dulu aku cari paling murah so
sepatutnya akan dapat hotel paling jauh ar tapi entah apasal lak masa kat
airport, management kata group kami bakal dipindahkan ke hotel yang jauh lebih
dekat. 5 minit jalan kaki je dah masuk kawasan masjidil haram. Alhamdulillah.
Bilik pulak aku ambik paling murah iaitu 4 orang tapi dibagi bilik 3 orang.
Rezeki..
Pertama kali tengok Kaabah; aku menanggis. Masa tawaf
pun aku menanggis. Nak malu buat apa, tak ada orang ar yang ada masa nak tengok
aku. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Honestly I am a sinner
dan aku rasa macam tak layak pulak menjadi tetamu dan berada di tempat sesuci
tu. Lagipun kalau ada yang tengok pun aku tak akan tahu sebab aku tak tengok
kiri kanan sangat. Kalau korang tanya kenapa aku berani nak pergi sorang diri
then jawapan aku ialah aku nak mengabdikan diri kepada yang Esa so aku buang
rasa takut tu. So sepanjang tawaf, saie aku hanya fokus pada ibadah. Aku nak ia
sempurna (walaupun aku yakin yang ia tak sesempurna mana) tapi aku cuba buat
yang terbaik. Plus kalau kita pergi seorang diri then kita tak perlu risau
tentang orang lain. Ada sorang ahli team kami ni datang in group of emak, adik
dan isteri. Masa tawaf, dia asyik toleh kiri-kanan-belakang mencari mana ahli
keluarga dia sehingga lari bahu kiri dia. Lari bahu maknanya tawaf dia batal.
Second day kami buat second Umrah. Agensi biasanya
menawarkan 3 kali umrah bersama mutawwif. Lepas tu korang nak buat sebanyak
mana yang korang nak, itu terpulang pada korang sendiri. Tapi untuk kali kedua,
kami (aku, Faaiz, Abang Jalil & wifenya) buat umrah sendiri. Memula ikut
team bermiqat di masjid Jaranah then kami berpisah kat masjid. The positive
part buat sendiri ialah kita tak terikat dengan jumlah team yang banyak. Team
kami ada 45 orang jemaah. Nak kena tunggu si A, lepas tu si B lupa barang, si C
jenis banyak soal so semuanya jadi lambat. Bila ada 4 orang je so semuanya
cepat. Lagipun kami dah tahu apa perlu dibuat, lepas tu buat apa bla-bla-bla.
Hari ke 3 kami buat umrah ke tiga. Yap, straight 3 hari
buat umrah. Kepenatannya terasa hanya pada hari pertama je. Day 02 & day 03
rasa okey je. Kali ni kami kembali ikut mutawwif sebab dia kata habis umrah dia
nak buat ziarah luar masjidil haram. Technically ia tak ar ziarah jauh mana
sangat pun. Kalau kau saie guna tingkat ground or underground then guna pintu
keluar situ. Mutawwif tunjuk mana tempat Nabi lahir (dah dijadikan
perpustakaan), mana bekas rumah Khadijah (dah roboh untuk elak fanatik) dan
tempat tinggal VVIP kalau datang mengerjakan umrah/haji dan ada laluan bawah
tanah menuju ke Kaabah.
Kami berada di Mekah untuk 7 hari (literally). 7 hari
yang menerujakan tapi rasa macam tak cukup ar. Subuh jam 5 lebih tapi jam 2
lebih aku dah turun dari hotel. Solat Jumaat jam 12 lebih tapi jam 9 dah ada
kat masjid. Kita nak dapatkan tempat yang terbaik dan buat ibadah sebanyak yang
mungkin. Kemudian dengar cerita Faaiz dan team member dapat sembahyang saf
paling depan, or dapat cium Hajar Aswad or berdoa di Multazam, aku berkongsi
kegembiraan mereka. Tapi jujor cakap aku tak terdetik untuk buat yang sama.
Faaiz pernah cuba bawak aku cium Hajar Aswad tapi manusia yang fanatik giler
banyak, semua bertolak-tolak macam orang tak makan seminggu dan ttiba ada
bantuan makanan datang dan dada rasa tertekan habis ar so aku keluar.
Aku teringat kata sorang ustaz ni: Kalau kita pindahkan
Kaabah ke Malaysia then adakah arah kiblat kita juga akan berubah sekali? Or
bak kata ustaz MAZA: Tuhan yang sama kita sembah di Malaysia ialah tuhan yang
sama kita sembah di Mekah sana plus kita sembah Allah, bukan Kaabah. Tempat tu
memang dah dinyatakan sebagai tempat mustajab berdoa, cumanya mereka yang
terlampau fanatik tu agak menakutkan. Kalau kau pernah pergi then kau akan
tengok seribu satu perangai manusia pelik. Mereka anggap tempat yang nabi
pernah pergi atau benda yang nabi pernah sentuh ialah keramat. Masa kami buat
ziarah ke Jabal Rahmah, ada text ni kata tempat tu tak ada keramat atau boleh
membawa apa-apa keajaiban kepada sesiapa. Jangan sampai jadi kurafat sudah ar.
Aku pergi umrah ni bukan berniat nak shopping so duit
1000Riyal aku bekal still berbaki 220Riyal bila sampai Malaysia. Team umrah
tanya Muttawif mana tempat best + harga murah kat Mekah. Muttawif kata Mekah
barang mahal sebab sewa tinggi. Nak shopping gi Madinah sebab kat sana murah
tapi kat Mekah ada satu tempat nama Jaafaria yang mana harganya lebih murah
dari Madinah. Aku tak plan nak shopping but still aku pergi sebab nak tengok ‘Mekah’
tu macam mana. Bayar 30Riyal dan aku balik dengan tangan kosong.
Tapi aku ada 1 lokasi yang aku suka shopping. Bin
Dawood. Kedai ni kira macam Giant/Mydin tapi versi mini yang ada je kat
mana-mana. Bangunan ni ada. Bangunan sebelah ia ada. Selang 2 bangunan ada lagi
sebijik. Kat Bin Dawood ni aku suka bandingkan harga dan beli benda-benda yang
tak ada di Malaysia dan bawak balik. Aku beli susu segar (murah sikit dari
Malaysia), Mentos yang perasanya tak ada kat Malaysia, gula kuib berperisa
pudina, perencah Maggi Arab, manisan Arab, keropok kentang Arab etc. Yang pasti
Pringles sana mahal nak mampus. 13Riyal untuk satu silinder tu.
Antara benda yang aku terfikir dari Malaysia ialah apa
hidangan istimewa Mc D dan KFC Arab. Technically tak ada apa-apa sangat pun.
Ingatkan ada Mc Arab ke dengan rempah ratus or Mc Nasi Mandi ke. Dan ayam KFC
ia kecik dan rasanya bukan tak lawan KFC Malaysia. Cuba try fast food Al-Bait.
Pastikan ia memang Al-Bait ar sebab banyak sangat klon yang guna nama dan logo
hampir serupa.
Hari ke-5 kami melawat Taif. Ni kira ziarah luar jadual
ar. Kami bayar 200Riyal. Kami dinyatakan yang Taif ni ialah kawasan riadah
orang Arab sebab ia sejuk. Kira macam Tanah Tinggi Genting ar. FYI aku pergi
bulan 2 dan sepatutnya Mekah dah tak sejuk sangat tapi paling sejuknya boleh
jatuh 18 Darjah Celcius. Dan Madinah pulak jatuh sampai 8 Darjah Celcius.
Kembali ke cerita; Kalau kita belajar sejarah then Taif ialah tempat pertama
Nabi nak sebarkan dakwah Islam sebelum ke Madinah dan ianya tak berjaya. Taif
juga ialah tempat ibu susu Nabi. So lawatan ke Taif akan lihat tempat nabi kena
lontar dengan batu oleh penduduk Taif tapi kami tak dapat berhenti sebab
kawasan tu dah diharamkan berhenti. Siap ada polis jaga lagi. Sekali lagi atas
alasan untuk elak kaki fanatik.
Di Taif kami singgah ke masjid Abdullah bin Abbas
(sepupu Nabi), pasar buah-buahan, ladang ros (jumpa Oki Setiana Dewi) dan
masjid Qarnu Manazil (tempat miqat). FYI Taif memang sejuk dan tanahnya subur.
Menghijau je kat mana-mana. Dan kalau kau bernasib naik kau akan terserempak
dengan monyet padang pasir. Or kau akan nampak beberapa taman tema besar yang
tak ada orang di antara batuan-batuan. Dalam perjalanan akan jumpa ladang
tanaman, ternakkan unta dan bebiri, sungai etc. Dan paling penting ia sejuk dan
telinga rasa sakit sebab tekanan udara. Rasa macam dalam kapal terbang pulak.
Kalau kau berbelah bahagi nak pergi Taif plus bayar
200Riyal tu membebankan then aku tak nasihatkan ar. Ramai gak jemaah yang dah
pergi Taif mempersoalkan kerelevenan pergi sana. Ia jauh dan most of the time
kita hanya duduk dalam bas je pun. Tak ada apa-apa yang luar biasa sangat pun
kat sana. Aku expect kita akan berhenti kat tempat-tempat bersejarah tapi tak.
Kalau kau tak nak then jangan pergi. Buat ibadah kat Mekah jauh lebih
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment