Setiap kali keluar issue amah or orang gaji dari Indonesia didera dan dibelasah teruk oleh majikan Malaysia then aku pasti akan teringat pada Kak Tuti': orang gaji Indonesia arwah Mak Cik Mas dulu yang sejujurnya kami tak pernah rasa dia as orang gaji dan dia sendiri akui yang dia tak pernah rasa dilayan as orang gaji di rumah tu. This is a real story yang aku rasa semua patut all Malaysian and Indonesian tahu and learn the best from it.
Arwah Mak Cik Mastura ialah antara kakak emak yang punya rupa almost cam emak dan antara adik beradik yang cukup rapat ngan emak. She used to kahwin pada usia muda tapi jodoh x panjang then pada usia tua dia kahwin sekali lagi ngan seorang duda yang tua (pada masa tu umur dia 90++ gak r) yang kami panggil as Pak Awang (walaupun kalu ikut usia kami seharusnya panggil dia as atuk). Mak Cik Mas kahwin dengan dia pada usia lanjut bukan sebab harta tapi sebab mereka nak saling menjaga satu sama lain plus orang yang berkahwin lebih senang masuk syurga berbanding yang solo kan? Hmmm... (nak kahwin gak).
Tapi realitinya both of them sangat tua untuk menjaga satu sama lain. Mak Cik Mas pun dah berusia 60++ masa tu. Rumah mereka pun cukup besar dan tanah pun terlebih besar hanya untuk mereka berdua jaga sahaja. So her son in law hired a maid from Indonesia for them named Kak Tuti'. Beberapa kali balik bercuti ke Johor, bermalam di rumah Mak Cik Mas di Batu Pahat then pasti akan jumpa dia.
Selain rumah tu yang besar dan misterius (ada sebuah bilik dalam rumah tu yang dijaga sangat kemas and ada kerusi roda yang dibiarkan terbuka jer. Hmmm) yang menarik adalah tentang kemesraan ahli rumah tu. Ketiga-tiga mereka seems like a family rather than feel majikan-pekerja. Mak Cik Mas refer memasak, jaga bunga tanaman, and masa sembahyang Maghrib-Isyak mereka akan berjamaah bersama, kalu bercakap mereka leh berjenaka betul2 plus disebabkan rindunya Mak Cik Mas ngan adiknya (emak aku r) dia akan tidur bersama kami beramai-ramai di ruang tamu plus Kak Tuti' pun join sekali. It seems jurang majikan-pekerja memang tak wujud sikit pun. Ia cam adik beradik jer.
Mungkin situasi ni berlaku disebabkan kebetulan majikan yang baik berjumpa ngan pekerja yang baik. Masalahnya this situation bukannya akan leh berlaku all the time. Mungkin majikan baik tapi pekerja yang kurang baik or sebaliknya pekerja yang baik berjumpa ngan majikan yang sucks. Bukan tak pernah berlaku boss baik tapi amah asyik bergayut di telefon, dera anak, tak nak buat kerja etc or amah bukan main baik tapi boss plak salah sikit terus nak cop seterika kat badan orang. Hmmm
Plus cukup x best r kalu ada majikan yang ngan mudah terfikir kat kepala hotak mereka yang sempit tu untuk kata yang maid ni hanyalah bukan orang yang mereka leh bwat sesukahati hanya sebab mereka bayar ngan gaji sejemput. Fikir r manusia.. X selamanya korang akan berada di atas. What if one day korang bankrup then anak ko jadi maid then kena rogol oleh majikan anak ko. Then ko rasa dia layak dilayan sebegitu? Lu fikir r sendiri..
So kesimpulannya kita x leh kata All Malaysian are bad or all Indonesian are good. Baik dan jahat tu ada pada semua orang tanpa kira asal mereka sekalipun. Pak Arab yang cam punya reputasi baik pun pernah ada kes cucuk berpuluh paku kat badan amah Indonesia gak. So x adil untuk kita menghukum majoriti hanya sebab tindakan kumpulan minoriti. Plus ramai Malaysian yang menentang perbuatan x bermoral tu. Bak kata pepatah lama, hanya sebab seekor lembu bawak lumpur then kedian semua lembu kat belakang pun terpalit sama. Cuma aku x maksudkan sesapa as lembu r..
Then perkahwinan Mak Cik Mas kali tu pun x panjang gak sebab dia kemudian pergi berjumpa ngan Yang Maha Pencipta. Al Fatihah..
No comments:
Post a Comment