Pada 5 January 2018 aku terima call kata aku diterima
kerja. Memula fikir itu mungkin taktik scammer ar sebab kali terakhir aku
interview ialah 3 bulan sebelum tu. Borak punya borak ternyata ia adalah benar.
Beberapa hari lepas tu aku lapor diri. Aku berniat dalam hati kata next year
pada 5 January 2019 aku akan berada di Mekah mengerjakan umrah. Unfortunately
ia tak berlaku sebaliknya aku pergi 11 February 2019. Hahaha..
Aku sejenis makhluk kaki planner aka bukan pergi main
redah macam tu jer. Semuanya mesti dirancang baik-baik selengkap-lengkapnya.
Kalau tak aku akan start gelabah. Dalam otak aku: Pakej umrah aku budjet RM6000.
Kamera sebijik RM2000. Perbelanjaan Pre dan semasa RM2000. So aku plan pada
Disember 2018 aku dah ada RM10000. Walaupun realitinya kerja ni ialah kerja
dengan gaji paling kecik aku pernah terima sepanjang aku tamat degree 2008
dulu. Plus 4 bulan aku kerja tak ada simpanan langsung (2 bulan terawal tu
gajinya kira tak ada gaji dan 2 bulan lagi sebab raya. Hahaha). But still
disebabkan ada niat so kita akan fokus. Alhamdulillah pada Disember tu aku
berjaya simpan sekitar RM8000. Pertengahan Disember aku bayar pakej sekaligus
kat agensi umrah tu. Harga pakej plus tiket Kuching-KLIA2-Kuching memang
cukup-cukup dengan budjet ar. Dan aku rembat sebijik kamera Fujifilm XA-10 kat
Lazada dengan harga RM1200. Bila fikir-fikir balik kalau aku kena tipu online
then burn macam tu je ar duit aku. Kau pun bertanya: kenapa tak beli kamera kat
dunia nyata dan apa signifikasi perlu ada kamera? Handphonekan ada? First ia
kamera yang dah agak lama dan dah boleh kata kurang kat kedai. Harga in store
RM2200 kot (aku ada tanya sebab ia perlu booked awal-awal). Plus aku rasa annoy
pada mereka yang ambik gambar moment-moment penting just guna handphone then
either upload kat social media or terperam dalam memory phone. That it..
Hanya selepas aku bayar pakej, renew passport, inject,
bayar itu ini then baru aku bagitahu parents aku yang aku nak pergi umrah awal
bulan dua ni sorang diri. Memula mereka agak tergamam ar. Aku versi berlawanan
dengan abang aku. Dia jenis heboh mewar-warkan cerita satu dunia tapi nak
merealisasikanya agak susah. Aku pulak jenis diam-diam je. Dah jadi baru
bagitahu. Itupun kalau aku nak bagitahu.
Aku didiagnosed with Bipolar Disorder Typle 2 with
anxiety. Kalau kau baca previous post tentang tips pergi Umrah sorang diri tu
then yap, it happen. Selepas bayar tu, apabila sorang diri dalam bilik, aku
terus menanggis. Segala anxiousness dalam otak menyerang tiba-tiba. Segala ‘makhluk’
dalam otak cuba nak bersuara: What if shit thing happen to me there, dah ar aku
sorang diri kat tempat yang jauh dari rumah pulak tu, bagaimana kalau tuhan
bayar ‘cash’ setiap perbuatan aku kat Malaysia dulu, macam mana kalau mulut aku
yang memang dah cabul ni terus keluar ayat pelik-pelik, macam mana kalau aku
tak ‘nampak’ Kaabah atau sesat tak jumpa pintu keluar, macam mana kalau aku
masih lagi buat dosa yang sama bila dah balik Malaysia kelak atau macam mana
kalau ibadah aku ditolak, aku tak ready dan aku nak ambik balik duit aku tu
semua bla-bla-bla. Tapi as time goes by ia makin kurang ar.
Seminggu before flight, aku pergi kursus umrah yang
disediakan agensi. Ia diadakan setengah hari tapi jujur cakap memang tak cukup
ar pengisiannya. Aku pernah ikut emak bapak aku pergi kursus haji kelolaan
Tabung Haji sebanyak 3 kali so memang banyak ar benda yang tak diajar kat
kursus agensi tu. So nak tak nak kena banyakkan bacaan.
11 February akhirnya pun tiba. Aku hanya start masuk
barang dalam beg malamnya. Jam 2 pagi masih lagi belum siap berkemas. Aku ambik
flight paling awal dari Kuching ke KLIA 2 walaupun flight KLIA ke Jeddah hanya
jam 5 petang but still no one know what the fish could happen la kan? Aku lepak
beberapa jam di KLIA 2 then pergi KLIA dan lepak lagi beberapa jam lagi. Jam 2
kami sepatutnya dah berkumpul tapi bila sampai sana, wow, memang ramai yang dah
ada. Tengok beg biru Andalusia so aku yakin yang mereka-mereka ni lah yang akan
jadi satu team sama dengan aku. Tapi realitinya ada berpuluh-puluh jugak
agensi-agensi umrah lain yang ada and even dari Indonesia pun ada gak. Mereka
akan masuk 1 flight yang dah dibooked sekali.
Aku seorang yang introvert (ada masanya) so antara
kebimbangan aku sebelum tu ialah aku akan totally seorang diri je kat sana
kelak. Cukup pasti akan ada ramai orang tua dan aku kureng sikit apabila
bersama dengan orang tua. Sentiasa bersangka baik kepada Allah. Ditakdirkan
selain aku ada sorang lagi lelaki (dan juga sorang perempuan sebenarnya) yang
pergi sorang diri dan umur dia lebih kurang sebaya aku dan dia pulak sejenis
extrovert. Dia bercakap dan bercerita dengan semua orang. Kat KLIA masa first
jumpa, dia dah kata awal-awal yang kami kena saling tengok satu sama lain dan
dari pergi sampai balik Malaysia, dia memang seorang peneman yang baik yang
tuhan pinjamkan untuk aku kat situ. Mana dia Faaiz btw. Dan dia bangsa Johor.
The awkward part pergi ke Mekkah dulu ialah si lelaki
kena pakai ihram start kat airport Malaysia. Imagine kau baru lepas mandi, kau
ambik sehelai tuala dan satu lagi extra untuk tutup bahagian atas dan jalan ke
hulu-hilir dalam airport, naik kapal terbang, turun kapal terbang dan dekat
sana siap masuk mall dan paling utama tanpa pakai seluar dalam. Dan kau bukan
satu-satunya lelaki yang buat perkara tu gak. Rasa pelik sangat wey. Btw bila
aku kata dalam mall aku maksudkan mall bawah jam Mecca Tower tu. Just pakai
ihram dan tanpa seluar dalam. Hahaha..
Dan juga ini ialah first time seumur hidup aku masuk
kapal terbang yang sangat besar (2 tingkat) dan perjalanan yang sangat lama (8
jam). Selama ni pernah naik kapal terbang Air Asia dan Mas dalam Malaysia je.
(bersambung)
No comments:
Post a Comment