Friday, May 11, 2012

Psoriasis Dan Haid

Aku sentiasa rasa bahawa psoriasis dan haid punya persamaan di mana ia masing-masing melibatkan darah, kitaran dan emosi. Tapi disebabkan semua wanita di dunia majoritinya punya haid so it no a real big deal berbanding bilangan mereka yang menghidap psoriasis jauh lebih sedikit daripada jumlah manusia yang menggelar diri mereka normal. Hmmmm


Psoriasis aku berada pada kitaran yang menjadikan ia jauh teruk. But still masa kat Pahang dulu adalah tempoh paling worst dan aku yakin tempoh kali ni masih lagi diperingkat awal sebab kalau based on pola pemerhatian aku akan turn worst than before once ia kembali pulih untuk sesuatu tempoh. 

Ke mana-mana aku pergi manusia lebih melihat kulit aku berbanding diri aku sendiri. Aku makin rimas dengan semua tu. Dan cuaca di luar makin membahang dan memakai baju lengan panjang di bawah terik matahari sikitpun tak membantu. Orang-orang yang aku kenal lebih banyak cuba menyembuhkan kulit aku daripada cuba menerima aku seadanya. Seolah-olahnya aku ialah barang rosak yang perlu mereka baiki. Semuanya membuatkan emosi aku terganggu sekali lagi.







Yap, tak lupa sakit di kaki aku dulu datang lagi.Sakit rasa nak berdiri or berjalan. Membuatkan aku terfikir alangkah best kalau manusia ni cam patung Barbie yang kita leh cabut kaki kita dan ganti ngan kaki lain bila-bila kita nak.













Teringat masa kat bandar ada 2 orang remaja yang bertembung aku dan kemudian mereka buat bunyi babi dan aku tahu mereka merujuk pada aku. Sebab aku dah biasa dengan semua tu. Even aku sendiri pernah guna frasa 'Sumpahan Babi' untuk merujuk kepada kulit aku dalam sebuah penulisan sehingga ia menjadi bahan soalan oleh beberapa orang students. Aku tak mengutuk kulit aku malah aku terima ia seadanyCuma buat mereka yang tak faham tapi cuba nak menilai then aku bersimpati atas kejahilan korang.












EMO.

3 comments:

hana szied said...

apa yang dimaksudkan dalam entri ini ?anda mengalami sakit apa?

Smoga diberi syifa olehNya !

MORIBAYU said...

me tak akan kata "sabarlah".

me cuma mahu berkata "jeritkan saja".


biar semua tahu.







kamu punya luka di dalam
yang perlu dijahit sembat.

Aj Abdullah said...

Hana,thanks. Semoga saya diberikan Syifa olehNya. Btw Psoriasis tu sakit saya laa.. huhuhu

me, thanks. Yap, sabar tu dah biasa orang kata. Rasa benci or menyampah pulak nak dengar. Memang ada rasa nak menjerit tapi tak tahu either ada orang yang akan peduli or pilih keputusan untuk tak nak mendengar.