Wednesday, May 23, 2012

Debat Budaya Barat

Waktu aku first time dengar sorang pak menteri kuar statement "Debat ialah budaya barat.." then aku terkejut pasal rerupanya selama ni aku dibesarkan ngan budaya barat sebab kat sekolah dulu kami pernah diajar dan berlatih debat. Maka kami sedang mengamalkan budaya barat. Duh, ni buat aku rasa marah pada mereka-mereka yang mengubal dasar-dasar pendidikan yang masukkan budaya barat kat minda budak sekolah. Hmmmm..


Tapi bila aku tengok Debat PTPTN last night kat ASTRO AWANI between Rafizi dan KJ buat aku mempersoalkan balik tang mana part budaya barat dalam berdebat ni? Adakah ia dikira budaya barat disebabkan kedua-dua Debater tu berbaju kemeja ngan blazer dan sepatutnya berbaju Melayu or mereka berdua tak menggunakan pantun, seloka, gurindam dan sebaliknya hanya peribaha 'Nak seribu daya, tak nak seribu dalih..' ?

...

Debat PTPTN malam tadi seharusnya menjadi satu titik tolak yang positif dalam keterbukaan minda oleh masyarakat Malaysia dan Malaysians seharusnya memuji usaha yang dilakukan Rafizi dan KJ yang sanggup sekali lagi berdebat malah kali ni ditonton secara terbuka oleh keseluruhan rakyat Malaysia yang mahu melihat apa sebenarnya berlaku. 

As moderator malam tadi kata demokrasi bukan just sekadar kebebasan membuang undi malah bagaimana masyarakat bebas menerima informasi. Sebab selama ni kita tahu bahawa semua media arus perdana di Malaysia adalah umpama HARAKAH versi BN so kita tak akan tahu kewajaran satu-satu informasi melainkan dari sumber alternatif yang once again BN kata sebagai sumber yang boleh diragui kesahihannya. Maka untuk mendapatkan sumber yang kesahihannya tak diragui maka media arus perdana harus terbuka cam malam tadi ar.

Melalui usaha cam debat malam tadi at least leh buat kita tahu sejauh mana pemimpin yang bakal kita pilih mampu menyuarakan dasar parti mereka yang seterusnya akan mempengaruhi kehidupan kita keseluruhannya. Ia membolehkan kita tahu sama ada pemimpin kita sebenarnya bijak dalam melontarkan idea tanpa suntingan video atau sekadar bijak membalas kata-kata tapi sebenarnya kosong.



















Tapi paling tak boleh blah malam tadi ialah bila pusingan ketiga di mana KJ diminta tanya soalan kepada Rafizi dan soalan yang sepatutnya peluang untuk KJ bertindak bernas turn sebaliknya sekaligus buat aku kurang yakin sama ada KJ tahu ke apa perbezaan senarai tugas persekutuan, negeri dan bersama? Gosh, benda ni aku belajar masa Pengajian Am form 6 dan ia benda yang wajib hafal untuk memastikan kita tahu tak keliru apa tugas persekutuan dan negeri. So rafizi jawab pendek sama as apa yang sepatutnya Malaysia tahu. Hmmm..

2 comments:

tebu said...

Biasa la jay..self defense mechanisme akan aktif secara automatik dan akan menyebabkan seseorang berada dalam keadaan separa sedar dan mengeluarkan kata-kata yang akhirnya akan menyebabkan beliau merenung balik kata-kata tersebut di kala mahu melelapkan mata..hmmmm...apa aku merepek ni?

Aj Abdullah said...

enche rumate, kata-katamu itu sungguh sukar diterima akal yang waras tapi saya mampu memahaminya. Hmmmmm.. mungkin disebabkan oleh akal saya yang kurang waras agaknya..