Thursday, September 16, 2010

Sumpahan

Selama ini aku hanya mendengar dan cuba untuk memahami setiap baris ayat yang keluar dari mulut dia. Setiap kesedihan dan kesakitan yang terpancar dari pandangan matanya hanya singgah dan bertukar kepada perasaan simpati. Malah walau betapa setia aku mendengar atau cuba untuk bersimpati namun aku tak akan pernah benar-benar memahami perasaanya pada saat itu. Kerana aku x pernah punya perasaan itu.


Apabila tamat zaman universiti, aku rasakan aku telah tinggalkan dia dan kenanganya di sana. Lalu aku mulaikan kehidupan baru di sini. Namun apabila masa berlaku, satu persatu cerita yang pernah diceritakan olehnya yang pernah suatu ketika dahulu melewati telinga aku kini mulai kembali. Cuma kali ini kisahnya tidak lagi berlaku kepada dirianya sebaliknya kepada hidup aku.




Lalu aku mulai faham apa perasaan yang dulu pernah dia alami. Perasaan yang dulu hanya sebuah cerita kini berlaku benar-benar di hadapan mata aku sendiri. Kesedihan dan kesakitan yang selama ini hanya mampu aku lihat kini telah bermain dalam hati aku. Perasaan yang membuatkan aku jadi lemah. Perasaan yang membuatkan aku jadi bodoh.






Aku yakin lelaki itu telah menghantar sumpahan kepada aku. Menyumpah aku untuk merasakan setiap apa yang dia pernah rasakan.













Walau perasaan itu menyakitkan aku, membuatkan aku jadi gila, membuat aku jadi bodoh, membuatkan aku takut untuk meneruskan kehidupan, membuatkan hidup aku x pernah aman namun sejujurnya aku juga ingin berterima kasih kepadanya. Berterima kasih kerana sanggup memberi sumpahan itu kepada aku. Sumpahan yang membuatkan aku rasa benar-benar hidup seperti mana dia pernah benar-benar hidup sebelum ini. Sumpahan yang membuatkan aku tahu bahawa aku ada dia dan dia ada aku sebagai tempat untuk kami saling bersandar.















Sumpahan itu ialah emosi. Satu-satunya perkara yang aku x pernah ada sebelum ini. Dan sumpahan itu ialah anugerah kepada aku. Terima kasih kawan atas sumpahan itu.

No comments: