Korang pasti pernah jumpa individu-individu tertentu yang punya perangai/sikap teruk seperti jenis suka buat cerita, pemarah, kaki bodek boss, otak terlalu buruk sangka, ayat keluar dari mulut terlalu negatif, lidah bercabang sehingga terdetik jauh di sudut hati kau berkata 'Apa yang dah berlaku pada dia sebelum ni sehingga menjadikan dia apa yang ada pada hari ni?'
Dia ada zaman kanak-kanak yang terlampau menyedihkan ke? Ibu bapa dia bercerai ke? Dia pernah kena pukul (or worst) oleh ahli keluarga dia ke? Dia dulu selalu kena buli di sekolah ke? Dia pernah kena tipu oleh kekasih sehingga hilang maruah diri ke? Kena tipu kawan baik? Bla bla bla
Kemudian kau terfikir: Kalaulah situasi sama yang pernah berlaku kepada dia sebelum ni juga berlaku kepada kau dulu then kau mungkin akan jadi sama seperti dia hari ni.
Atau tak.
Mungkin zaman kanak-kanak kau tak lah terlalu menyedihkan, keluarga kau tak lah terlalu bergelora mana sangat pun, kau tak pernah kena jentik oleh parents kau, kaki buli sekolah tak pernah target kau, semua ex kekasih kau tak lah iblis mana sangat dan kawan-kawan yang kau ada kebetulan ok-ok jer tapi but still shit happen along the way. Ada sampai kau jatuh teruk at the bottom sehingga susah nak bangkit semula. But still kau tak ada perangai seteruk dia. Kau masih lagi jalani kehidupan dengan nilai-nilai murni dan pemikiran yang positif. Walaupun tak sepenuhnya but still kau tak pernah jadi seteruk tahap dia.
Simpati kan?
Di tempat kerja baru aku ni ada sorang kaki bodek boss. Mostly semua orang tak suka dia tapi they still got manner plus jawatan dia berpotensi untuk naik lebih tinggi so nak tak nak terpaksa gak mereka semua ni ikutkan pe'el dia. Aku? Aku ni aku lah. Jenis manusia tak makan saman. So target dia tertumpu pada aku. Setiap benda betul aku buat akan jadi salah. Setiap kesalahan kecil aku buat akan diperbesarkan. Dan setiap kesalahan dia tak akan pernah jadi sesalahan dia sebaliknya akan jadi kesalahan aku. Semalam kami buat meeting sesama management dan dia serang aku sehabis boleh. Reaksi aku: senyum dan dalam hati aku simpati. Agak-agaknya apalah cerita aku yang dia jaja pada boss. I dont care.
Di tempat kerja baru aku ni juga ada sorang mamat yang mostly ramai tak suka. sebab dia jenis mulut manis, pandai reka cerita sehingga ada masa kita tak tahu yang mana fakta dan yang mana auta, dan dia selalu emo tak tentu pasal pada semua orang. So dua hari lepas dia naik minyak pada kesalahan yang dia sendiri buat. Tengah kami buat kerja dia suddenly marah, rosakkan barang, suarakan ketidakpuasan hati dia sedangkan ia terlalu obvious memang dah salah dia. Kau pernah tengok drama TV di mana sorang pelakon ni over acting sangat sedangkan plot cerita lemah, skrip teruk yang tak memerlukan dia over react sangat sehingga menimbulkan rasa annoyed pada kau? So dengan rasa penuh annoyed aku tinggikan suara balik dan tamatkan lakonan dia hari tu. FYI, kalau kau tak kenal aku then aku ni bukan jenis Zul Ariffin yang sado dan nampak kuat tapi aku ni jeis Zul Yahya (adik-adik, sila google) yang people dont take you for serious. Dia blah dan kemudian dia upload status ancaman dalam group Whatsapp yang pekerja lain anggap ia ditujukan untuk aku. Dan reaksi aku: I dont care.
Mungkin aku pernah berhadapan dengan manusia yang jauh lebih teruk jadi apa yang mereka-mereka ni buat nampak totally amature atau sebab kondisi otak aku yang tak stabil buat aku tak ambik peduli lagi. Tapi jujur cakap, aku simpati dengan mereka.
No comments:
Post a Comment