Wednesday, June 6, 2012

Johor Sejati..?

Apakah ciri-ciri yang membuktikan bahawa korang ialah warganegeri Johor yang sejati?

a) Korang mati-mati sanggup memperjuangkan tindakkan Sultan Johor membida nombor pendaftaran kereta WWW 1 dengan nilai RM520 000 sekaligus korang setuju kalau Nizar Jamaluddin dikenakan hukuman sama seperti mereka yang sanggup merasuah untuk membeli kapal sejam scorpene.

b) atau korang wajib menjadikan Mawi sebagai idola terbaik yang dilahirkan oleh negeri Johor. Waktu Akademi Fantasi (AF) dulu wajib AFUNDI. Kedian habis AF wajib gantung poster Mawi dalam rumah. Kes Mawi putus ngan Ina Naim then wajib support Mawi. Sebab Mawi ialah Johor dan Johor ialah Mawi.

c) atau setiap kali korang kuarkan statement soalan harus berakhir dengan "eeeeek...?"


Teringat masa belajar dulu kalau jumpa bebudak dari Johor then aku suka sangat nak tanya soalan-soalan basic cam Johor ada berapa daerah or cam mana lagu negeri Johor then waktu tu ar sebahagian besar mereka  kuar jawapan either x ingat or dah lupa. Gosh..

Kedian ramai gak (bukan semua) bebudak Johor sangat maniac ngan Mawi. Sana sini mesti cakap hal Mawi itu, Mawi ini ar. Then kalau ada bebudak lain kutuk Mawi then mereka sanggup berdebat mati-matian mempertahankan Mawi. Tu belum masuk mereka yang Jawa yang gila bangga sebab anak Jawa yang dudok Felda dah meletop jadi artis. Wakaka. Yap, tak lupa mereka mesti simpan bulu lebat-lebat bawah bibir tu. Erk.



Sejujornya aku sangat berbangga sebab sebahagian dari aku ialah berasal dari Johor. Johor bagi aku ialah sebuah negeri yang ada kelas tersendiri. Even kalau kita baca buku sejarah (kalau ia tak tipu ar), Johor memang special. Negeri mana yang sultannya ada title Maharaja dan Maharani selain Johor kan? Kedian walaupun still jadi issue, Johor dikatakan satu-satunya negeri di Malaysia yang tak pernah dijajah (or termnya hanya menerima penasihat British), penduduknya ada Jawa, Banjar, Bugis etc yang punya bahasa dan budaya tersendiri dan banyak lagi ar specialnya Johor ni.













Family aku dah balik dari pelancongan mereka. Dalam kereta nak balik ke rumah, Angah kata yang Puteri aka my 6 year old niece masa main-main ngan sedara mara kat Johor tetiba leh kuar satu word yang berakhir dengan "eeeeeek..?". So kami setuju yang sememangnya darah keturunan Johor mengalir padanya. Wakaka.














Then teringat pada kekawan dari Johor cam Amie Jawa dari Batu Pahat, Razzy dari Pontian, Epong dari Skudai, Nunun dari Rengit (satu kampong), Asun dari Muor (ini bukan typo ar), Aween dari Batu Pahat, Bella dari Kampung Parit Lapis (yang sangat dekat ngan kampong aku), Hafiz Sultan yang asal mana entah dan ramai lagi ar wei. Apa kabar eeek...?

2 comments:

Raz said...

orang johor gak! hi-5!

Aj Abdullah said...

kena bagi 2.5 jer sebab saya separuh Johor.. huhuhu