Monday, June 18, 2012

My Unborn Grandchildren

Mimpi kekadang sangat-sangat menarik dan leh capai box office kalau ditranskripkan ke dalam bentuk filem or drama sebab ia mostly sangat kreatif dan berbeza (walaupun kekadang mengarut). Yap, aku juga maksudkan selain dari Inception atau lagu Umpama Mimpi Dalam Mimpi (as kami adik beradik waktu kecik dulu kata Umpama Mimpi Coco Jelly). Cumas as kajian kata average manusia akan lupa separuh mimpi tu dalam kurang 3 minit after terjaga dan akan lupa keseluruhan selepas 5 minit berlalu. Hmmmm.


Contoh cam mimpi aku tadi yang bagi aku sangat menyentuh hati ar dan penuh sentimental value ar. It started apabila aku didatangi oleh 2 orang teens: sorang girl dan sorang boy. Based on pemerhatian aku that 2 teens tu cam adik beradik sebab muka satu acuan jer dan ompuan tu kakak ar sebab nampak lebih matang dan berkeyakinan diri. 

Kedian both kuar satu statement yang x leh blah kata "Kami cucu atok dari masa depan.." sedangkan umor aku still sama cam sekarang iaitu 27. Kalau standard cerita biasa then pasti aku akan terkejut tak percaya dan persoalkan itu ini tapi sebaliknya dalam mimpi tu pulak aku sangat cool. Mungkin sebab aku dah biasa sangat menjamukan otak aku ngan cerita science fiction cam tu selama ni kot. So aku balas balik kata:


"Kamu anak Iman atau Nurul Iman...?"
(sebab aku ada imaginasi kata kalau aku ada anak lelaki then aku namakannya Iman meanwhile kalau girl aku bagi nama Nurul Iman)

"Nurul Iman, atok..."

So aku panggil mereka dekat dan aku peluk dan cium fore head mereka. So yang lelaki tu pun terus jer lap dahinya lalu kata:

"Atok ni memang tak pernah berubar ar. Dari muda sampai tua asyik nak cium orang jer.." Then kami bertiga terhenti, saling memerhati dan ketawa besar.

Kemudian kami terus bercerita. Disebabkan aku x pernah plan untuk kahwin atau milikki keluarga sendiri so aku pun cuba nak korek cerita dari cucu-cucu aku dari masa depan ni. Aku nak tahu siapa isteri aku, cam mana  or kat mana kami berjumpa, dia apa khabar etc tapi both of mereka pilih untuk tak nak komen. Mereka kata takut nanti aku akan cuba mengubah masa depan. Entah apsal jauh dalam hati aku tahu apa sebenarnya yang berlaku even tho it not happen yet. So aku kuar statement kata:

"Korang tak nak komen apa-apa sebab korang tak pernah berkesempatan nak jumpa opah korang kan...?"

Mereka just mengangguk. Muka pun dah start nampak sedih so aku alihkan cerita. Aku tanya tentang ibu dan pak cik mereka. Apa khabar mereka, apa yang mereka buat etc. So mereka terangkan:

"Emak sihat-sihat jer. Dia jadi suri rumah sepanjang masa. Emak selalu kata jasa terbesar atok yang dia tak mampu nak bayar balik pada dia ialah mengajarnya ilmu agama.." waktu tu aku rasa terharu sangat. Sebab utama aku bagi nama anak-anak aku Iman ialah kerana walau ia pendek tapi maknanya cukup hebat. Aku mahu anak-anak aku jadi seorang yang beriman. Dan based on cerita mereka buat aku bertambah tenang. Kemudian si kakak meneruskan ceritanya:

"Tapi emak tak mewarisi bakat atok. Emak selalu kata dia nak pegang pencil pun tak mampu. Hanya Pak Ngah dan Pak Usu jer yang ...."

"Pak Usu...?" aku potong kata si kakak. Aku tak tahu rerupanya ada yang ketiga. Dia just menangguk.

"Cuba teka namanya...?"

Dalam otak aku terfikir beberapa nama. Cukup pasti bukan nama yang panjang-panjang dan susah disebut. Aku hanya pentingkan makna disebalik nama tu jer.

"Islam...?"

Kedua-duanya menangguk. So kami berterusan bercerita dan ketawa sehingga aku tanyakan satu soalan terakhir sebelum aku beralih ke mimpi yang lain. Aku tanya mereka berdua:

"Kenapa kamu berdua datang jumpa atok hari ni yaa?"

It takes few minit untuk mereka berdua tergamam tanpa sebarang kata. Ia buat aku faham. So aku terus saja memeluk mereka. Dan kucium fore head mereka. Kali ni si kecik tu dah tak mengelapnya lagi. Sebaliknya dia yang selamanya berdiam akhirnya bersuara:






"Abang rindukan atok..."




Aku just senyum.

3 comments:

Raz said...

eh ni mimpi betol ke x betol ni? tp mmg menarik la.. hehehe

Aj Abdullah said...

eeeer dah namanya mimpi then betol ke tidak tu susah pulak nak jawab tapi ia memang mimpi ar.

Azra Farrah Irdayu Azmi said...

Hihi... (^_^)