Friday, June 21, 2019

Akulah Orang Ketiga Itu

Kalau kau tak kenal sangat aku then kau akan kata aku seorang yang baik tapi kalau kau kenal betul-betul aku then kau tahu yang aku ialah antara bakal ahli neraka tapi dalam tak baiknya aku tu ada beberapa peraturan yang aku sangat-sangat titik beratkan. 1st aku tak akan buang sampah merata-rata and 2nd aku tak akan curang kalau berpasangan.

Tapi hari ni tadi aku dapat tahu yang aku ialah orang ketiga dalam satu relationship tu or in other wordnya aku in relationship with a person that already married. Aku tak tahu kenapa aku tak pernah terfikir untuk mintak untuk add social media dia dan hari ni tadi aku guna bakat stalker aku dan berdasarkan maklumat yang cukup sikit yang ada pada aku then aku jumpa Facebook page dia. Yeah, then aku jumpa satu account yang ada gambar dia dan seseorang yang sedang berkahwin. Aku tengok tarikh, wow dia baru kahwin setahun lebih je baru (tapi mereka dah in relationship agak lama gak ar)

So aku whatapps dia supaya dia jujur dan bagitahu semuanya. Dia mengaku yang dia dah kahwin tapi pasangannya tu kerja jauh dan dia kesunyian. Yap, aku ialah bahan menghilangkan kesunyian dia je. Dan lebih teruk dia salahkan aku gak. Tapi sampai malam ni tadi dia mesej tanpa henti, nak mintak aku bagi dia peluang kedua, luahkan perasaan dia, hantar video etc. Duh, aku bukan Bella Astillah yang akan bagi peluang banyak kali kepada Alif Aziz walau sah-sah dia dah banyak kali curang. 





Curang ialah satu benda yang sangat-sangat besar pada aku. Kalau kau benar-benar kenal aku then pada tahun 2008 ada satu incident yang membuatkan aku yang berumur 23 tahun waktu tu menanggis teresak-esak macam budak kecik di hadapan orang lain sebab ada 1 episode kecurangan berlaku yang hampir memecahbelahkan keluarga aku. Aku tak nak keluarkan aib sesiapa dan aku dah maafkan orang tu but still apa yang dia buat masih berkesan dalam diri aku sampai bila-bila. It is one of the darkest moment in whole life laaa..






Aku seorang lelaki yang punya ego cukup tinggi untuk bagi perasaan aku kepada sesiapa. Dan aku mencemar duli dengan bagi perasaan aku pada dia. Dan dia buat aku macam ni...















Kalau kau horny sebab pasangan kau jauh then aku faham. Aku boleh bagi kepuasan tu kalau itu yang kau nak. Tapi kau nak aku hidup dalam hati kau sedangkan hati aku pun ada dia sekali. Sekalipun kau sanggup bercerai dengan dia disebabkan aku but still aku tak akan dapat terima kau. 









Aku tak nak jadi orang ketiga


1 comment:

Anonymous said...

Coin Casino - A Comprehensive Guide to playing with Bitcoin
Coin casino uses your Bitcoin wallet to store transactions, Coin gambling allows you to deposit your favorite bitcoin 코인카지노 도메인 games on the go.Do you really love cryptocurrencies?Is there a coin casino with a coin casino for beginners?