Sunday, July 31, 2011

Ramadhan

Akhirnya post tentang Ramadhan. Yap, kalau tak ada aral melintang, in few hour, mohor besar raja-raja akan maklumkan yang puasa Insya-Allah akan jatuh pada esok hari. Hari dan bulan yang paling dinanti-nantikan akhirnya dah tiba: Ramadhan.

Last week (literally) aku ada tanya open question pada 70 orang rakyat Malaysia yang berumur sekitar 18 tahun yang 1/4 daripadanya Melayu beragama Islam dengan soalan "Kenapa umat Islam sambut hari raya?". Yang bukan Islam mostlynya tak tahu manakala among yang Islam sorang tu dengan berani jawab "Supaya umat Islam boleh kumpul dan bermaaf-maafan antara satu sama lain". Hmmm...

Most Malay-sian (tak semua) lebih melihat Syawal berbanding Ramadhan. Sedangkan Syawal ialah hari kita merayakan kejayaan berjuang berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. But still Ramadhan seem invinsible. Buktinya bila Ramadhan nak masok cam sekarang ni ramai yang dah bukak lagu raya, beli baju raya, tak sabar nak makan kuih raya, nak gi bazar Ramadhan etc. Persediaan Ramadhannya mana..? 












Tak nak menunding jari kepada orang lain lebih-lebih sehingga lupa diri sendiri. So aku nak pastikan yang aku akan cuba sedaya upaya untuk jadikan Ramadhan kali ni berjalan dengan jayanya. Last Ramadhan aku rasakan as Ramadhan paling berjaya dalam hidup aku so kali ni kalau tak lebih baik so setanding yang lepas..
















Selamat datang Ramadhan dan selamat berpuasa untuk semua.

Saturday, July 30, 2011

How I Met Your Mother

Aku sekarang ni tengah ambik upah buat 2 tessis master dalam satu masa, literallynya ar. So hari ni petangnya aku jumpa sorang owner salah satu tessis bincang itu ini. The end kami lepak kat kafe bawah library tu borak-borak sikit. Kemudian dia keluarkan satu soalan curious: cam mana parents aku berjumpa sebab bapak aku dari Sarawak dan emak aku plak asal Johor. Aku ketawa..


Waktu tu aku form 5 kalu x silap. Aku dan parents balik Johor. So ada satu hari tu kami dari Skudai nak ke JB then suddenly berhenti kat hentian bus kat area jejantas before Plaza Angsana. Orang dudok area dekat-dekat  sana mesti tau punya. Waktu tu masih ada kedai-kedai papan kat area tu tapi sekarang tak tahu ar cam mana. Kami jalan kaki dari sana, melalui ruang-ruang kedai kayu tu menuju ke Angsana. At first I dont really get the real motive kenapa kami jalan sana.

Kemudian bapak bukak mulot: "Kat area sini ar bapak first jumpa emak dulu". Then emak dan bapak start bukak cerita masing-masing. Dulu kat area sana ada tempat belajar menjahit. Dan emak belajar jahit kat sana. Dan kebetulan satu hari emak ada kat bus stand sana dan bapak ada kursus kat Johor. Dan mereka jumpa kat bus stand sana masa tengah hari hujan. Wow. Dramatic rite.

Masa kami jalan kat area sana masa tu masih lagi terpacak satu panggung wayang lama yang dah almost nak dirobohkan ar. Then bapak kata dia pernah bawak emak ke situ dulu. Hmmmm...












Jujor aku pernah terfikir, cam mana sorang gadis pada era tv masih hitam putih tu boleh percaya cinta dari seorang lelaki yang berada jauh nun di Sarawak sana or cam mana arwah Pak Cik Ramlee dan Abah Haji (abang-abang emak) leh benarkan seorang lelaki bawak adik bongsu mereka pergi jauh meninggalkan tanah yang berpuluh-puluh tahun dengan keluarga dan harta dan pergi just like that. Satu jawapan. Cinta.




















Aku memang sedaya upaya untuk menjauhkan perasaan cinta dalam diri aku, tak nak berkahwin, tak nak ada anak etc. Tapi jauh dalam diri aku percaya yang cinta sejati itu memang ada. Mungkin semua perasaan yang aku cuba bawak lari akan datang pada aku.














So suatu ketika kelak aku akan bagitahu seorang budak kecil: that how I met your mother.

Muka Hilang Seri

Kadang-kadang aku fikir yang aku seorang yang a bit (yap) kejam masa sekolah menengah dulu. May b that why some (or most) juniors hate me that era. It seems most of the time aku hilang ingatan tentang macam mana ar aku sebenarnya masa sekolah menengah dulu? Adakah aku sangat berbeza sekarang or sebenarnya sama jer. I need someone untuk ingatkan aku balik era tu. Hmmmm..


I got a friend (friends sebenarnya) yang hilang teruna pada usia yang cukup muda. Dia 'bermain' dengan ramai orang dari that day sehingga sekarang. So masa sekolah dulu kami cukup rapat. So ada part dia memang arif tentang SEKS. Dan salah satu benda yang dia selalu share ialah tentang cara nak tahu either sorang tu masih 'suci' or tak.

Dia kata just tengok certain part of the body je kita leh tahu. Contoh cam bibir, muka, punggung, belakang etc.  Kadang-kadang melalui cara jalan pun dapat detect. Paling clear bila tengok muka then dapat tahu yang muka tu dah tak ada seri lagi dah. Tapi kena hati-hati sebab ada orang tertentu yang lahir dengan ciri-ciri tu sejak kecil lagi. Mungkin sebab dia dah tak suci lagi so mungkin sebab tu aku a bit percaya cakap dia masa tu. 










Tapi as time goes by otak pun dah berkembang seiring usia menjadikan kita dah tak ambik peduli sangat tentang 'suci' or tak individu tu. Some people memang dilahirkan tanpa 'selaput', some pernah dirogol or diliwat, some pernah ter'serah body' sebab fikir itu ialah cinta mati dia, some did it sebab ia adalah pekerjaan etc.






One word: RESPECT









Cuma tadi masa tengah layan FB, then jumpa satu page sorang kenalan ni. Tak ar sebulu sangat pun. Sebab dia a bit berlagak masa U dulu.Tengok muka dia buat aku tersenyum, dulu kaki kuat gi surau, tengok orang dating bukan main cam nak muntah lagi tapi sekarang..







"Muka dia nampak lain"

Ligers

Apa haiwan yang sangat comel bagi korang? Pernah tak terfikir kalau korang ada anak nanti korang nak anak korang comel as haiwan tu so korang sanggup buat pembedahan masokkan genetik haiwan tu dalam kandungan korang or isteri korang semata-mata korang nak anak cute as haiwan tu? Noop isnt it melainkan korang sangup culik one girl yg korang tak kenal dan jual anak separuh kucing tu kat pasaran gelap lain cerita t r kan?

Liger ialah salah satu antara hasil genetik hibrid lion dan tiger yang diubah untuk kepuasan manusia-manusia tertentu yang mostlynya untuk tujuan keuntungan or sekadar keseronokkan memiliki something yang unik dan tak dimiliki oleh orang lain. Read wiki or banyak lagi lawan web yang menceritakan tentang issue ni secara lebih detail dan terperinci lagi.

Mungkin bagi certain akan kata: Wei, aku dah lama terfikir cam mana ar kalau harimau kawen ngan singa or mesti comel kalau leh tengok species baru ni etc. Then korang ialah mungkin antara faktor yang memungkinkan lebih banyak bangsa liger dan tigon or what ever generasi hibrid or mutasi berlaku pada masa hadapan.

Sama cam certain haiwan yang dihasilkan semata-mata untuk daging, telur dan susu jer. Just imagine kalau manusia pun dilayan macam tu. Kita ternak manusia then bagi makanan penggemuk pada peringkat usia tertentu kita bunuh dia untuk daging. Or kita ternak perempuan-perempuan leh letak dalam kandang then suntik hormon tertentu semata-mata nak dapatkan susu dia jer.

Try layan video yang pendek kat atas ni sekejap. Walaupun ia sekadar memaparkan issue ni secara basic tapi dengan harapan ia sebagai khidmat sosial aku kepada masyarakat di luar tentang: apa kuasa kita untuk mencipta satu makhluk baru aka nak melawan makhluk yang sedia ada dicipta oleh tuhan. 










Adakah kita nak mencipta kesempurnaan or nak kekal hidup selama-lamanya?












As dalam video ni kata mostly manusia cipta liger semata-mata nak lihat something yang berbeza, unik tapi bila sesuatu yang berbeza dan unik pada manusia then ia dianggap kecacatan or sumpahan..











manusia..

Friday, July 29, 2011

Aku Mencari Snow Cap

Aku seorang yang sangat 'bukan seorang yang pengemas'. I do not applied teori 5S yang most government or semi government aku kerja akan applied that theory. Im not. So bilik aku leh diumpamakan seperti tongkang pecah, pasca tsunami, pusat kumpulan barangan kitar semua etc. Meja aku penuh dengan stuff (aku ada 2 meja), katil aku penuh dengan stuff, lantai and even dinding penuh dengan poster yang entah apa-apa entah. May be that why bilik aku jadi tumpuan aktiviti 'paranormal' berkumpul. Wakaka..


Walaupun bilik aku sangat-sangat bersepah tapi kalau aku nak cari barang aku tahu mana nak cari benda tu. Tapi bila ada part emak dah start kemas bilik aku, walaupun keadaan sangat-sangat bersih tapi akan jadi sangat susah untuk aku detech mana barang aku tu. Hmmm..

...


Dan sekarang aku dalam usaha mencari snow cap* yang rasanya dah setahun aku tak guna. Hmmm..








Kalau korang tak tahu apa moral value post kali ni biar aku pendekkan dalam bentuk dialog di bawah:


Lelaki A: Wei, tadi aku jumpa Aj kuar pakai snow cap ar..
Lelaki B: Wow.. Dia dah 'kembali ke pangkal jalan' sekali lagi ker? Al maklum Ramadhan dah dekat..
Lelaki A: Cam biasa-bad hair day..
Lelaki B: As what as been xpected..












Chop. Kalau korang still x paham biar aku jelaskan lagi yang snow cap di sini merujuk kepada kopiah. Kalau aku sebut kopiah then aku akan terbakar.. Wakaka..















Yap puasa dah nak tiba plus rambut aku lepas gunting semalam jadikan muka aku sangat teruk. I need a snow cap yang kebetulan bersesuaian dengan tema Ramadhan.. Hmmmm

Things 'moved'

Aku bukanlah seorang yang jenis mudah perasan perubahan sesuatu perkara terutamanya jika ia melibatkan something yang kecil or tak berapa penting sangat. So mostly kawan sangat tak suka tanya aku kalau mereka did few things different on rambut, make up etc sebab aku tak dapat nak perasan melainkan aku suka that person sangat-sangat. Wakaka..


Previous post (dah lama gak ar) aku ada mention tentang cermin pada wardrobe bilik aku yang a bit paranormal kekadang create contengan bentuk tangan yang diheret panjang. Setiap kali aku padamkan guna kain or etc then ia akan terbentuk lagi dan lagi. It takes few year untuk aku perasan. Sehingga satu hari aku padam then aku buat kerja kat meja tulis aku dan around 15 minit after that suddenly bentuk tangan tu muncul lagi. Tak ada sesiapa dalam bilik aku melainkan aku sorang jer.. Hmmmm...

...

New paranormal things happens lagi. Aku dah kuarkan wardrobe tu dan bawak masok katil dalam billik (yap akhirnya bilik aku dah ada katil). Things happens cuma aku just buat-buat cam not such big things happen sehingga recently jelas memang ada 'sesuatu' berlaku. Things inside my room moved.

Memulanya sekadar suis dalam bilik aku yang a bit pelik ar. Bilik aku ada beberapa extension suis. Ada untuk kipas, untuk komputer, untuk tenet dan ada yang kosong. Memang selama ni hanya aku dan Angah jer yang tahu suis mana untuk fungsi mana. Cuma sesekali je Along kalau balik rumah akan handle itu ini. Selebihnya family member memang tak akan masok campur.

So perkara pelik start berlaku bila suis extension tu start di tutup. Memang sound tak pelik ar tapi bagi aku pelik sebab hanya suis bukan utama cam kipas, komputer ditutup. Suis utama tak plak. Ada masa suis modem internet di buka etc. Aku tak peduli lagi. 


Sehingga one day Uda ajak kami sekeluarga keluar makan malam. Aku sangat yakin aku dah tutp semua suis sebab ia memang kebiasaan kami adik beradik plus bapak biasanya akan buat second check. Plus aku tutop pintu. Tak ada sesiapa di rumah untuk 2 jam lebih tu. Tapi bila balik, pintu bilik aku terbuka. Dan suis modem internet tu on tapi suis kipas ditutup. 



hmmmmm...





...





Tadi aku baru balik semayang Jumaat, pintu bilik aku tertutup. Bila aku buka, ada something halang. Aku check rerupanya meja komputer aku yang halang pintu. Buat aku terfikir: satu-satunya cara untuk meja tu menghalang pintu ialah apabila ada 'seseorang' yang tolak meja tu dari dalam dan tutup pintu tu dari terbukak. Hmmm..










DAMN

Thursday, July 28, 2011

Few Facts About Me

Ada beberapa fakta tentang diri aku yang aku rasa cukup penting untuk orang tahu: itu ialah aku. Berikut aku nak share tentang korang:


1. Aku bukan seorang mata duitan. Kalau korang join MLM then korang fikir ngan mudah dapat tarik aku dengan tunjuk angka-angka yang aku leh dapat bila sampai tahap diamond or what ever then korang salah. To me: duit hanya nombor.

2. Aku sangat mementingkan masa. Kalau korang janji nak jumpa aku jam 8 then korang kena ready sharp on 8. Biasanya aku akan tunggu 15 minit awal sebab aku tak nak bazirkan masa korang yang sangat berharga tu so aku harap korang pon leh fikir yang sama gak pada aku. 


Last but not least:





3. Aku tak nak hidup seribu tahun lagi. Itu muktamad.













Malam ni buat aku moody bila ada 'orang-orang' tertentu rasa mereka terbaik dan selebihnya sampah.. Hmmmm..

Wednesday, July 27, 2011

Cahaya Bulan Lima

Cahaya Bulan Lima


sejuk mentari gemerlapan hujan turun di tengah malam, bimbang,
seperti ditelan cahaya; bulan terbang riang


sekali jarimu meliar mencari bayangan diri yang menghilang
seperti dimamah gelora; aku terbang girang
menanti tarikh keramat menghampiri kami yang tak mampu berlari
seperti menjulang peristiwa; hitam yang menghakis jati yang terpendam


layarlah pergi, raksasa rakus dikaburi kabus
tebal, hari, aku bertutur kata-kata yang meluluhkanmu



kelibat syaitan durjana meliputi jasad yang tak pernah bertenang
cukup dengan manisan syahdu, apa lagi makhluk yang menghantui ku?


terbiar, remuk terbakar lalu punah menjadi air mata berdarah
puas sekadar riak nista, berahi mengaum ke dasar dunia

larilah pergi, iblis mengikis rohani terakhir yang tergantung
sepi, aku teriak kata-kata yang menghancurkanmu.




menanti tarikh keramat menghampiri kami yang tak mampu berlari
seperti menjulang peristiwa; silam yang menghakis jati yang terpendam






layarlah pergi, raksasa rakus dikaburi kabus
tebal, hari, aku bertutur kata-kata yang meluluhkanmu

larilah pergi, iblis mengikis rohani terakhir yang tergantung
mati, aku teriak kata-kata yang menghancurkanmu.






sejuk mentari gemerlapan engkau turun di tengah malam, bimbang,
seperti ditelan cahaya; aku terbang, hilang







best x?

Ku Bahagia

Dalam satu sesi kelas masa zaman universiti dulu, kami ice breaking dengan kaedah share a story either zaman persekolahan dulu banyak memberi positive things yang membantu korang untuk berjaya or tak. Ada sorang minah ni dengan bangganya berdiri share betapa sekolah dia dulu banyak membantu dia berjaya sehingga ke tempoh tu dengan pujian yang maha hebat. Membuatkan aku x pasti either sekolah aku sorang je sangat teruk or dia menipu sekolah dia sangat hebat tahap dewa. Hmmm...

Tadi tengah dalam kereta ngan sorang kawan suddenly keluar satu lagu Melly: Ku Bahagia. Terus bawak kami berdua bercerita zaman lagu tu tengah hot iaitu zaman kami form 4-5 dulu. We talk on how much non of our history teachers ever successfully mengajar sejarah sepanjang 5 tahun di sekolah menengah. I never got A dan kalau dapat B dah kira cukup bertuah. We hate cikgu itu ini dengan ungkit-ungkit balik apa yang berlaku zaman tu.

Bila tengah layan lunch plak sambung cerita tentang kekawan masa zaman sekolah. Kedian baru perasan beberapa orang junior kerja sana. Senyum tapi bila balik meja terus keluar issue apsal junior tu plus banyak lagi junior nampak jauh lebih tua dari kami berdua. Yap, aku realize yang both of us nampak jauh lebih muda dari usia sebenar. It sound hurt isnt it?

Kedian sambung lagi event-event dan orang-orang yang pernah wujud masa sekolah dulu. Ada kawan yang kawen sembunyi-sembunyi ngan mat salleh ar, ada yang waktu sekolah sangat baik tapi sekarang rosak, ada yang triple berat badan, ada kahwen, ada bujang, ada janda 2 kali etc. Wakaka..









Kedian dia kata kalau jumpa cikgu-cikgu pasti ada yang tanya tentang group of our friends include aku. Siap ada cikgu yang masih ingat nama penuh aku lagi.. Buat aku terkesima..

















Aku pada zaman sekolah dahulu ialah anak murid yang digembar-gemburkan akan membawa kejayaan besar kepada sekolah sedangkan aku cuma mahu jadi yang biasa-biasa saja. May be because Im live behind someone else shadow: my bro yang sangat hebat. I can be great but I choose to be biasa-biasa saja..














Plus walaupun sekolah tu tak lah sehebat mana but still ia berjaya menjadikan aku siapa hari ni. That big... Hmmmm... Thanks

Sunday, July 24, 2011

Last Week

Semalam masa baru tiba di Kuching International Airport rasa cam dah lama meninggalkan bumi Kuching ni. Rasa cam zaman belajar-belajar dulu. Dah 3-4 bulan belajar then balik Sarawak ada beberapa perubahan dapat dilihat. Cuma kali ni hanya pergi untuk seminggu. Tak ada apa pembangunan yang berubah. Check email pun sekadar berbelas spam yang masok. Hmmm..

Untuk tempoh seminggu aku berada di Bintulu. Bintulu ialah sebuah bandar yang cukup panas. Semua orang memperakuinya. Mana taknya ada beberapa loji LNG ada kat sini yang 24/7/365 mengeluarkan api pembakaran  terbuka sepanjang masa. Sehingga waktu malam, langit di Bintulu hanya berwarna merah jer. Tapi as time goes by semuanya jadi a bit imun.

Pengalaman bertugas sebagai penceramah bebas? Hari pertama a bit moody sebab ada some part yang berjalan di luar kawalan tapi as time goes by lagi semuanya turn to be okey. Ngan perangai pelajar yang nakal tapi still hormat penceramah then semuanya berlalu dengan pantas dengan gelak tawa dan hiburan. Dan rakan-rakan penceramah lain pun sangat satu kepala so semuanya bertambah senang lagi menyenangkan.

Kat sini gak aku ada tambahan koleksi roomate lagi: 2 orang iaitu sorang Nazrul yang menganggap aku as orang tua yang berpengalaman sedangkan beza umor kami just kurang 2 tahun je pun dan Nicholas seorang kaki blogger yang dikenali dan cukup respek sebab dia seorang lelaki yang sangat berdikari. 















Pelajaran paling besar aku belajar selama di sini ialah: semakin kita kenal ramai orang makin ia mendekatkan diri kita untuk kenal diri kita sendiri.












Aku akan datang lagi lain kali ke sini.




















Hmmmmm

RIP to Amy Winehouse

Saturday, July 16, 2011

Malaysian

Apakah yang menjadikan Malaysia cukup istimewa bagi korang selepas video seks Anuar Ibrahim yang didedahkan oleh Trio yang mendakwa ia adalah tanggungjawab mereka untuk menyebarkan 'kebenaraan' dan pasukan bola sepak Malaysia yang makin best recently? Bagi aku Malaysia cukup istimewa sebab kita semua boleh hidup dengan aman damai walaupun mempunyai latar belakang dan fahaman yang berbeza. Tipikal answer kan tapi itulah realitinya.


Hari ni tadi pergi Pasar Minggu ngan parents beli bekalan barangan dapor. Pasar Minggu di Kuching ni kira cam pasar malam di Semenanjung ar cuma ia ambik masa 2 hari, literallynya ar. Ia jual segala barang yang terfikir di kepala otak korang start dari benda logik ke benda-benda mengarut pun ada. So dipendekkan cerita hari ni tadi banyak events yang menjadikan aku sangat happy berada di Malaysia bila pelbagai lapisan masyarakat leh kongsi ketawa, cerita, pengalaman, pendapat masing-masing bersama tanpa ada rasa perbezaan sedikitpun.
.







Membuatkan aku cuba mempersoalkan: siapa yang benar-benar mewujudkan perbezaan ni?



...



Aku bercakap dari pandangan mamat Melayu yang ada masa a bit hairan dengan sikap keBANGSAan mereka. Contoh cam situasi ni:

a) Kalau orang bangsa lain bagi komen tentang mereka then akan kuar ar caki maki kata mereka nak mencabar hak keistimewaan Melayu, hak Sultan, racist, dasar penumpang etc tapi bila orang sama bangsa komen tentang mereka then akan kena cop murtad, kurang ajar, tak sedar diri etc.


Lom lagi bab bab lain cam kalu kita refer tolong bangsa lain dari bangsa sendiri, rapat lebih ngan mereka etc.









Aku ada beberapa orang kawan bangsa lain yang kami sangat selesa mengutuk bangsa satu sama lain dengan terbuka. Ia sebenarnya bukanlah mengutuk tapi lebih kepada untuk tahu yang tak ada bangsa yang lebih mulia dan bertamadun tinggi dari bangsa-bangsa yang lain. Baik dan jahat ada pada semua kaum dan ia tergantung kepada individu itu sendiri.










Kami lepak sama, makan sama, tidor sama, did everything bersama. 











Bagi aku perbezaan hanya akan kelihatan pada orang yang mahu melihat perbezaan.












Aku sayang Malaysia. Next week aku akan share idealogi aku pada generasi-generasi yang akan membentuk negara pada masa akan datang. Harap aku berjaya.. Hmmmm..

Friday, July 15, 2011

Fakta ke-6

Korang pernah tak buat perkara ridiculous hanya sebab ia bunyi cam sangat best contoh korang berhenti kerja ke-5 korang semata-mata nak dapatkan pekerjaan ke-6 pada usia 26 tahun yang bunyi sangat cool je? Wait, kalau korang fikir aku berhenti previous job atas alasan tu then korang salah. Ia alasan yang terlalu ridiculous. Hmmmm.. Pasti..


Next few day maka aku akan melakukan pekerjaan ke-6 aku pada usia 26 tahun. Bila kenang-kenang balik aku dah bekerja dalam sektor kerajaan, semi govern, dan swasta dalam bidang yang tersendiri dan pengalaman yang berbeza. Termasok pekerjaan ke enam ni. Ia banyak cipta rekod baru alam pekerjaan aku ar. Contohnya ia adalah kerja pertama aku yang paling jauh dari rumah yang perlu naik flight ke tempat kerja.

Ia juga adalah rekod pekerjaan yang paling singkat yang pernah aku buat iaitu selama 5 hari jer. Or lebih tepat 9 jam sehari jer, belum masok waktu rehat minum pagi, rehat tengahari, dan rehat minum petang menjadikan aku hanya kerja sekitar 5 jam sehari dalam tempoh 5 hari.

Ia juga adalah kerja gaji hari yang paling besar yang pernah aku terima. Just imagine untuk 5 hari bekerja yang setiap harinya sekadar cakap-cakap, discuss dan buat kesimpulan dalam masa 5 jam dibayar dengan gaji equal sebulan. Hmmmm...










Masalahnya tamat 5 hari tu aku akan kembali kedunia pengangguran aku balik...















Tadi dapat SMS bagitahu interview aku pagi tadi berjaya. Akan ada second interview on next Monday aka hari pertama aku bertugas. Aku request tukar tarikh dan harap berjaya. Kalau berjaya pekerjaan ke-7 ni jugak satu pekerjaan yang cukup cool yang pernah wujud dalam list pekerjaan aku: charity work.. 




























hmmmm...

Ekspresi Muka

Ada beberapa orang kawan aku ni kata yang  sangat senang nak detect kalau aku tak suka sesuatu or seseorang hanya melalui ekspresi muka aku jer. Kadang-kadang dalam aku bercakap ngan seseorang or buat cam biasa jer then bila orang tu pergi terus je kawan aku kuar statement mereka 'Kau tak suka dia aae?' Bagi aku certain emotion tak perlu nak sembunyi-sembunyi. Biar senang orang nak teka. Sebab kalau aku tak suka or moody then selamanya ar aku moody. Wakaka..


Contoh cam masa interview pagi tadi. Aku sangat-sangat tak nak datang sebenarnya. Sebab ia panggil aku last-last minit (masa aku tengah layan Harry Potter), syarikat tu plak nama je antarabangsa tapi laman web cam haram tak ada maklumat dan langsung tak lawa membuatkan aku tak tahu apa modus operadi sebenar syarikat ni. Tapi last-last aku pergi gak sebab terpaksa. Buat first time aku buat tak layan interviewee lain. Kedian masa tengah interview tu aku senyum tapi jawab simple-simple jer. 

Ada satu soalan tu dia tanya "Do you have any experience in selling things?" dan jawapan aku paling panjang "Nop.." Dan dia kekal tengok aku menunggu sambungan jawapan sedangkan aku just tersengih jer. So dia suruh je aku keluar awal...






















Tapi sebaliknya kawan mostly cukup susah nak detect kalau aku suka pada seseorang. Aku sedaya upaya elak rasa nervous bila dekat ngan dia, tak toleh dia langsong, cakap cam biasa etc. Wakaka

Thursday, July 14, 2011

Harry Potter: The End

Aku layan Harry Potter since dari film yang pertama sehingga yang terkini tapi novelnya aku hanya baca yang keenam dan yang terakhir jer. Itupun aku baca novel terakhir sebab tak sabar nak tahu ending cerita tu. Tapi disebabkan aku dah baca buku terakhir dulu so buku keenam aku hanya baca beberaa bab terawal jer. Buat apa nak tahu pertengahan cerita kalau kita dah tahu endingnya kan? Aku pinjam buku sorang kawan yang beli after few week buku tu dipublish. Hmmmm...


After tamat baca novel terakhir tu aku rasa sangat buduh sebab betapa buku yang aku baca dalam tempoh 24 jam tu rrupanya buku kanak-kanak yang cukup pasti walau apa pun berlaku, endingnya tetap happyly ever after yang sangat adil saksama. Tapi still ia tak menamatkan minat aku nak layan filem demi filem Harry Potter ni. Terutama babak terakhir dalam novel yang bagi aku sangat lawak pun ditunjukkan dalam scene terakhir film ni. Tak nak bagitahu pada sesiapa yang belum baca or layan movie ni lagi.

So tamat ar perjalanan 3 orang kawan selama 7 tahun di dunia penuh magis tu.. Lawak plak bila teringat film pertama semua pelakon masih cute mute tapi sekarang dah leh jadi emak bapak orang. Emma Watson  pun dah jadi wanita tercantik dah.. Huhuhu..








Walau orang kata Harry Potter dan alam magisnya adalah mengarut dan boleh menjejaskan otak manusia dan umat Islam plak leh tukar status jadi syirik etc bila percaya lebih-lebih. Tapi bagi aku plak, hei ia sama je cam Doraemon yang bagi hiburan ringan pada kita dan bagi pengajaran kalau kita nak belajar something from it.


Contoh cam kalu kita buang unsur magis tu then yang jadinya ia sama jer ngan kehidupan manusia biasa, bebudak sekolah biasa, orang gila kuasa yang biasa, kementerian yang suka mengawal, cikgu yang pilih kasih, cinta monyet zaman sekolah, cemburu, iri hati, pangkat dan kedudukan dalam masyarakat, persahabatan etc.









Dan film terakhir ni gak banyak main emosi yang kekadang rasa tersentuh jiwa lelaki ni.. 

















Yap, aku fanatik Harry Potter.. Wakaka

Wednesday, July 13, 2011

Soalan Buduh

Korang tahu tak film Malaysia title Penunggu Istana? Ia kisah sekumpulan pelajar yang buat kajian di sebuah istana lama then diganggu oleh entiti penjaga istana tu bla bla bla. Ia sekitar seangkatan film barat cam Blair Witch Project, Paranormal Activities, Cloverfield etc yang menggunakan pendekatan berbeza dari rakaman film biasa di mana mereka guna pendekatan rakaman cam si pelakon sendiri yang rakam guna videocam amature mereka jer. 


Main point aku nak share kali ni ialah each time aku seach review or nak download haram film tu then mostly akan ada comment kat bawah post tu yang buat aku ketawa sendiri. Soalan-soalan tu cam:

Betul ke mamat dalam cerita tu mati the end? 
Dia hilang tak ada usaha mencari ke?
Then sia-sia je ar girl dalam movie tu mati?
Apa kata keluarga mereka yang mati nih?

Membuatkan aku x pasti either mereka betul-betul naif baru keluar dari petapaan di gua then tak tahu or just troll buat-buat tak tahu? Ada lagi ke dalam era 2011 ni yang leh percaya yang betul-betul wujud teens yang buat rakaman video amature then video tu leh dijadikan film dan bab melibatkan orang benar-benar mati ngan mudah  leh lepas oleh tapisan film negara Malaysia? Hmmm...






Kemudian wujud plak kumpulan kedua yang muncul kata mereka dah tahu kebenaran dan rasa tertipu bila dapat tahu pelakon tu hidup dan leh datang kat MHI buat promosi film tu. Aku tak faham bila mereka boleh kata tertipu pada kebenaran sebuah film. Kira mereka ni tertipu dan percayalah yang Dania aka Scha ni betul-betul pramugari yang setiap tahun tukar syarikat penerbangan hanya sebab masalah cinta? Hmmm.. May itu menjelaskan apsal ramai yang melatah dan marah bila tengok gambar Tiz Zakiah yang berbeza berbanding drama Nur Kasih dulu kot..






...








Kalau korang membesar di sekolah yang tipikal ia pasti cukup susah nak tengok ada student angkat tangan dan tanya soalan setiap kali sesi pengajaran tamat. We mostly takut kalu ramai yang tengok kita then fikir: soalan senang aka buduh cam tu pun nak tanya gak ke? membuatkan kita refer simpan soalan tu berlegar-legar dalam otak kita or tanya kawan yang seangkatan tahap IQ tu untuk jawab soalan kita tu. 

Kekadang gak ada masa penjawab soalan tu yang menjadikan kita tak nak tanya soalan. Contoh cam masa sekolah dulu cousin aku ni pernah tanya kat cikgu kami: apa pentingnya belajar math ni? bukannya kita leh guna dalam kehidupan pun teori algebra, sin, kos, tan etc ni masa nak beli ikan ke etc? So cikgu tu bagi jawapan yang kadar inteleknya lebih rendah dari otak kami so kami tak nak tanya soalan lagi pada dia.









Tapi bila tamat zaman universiti aku dah mulai banyak bertanya dan aku sedar walau soalan tu bunyik cam simple tapi kekadang amat bagi effect besar sebenarnya.
















But still pada usia dewasa ni, masih ada jugak org dewasa yang tanya soalan buduh... Hmmm...

Monday, July 11, 2011

Perang Emosi

Perhimpunan BERSIH 2.0 dah berakhir. I have no comments about it. Ia sekadar membuatkan aku teringat seperti mana yang diperkatakan oleh sorang pensyarah ni dalam satu progam satu rancangan a week before perhimpunan tu berlaku as "Sejauh mana individu yang bakal menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 tu kelak benar-benar berjuang atas dasar yang dibawa oleh BERSIH or sekadar berjuang kerana emosi..." 


Emosi rasa marah, benci, tak puas hati yang dipendam cukup lama pada kerajaan menjadikan ada  antara mereka yang berkongsi pentas sama untuk meluahkan perasaan mereka.





Belum lagi masok bab putar belit fakta yang keluar dari berita-berita TV yang jadikan medium berita dah jadi lawak jenaka. 








PERKASA dan PATRIOT? Apa peranan 2 benda alah ni?Melakukan demostrasi haram (yang dihalalkan) untuk menentang demonstrasi haram lain? Aku x paham apa yg mereka perjuangkan. Hmmm..











Lebih SUCKS pada individu or kumpulan2 tertentu yang x pernah tengok benda-benda baik. Pada mereka, semuanya jahat. Contoh cam badan POLIS. Walaupun aku x pernah percaya pada institusi POLIS tapi aku x pernah kata semua POLIS ni jahat. Then ada ar video ni yang dikatakan dikeluarkan oleh individu yang tak berkepentingan (ada ke org yg x berkepentingan?) ni cuma ambik scene-scene yang menunjukkan yang POLIS di Malaysia ni sangat kejam. Fikirlah jugak yang walaupun institusi POLIS di Malaysia dah beratus tahun but still individu yang berkhidmat as POLIS tu hanya manusia biasa. POLIS pun dah berminggu berkhemah di situ. Plus that day sangat tegang. Semuanya berasak-asak.  Beribu-ribu manusia dan polis plak dalam kumpulan kecil. Mereka pun stress jugak. Be in their shoes ar.. 























And WORST aku tujukan untok bangsa aku sendiri. Aku malu bila semuanya nak takbir 'Allahu Akhbar..'. Tak tentu tempat asyik nak takbir sana sini. Korang memperlekehkan agama korang sendiri. Korang fikir ini PERANG SALIB antara agama ke? Dey Melayu, mungkin benar perjuangan yang cuba diperjuangkan Ambiga tentang Melayu dan Islam. Korang yang membuktikannya sendiri kebenarannya.














Btw aku sokong perjuangan BERSIH 2.0 Tapi bukan perjuangan emosi korang.

Sunday, July 10, 2011

Twenty What?

Hari ni tadi masa tengah lepak2 ngan group of new friends suddenly one of these girl kuar satu statement berbangkit "Itu ar tadi akak panggil tak nak bla bla bla.." plus "Kami ni (merujuk 3 orang girl) dah 24, kamu ni baru jer 23 bla bla bla.." Aku ketawa besar bila diorang kata umor aku masih 23 tahun dan muda berbanding diaorang.. Sama cam last two week bila ada sorang kenalan baru ni mati-masti sangka yang aku sebaya umor dia: 20. Wakaka..


Aku tak pasti sama ada perwatakkan aku yang menjadikan mereka nampak aku muda or pemakaian aku yang menjadikan aku tampak muda or muka aku yang menjadikan aku nampak muda or cara aku berfikir then bercakap yang menjelaskan mudanya aku or what..












Dan aku tak pasti either nak gembira or tak bila orang menilai kita lebih muda dari usia sebenar...













Especially bila ada yang kata: kau ni cam muka kaki enjoy, kaki clubbing, leh main-main all the time, otak lom matang, tak pernah nak serius anytime etc..













Im 26

Friday, July 8, 2011

Backpacker

Satu soalan ditanya pada kerja terakhir aku: Apa yang akan anda lakukan jika anda menang USD 1 juta? Banyak bagi jawapan yang berbeza. Aku pulak kata first aku akan beli DSLR dan travel back pack yang besar then backpacking around the world, ambik public transport, jalan kaki sebahagian tempat, tidur di hotel murah, cuba makanan tempatan, menikmati keindahan alam dan memahami kepelbezaan hidup masyarakat dunia, snap pictures, check free wifi and share it with whole over the world. Dalam perjalanan balik, jumpa stranger, get married, get babies and backpack again..Hmmmm..
.
Setiap kali aku gi mana-mana either melancong or melencong aku sangat suka bawak backpack sebab ia sangat mudah nak bergerak rather than beg tarik or beg galas besar. Backpack pun ada banyak pocket as divider yang senang kita nak asingkan toiletries, undies, baju, or what ever travel kit yang kita nak bawak. Plus tujuan sampingan gak nak perasan jadi backpacker.. Wakaka..

I dont know laa jadi backpacker ni quite best ar. May be pasal aku sangat enjoy pada alam sekitar, lihat bangunan-bangunan dan kebudayaan lama, lihat budaya manusia yang berbeza etc. 




Tapi bila fikir filem HOSTEL erk...










Didi, masih ingat plan kita masa kat dalam cafe internet UO dulu kata after few years lepas grad nak gi jadi backpacker? Ko kata kalu ko dah kahwin masa tu then ko akan suroh husband ko masa tu jaga anak ko then join aku jadi backpacker. Wakaka.. Idea Sumie kena reject ar.. LOL
























Next 2 week Insyallah kalu x ada aral melintang aku akan jadi backpacker untuk seminggu di tempat yang quite asing buat aku. Mengembara di bumi asing sorang diri, mengenal dunia dan kembali mengenal diri..


















Hmmmm...

Thursday, July 7, 2011

M for Murtad

What if kalu aku kata aku ada sorang kawan yang murtad? Yap, aku maksudkan murtad dan bukan murtabak. So adakah korang akan suroh aku jangan kawan ngan dia, stoning dia dengan batu-bata, suroh satu kampong pulaukan dia, bakar rumah dia, ikat dia kat tiang bendera tengah-tengah panas sampai dia masok Islam balik, or just salahkan Ambiga? Hmmmm..


Korang suka tak tengok orang yang hanya Islam pada nama dan IC saja tapi badan penuh tatoo, jadikan arak as minuman harian, last time sembahyang waktu kelas agama kat sekolah dulu jer, ikut syariat Islam masa kahwin dan cerai (include poligami) jer, al-Quran hanya barang hantaran kahwin, pergi Mekah semata-mata nak dapat title Haji or Hajjah jer etc tapi bila keluar issue hotdog guna usus babi then terus mengamuk buat demonstrasi jalanan bakar poster itu ini then paling penting jerit Allahu Akhbar banyak kali tanpa tahupun apa makna sebenar apa yang dia sebutkan. Hmmm..

Yap, aku ada seorang kawan yang murtad. Reasonnya? Dia memeluk Islam sebab kahwin dengan perempuan Melayu. Faham kan kronologinya? Kalau nak kahwin dengan orang Melayu di Malaysia ni seseorang perlu convert masuk Islam. Alaa, bukannya susah mana pun, sebut je kat mulot kalimah tu then pergi pendaftaran tukar nama. So anda ialah seorang Islam. Selebihnya? Kekal dalam hidup lama pun tak akan ada sesiapa yang nak ambil tahu. Then bila bercerai, balik agama asal tanpa sedikit rugi pun. Dia bukannya ada belajar apa-apa tentang Islam pun, dia sekadar kahwin dengan orang Islam jer.. Kan?

Even kalau kita tengok kat dunia amnya, dah banyak sangat Muslim yang berpindah ke agama lain or jadi kumpulan yang tak percaya agama langsong. Korang google je apa-apa topik berkaitan then jumpa banyak persatuan ex-Muslim yang ada di dunia. Ada yang sembunyi-sembunyi identiti or tak terkecuali yang jadi pejuang terang-terangan mengutuk Islam balik. Bab tu paling aku tak suka, kira cam dulu korang parti KEADILAN then bila join BN then terus je kutok mati-mati parti lama korang (masok politik plak). Tak kira korang ex-Muslim ke or korang ex-Christian ke kalu korang kutok agama lama korang that mean there must be something wrong dengan agama baru korang tu..








Seorang muallaf antarabangsa ni pernah share pendapat dia tentang kes kumpulan ex-Muslim yang kipas susah mati kutuk Islam as agama yang suka perang, penindas wanita, kejam etc. Jawapan dia senang jer: Dulu dia bersekolah dari kecik di Catholic school tapi itu tak menjadikan dia seorang Christian kan? Dia pergi Church setiap ahad tapi dia tak baca pun keseluruhan Bible waktu tu. Tengok situasi kita plak: berapa ramai yang belajar di sekolah agama or betapa penuhnya masjid pada hari Jumaat or hari raya tapi berapa ramai yang dah baca habis al-Quran dan faham sepenuhnya isinya? So Islam ke kita or sekadar pada nama jer?













Aku bukan penyokong Islam Liberal or Pluralisme agama. Islam ialah agama aku sekarang dan aku berharap pada tuhan agar ia dikekalkan sebagai agama aku sampai bila-bila..














Katakanlah: Wahai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu juga bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu juga tidak pernah pula menyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu dan untukku ialah agamaku.




al-Kafirun 109:1-6

Wednesday, July 6, 2011

The Secret LIfe of Nazir Abdullah

Ada sorang kawan ni kata (realitinya ada beberapa ar) yang aku ialah seorang lelaki yang cukup kuat berahsia. Dalam berkawan most of them secara yakin share their secret to me tapi kata mereka aku tak pernah try nak percaya mereka sebab aku tak pernah gave any of my secret to them. It seem aku aku tak percayakan persahabatan mereka and it seem aku ialah lelaki yang penuh dengan misteri.. wakaka..


I might make it sound funny tapi realitinya ia cukup serius. Ia memang banyak menjejaskan persahabatan aku dengan kawan-kawan lelaki lain. Memang ar secara rasionalnya tak semestinya bila orang bagi rahsia mereka pada korang so korang mesti bagitahu mereka rahsia korang gak untuk jadikannya stabil as kalau aku follow blog korang doesnt mean aku nak korang wajib follow aku balik. Kerahsiaan itu ialah hak milik individu tu kan. Rite?

Tapi sejujornya aku ialah seorang lelaki yang sangat mempercayai orang as beberapa orang kawan aku kata aku ni luros bendol dalam bab mempercayakan orang ni. Sehingga ada part memang kena teruk lah bila orang yang kita percaya tu rupanya sekadar nak mempergunakan kita jer. Tapi aku tak serik. Tak pernah serik. Aku jumpa je sesiapa then kalu aku ada mood then aku akan cakap-punya cakap then sebahagian hidup aku dah aku ceritakan.

Plus aku bukan seorang lelaki yang suka berahsia. Mungkin cara aku: aku tak bagitahu semuanya dalam satu masa. Kadang-kadang aku share rahsia aku secara muka yang tak serius. Tengah makan contohnya then terus je keluar ayat dari mulot aku: aku takut badut, aku fobia cicak etc. Haa.. itu rahsia aku lah tu. Cuma certain orang tak anggap benda tak serius as rahsia. Mereka nak rahsia tu sepatutnya dibagitahu secara berdua-duaan ditempat sunyi ngan muka yang serius then start dengan ayat "Aku ada rahsia ni. Harap kau tak bagitahu org lain yaa.. bla bla bla.." dan paling penting ia melibatkan antara hidup dan mati sehingga mengadaikan maruah diri. Kalu cam tu aku tak ada rahsia ar.. Hmmm...















Aku sangat ambik berat bila orang kata: aku tak percayakan mereka. It seem ada something yang mencucuk-cucuk dada aku bilal orang kuar statement tu. Hei, masyarakat dunia ketahuilah yang aku percayakan korang tak kira muka korang cam tongkang pecah, korang baru keluar dari penjara, korang ada previous record as pembunuh upahan or korang as seksi as Maria Ozawa..












Dan aku tak pernah jadi orang lain sepanjang aku ialah diri aku (ada part tertentu je ar aku jadi someone else). Aku ketawa bila aku nak ketawa, aku marah bila aku nak marah etc.. Itu menjadikan aku ialah aku..












So there are no such thing as a secret life for Nazir Abdullah. Tamat..











(btw. Apa motif cerita ni? Hmmm)

Monday, July 4, 2011

Wardina Safiyyah PKR?

Semalam mak aku kata Wardina kena tahan polis sebab sokong perhimpunan BERSIH. Wow. Aku quite terkejut gak ar sebab emak kata fakta tu diambik dari Melodi. So nak tengok balik ulangan Melodi kat tenet tapi entah apsal line jadi slow plak. So search kat Google then keluar suggestion: Wardina Safiyah PKR plak. Hmmm..


So bukak ar beberapa link ni untuk dapatkan kepastian. Baca then baru faham itu rupanya yang berlaku. Kira leh terima ar. Cuma part yang tak leh terima bila ada beberapa bloggers yang aku tak pasti apa matlamat diaorang letakkan gambar Wardina masa belum bertudung dulu as main pictures. So dalam kenyataan video tu ada Wardina kata apsal mesti letak gambar dia masa belum berhijab dulu bila masok issue ni? Sedikit sebanyak memberi kesan kepada dia as Ibu, Isteri dan terutama as an individu yang dah mengamalkan cara hidup berbeza as before ar.

Aku as pembaca jugak rasa sakit hati. Just imagine kalu kita dulu life kita bebas ngan pakai baju kurang kain, terdedah sana kini, ambik gambar tepi kolam renang pakai bikini je tapi kedian bila kita dah berubah cara hidup kepada kehidupan yang lain suddenly beberapa tahun kembali gambar tu dikeluarkan balik dan dijadikan as issue plak.

Bila baca komen daripada pembaca lagi ar sakit hati. Ada yang guna ayat terlebih 18SG. Waktu tu ar nak ungkit balik apa yang orang pernah buat zaman jahiliah dulu. Ada yang suruh hantar balik Wardina ke Acheh (?). Ada yang guna maki-maki anggota badan wanita, guna ayat perempuan jalang etc





Korang gi LINK ni untuk baca sendiri.







Majoriti yang publish blog cam tu include yang kaki komen tu siapa?
Melayu yang beragama Islam. Membuatkan aku persoalkan: Ini ke agama korang ajar korang? Sumpah seranah, maki hamun etc ni? Once again kalau bukan Islam memang dah lama aku judge Islam ni agama terrorist, agama sukakan kekejaman, hasutan etc. 








































Teringat satu kisah tentang 2 orang lelaki: sorang ni mentakwakan seluruh hidup beribadah kepada Allah dan seorang lagi menghambakan diri dengan jalan maksiat. So 1 hari datang syaitan kepada lelaki yang bertakwa. So ditiupkan si syaitan dalam bentuk suara kepada lelaki tu: buatlah satu dosa then mohonkan keampunan sebab org yg pernah melakukan dosa then bertaubat akan lebih kuat taubatnya dan tuhan itu maha pengampun atas setiap apa dosa sekalipun. So lelaki beriman tu pun pergi berjumpa seorang perempuan, dirogolnya lalu disebabkan rasa takut lalu dibunuhnya perempuan tu. 

Manakala dalam masa yang sama lelaki yang kuat bermaksiat tu ditiupkan Nur untuk bertaubat. Dipendekkan cerita ketika lelaki yang beriman keluar dari rumah perempuan dibunuhnya itu, dia terjatuh tangga dan menimpa lelaki yang kuat bermaksiat tu maka matilah kedua-duanya. Maka pada hari pembalasan, si kuat berzina dimasukkan ke dalam syurga sebab dia sempat bertaubat manakala si beriman masuk ke neraka kerana mati dalam kekufuran.

Kesimpulannya, manusia ni diadili bukan atas siapa dia pernah jadi tapi pada penghujung perjalanan kita nanti. Dan jangan tanam niat hanya nak berubah last-last minit sebab kita tak tahu bila masa kita akan tamat nanti. Kan?