Wednesday, July 13, 2011

Soalan Buduh

Korang tahu tak film Malaysia title Penunggu Istana? Ia kisah sekumpulan pelajar yang buat kajian di sebuah istana lama then diganggu oleh entiti penjaga istana tu bla bla bla. Ia sekitar seangkatan film barat cam Blair Witch Project, Paranormal Activities, Cloverfield etc yang menggunakan pendekatan berbeza dari rakaman film biasa di mana mereka guna pendekatan rakaman cam si pelakon sendiri yang rakam guna videocam amature mereka jer. 


Main point aku nak share kali ni ialah each time aku seach review or nak download haram film tu then mostly akan ada comment kat bawah post tu yang buat aku ketawa sendiri. Soalan-soalan tu cam:

Betul ke mamat dalam cerita tu mati the end? 
Dia hilang tak ada usaha mencari ke?
Then sia-sia je ar girl dalam movie tu mati?
Apa kata keluarga mereka yang mati nih?

Membuatkan aku x pasti either mereka betul-betul naif baru keluar dari petapaan di gua then tak tahu or just troll buat-buat tak tahu? Ada lagi ke dalam era 2011 ni yang leh percaya yang betul-betul wujud teens yang buat rakaman video amature then video tu leh dijadikan film dan bab melibatkan orang benar-benar mati ngan mudah  leh lepas oleh tapisan film negara Malaysia? Hmmm...






Kemudian wujud plak kumpulan kedua yang muncul kata mereka dah tahu kebenaran dan rasa tertipu bila dapat tahu pelakon tu hidup dan leh datang kat MHI buat promosi film tu. Aku tak faham bila mereka boleh kata tertipu pada kebenaran sebuah film. Kira mereka ni tertipu dan percayalah yang Dania aka Scha ni betul-betul pramugari yang setiap tahun tukar syarikat penerbangan hanya sebab masalah cinta? Hmmm.. May itu menjelaskan apsal ramai yang melatah dan marah bila tengok gambar Tiz Zakiah yang berbeza berbanding drama Nur Kasih dulu kot..






...








Kalau korang membesar di sekolah yang tipikal ia pasti cukup susah nak tengok ada student angkat tangan dan tanya soalan setiap kali sesi pengajaran tamat. We mostly takut kalu ramai yang tengok kita then fikir: soalan senang aka buduh cam tu pun nak tanya gak ke? membuatkan kita refer simpan soalan tu berlegar-legar dalam otak kita or tanya kawan yang seangkatan tahap IQ tu untuk jawab soalan kita tu. 

Kekadang gak ada masa penjawab soalan tu yang menjadikan kita tak nak tanya soalan. Contoh cam masa sekolah dulu cousin aku ni pernah tanya kat cikgu kami: apa pentingnya belajar math ni? bukannya kita leh guna dalam kehidupan pun teori algebra, sin, kos, tan etc ni masa nak beli ikan ke etc? So cikgu tu bagi jawapan yang kadar inteleknya lebih rendah dari otak kami so kami tak nak tanya soalan lagi pada dia.









Tapi bila tamat zaman universiti aku dah mulai banyak bertanya dan aku sedar walau soalan tu bunyik cam simple tapi kekadang amat bagi effect besar sebenarnya.
















But still pada usia dewasa ni, masih ada jugak org dewasa yang tanya soalan buduh... Hmmm...

3 comments:

MORIBAYU said...

di malaysia,kita diajar...utk menerima ajaran.

jangan persoal apa-apa.Jangan bertanya soalan.

nanti pensyarah..nampak bodoh,bila tak dapat menjawap.

Aj Abdullah said...

generasi anguk2 bila disuruh dan geleng2 bila disuruh.. better jadi pengikut walau pada apa yang diikut sekalipun.. hmmmm

blog juga said...

masa kecik2 tidak diasuh bertanya malah hina sesiapa yang bertanya soalan kerana kononnya soalan bodoh. bila besar, syok sendiri...