Sunday, September 19, 2010

Curang

Aku melihat dia yang sejak tadi berpandangan penuh resah lalu aku kata "Ko x nak curang ngan awek ko tapi kau x dapat nak lepaskan perempuan tu.. "


Dalam hidup ini, pada usia lewat 25 tahun (masih lagi terlalu muda realitinya) aku boleh menerima banyak perkara ngan penuh keterbukaan dari sekecil-kecil isu such as tudung Siti Nurhaliza yang semakin mengurang sehingga r ke isu-isu besar cam perhubungan sejenis (kecuali perkahwinan sejenis). Tapi ada beberapa perkara yang still aku x leh terima such bila ia melibatkan hal-hal agama, orang yang melakukan kemusnahan pada alam sekitar dan orang yang curang pada pasangan etc. Hmmm..  

Then korang pasti akan tanya "Memang r isu agama ni benda besar. Dan alam sekitar pun kira .... besar gak r tapi kenapa curang pun ko anggap as besar? Cam benda kecik yang biasa-biasa jer..."


May be bagi korang curang ni benda biasa tapi bagi aku ia sangat besar. Bagi aku ia kira sama tahap cam SYIRIK kepada ALLAH s.w.t r. For non Muslim, SYIRIK ialah mendua atau menyamakan kuasa tuhan dengan sesuatu perkara lain. Fullstop.

May be sebab aktiviti curang mencurangi ni dah jadi a part of my life then sekaligus ia bagi effect besar kepada kepala otak aku dan seterusnya cara hidup aku dan cara aku berfikir sehingga kemudiannya bwat aku sangat SUCKS pada sesiapa yang mencurang pada pasangan nih.

Im not kind of person yang sangat enjoyed bercerita keburukan orang then aku x akan share with you guys tentang series of stories tentang kecurangan yang berlaku dalam hidup aku selama 25 tahun yang lepas tapi cukuplah aku kata bahawa aku aka AJ yang korang jumpa hari ni ialah manusia yang tercipta kesan akibat kecurangan manusia surround him.

Aku x percaya pada kesetiaan
Aku x percaya pada sesiapa
Aku x percaya in any relationship
Aku sentiasa cipta tembok ngan semua orang
etc.





Then korang akan kata lagi "Musti bekas awek AJ dulu ni curang ngan dia and that why r AJ seem sangat cold skarang.."



No matter what the fuck sesiapa pun yang curang then percaya r effectnya bukan hanya pada pasangannya sahaja tapi pada semua. Kalau parents mencurang then ko fikir their kids leh happy cam nothing happens? The effect might be worst laaa. They will not believe in kesetiaan dan akan terus kepada generasi yang akan datang dan lagi dan lagi..

And kalu ko fikir ko masih terlalu muda untuk hanya ada sorang awek or balak ko then ngan mudah ko pasang spare part 2-3 belakang diaorang dan ko pasang niat lepas ko kahwen then baru ko setia pada yang satu then aku garenti r yang niat ko x kan ngan mudah termakbul. Mungkin setahun dua kawen  x da apa2 lagi tapi pass tu ko rasa something missing or your partner x cukup sempurna untok ko maka ko akan pasang 2-3-4. Walaupun aku x menentang POLIGAMI tapi aku menentang keCURANGan. Noktah.











Dan untok ko (bagi sesiapa yang terasa)
Kau harus pilih antara 2: that girl atau teman wanita ko. As aku kata that day: jangan sampai yang dikejar x dapat dan yang dikendong berciciran or worst part ko akan kehilangan kedua-duanya dan pada masa tu ko baru menyesal kerana ko dah kehilangan perkara yang terbaek yang pernah singgah dalam hidup ko.

Dan aku terlupa untok share satu lagi perkara penting yang perlu kau tahu yang mungkin kau tak pernah sedar:  Kau ialah seorang lelaki yang datang membawa harapan kepada sesiapa sahaja dan tanpa kau sedar kau sedang memberi harapan kepada mereka. Dan jika kau tak berhenti dari berbuat sebegitu, aku guaranty akan lebih ramai hati yang terluka... akan lebih ramai yang akan dicurangi....









Aku bukan seorang yang setia tapi aku tak akan mencurang...

1 comment:

Aj Abdullah said...

hmmm... hati-hati selalu....