Saturday, September 25, 2010

What The HELLBOY..!!

Realitinya post kali ni x ada kaitan sedikitpun tentang komik or filem title HELLBOY tapi jauh lebih rendah standardnya iaitu Lagenda Budak Setan.. Hellboy = Budak Setan? Hmmm... wakaka..


Ya ya ya. I know it sound cam "Ha..? ko layan cerita Lagenda Budak Setan ka? Cerita tu super picisan r.." What The Fuck who care aku layan cerita apa ker, ia ada effect on ko punya kehidupan ker?



 
So kalu korang pernah layan movie ni then korang layan plak seriesnya di ASTRO then aku yakin korang akan faham kenapa aku kuarkan post ni. Sejujurnya cerita Lagenda Budak Setan ni punya jalan cerita yang best tapi both movie and series nya tak berjaya aka fail. Hmmm...

Aku layan movie ni last few month kat wayang atas pengaruh 2 kawan: Wan Azan dan Kaspalela Manja yang kipas susah mati novelnya dulu. Aku walaupun memang kaki novel sejak dari zaman sekolah lagi tapi sejujurnya aku x pernah layan satu pun novel Ahadiat Akashah (susah nak menaib namanya) ni pasal punya dia reputasi as penulis picisan. Hmmm.. Plus aku terpengaruh gak oleh trailer dan soundtrack yang giler best.

Masa tengah layan movie ni, aku ngan Wan Azan leh ketawa mati-mati pada bab yang (sepatutnya) gila serius. Then bila keluar hall, ketiga-tiga kami setuju yang cerita tu x berjaya. Sangat sayang bila jalan cerita dah kira woke, cinematografi dah terbaik tapi arahan dan lakonan most pelakonnya sangat lemah. Most of the part aku x jumpa si setan lelaki bermuka kucing aka Farid Kamil dan kekawannya, bila masa si Akashah dan Ayu jatuh cinta ni, bila Ayu dan Azmie kahwin or tentang watak Katrina yang sekejap ada sekejap menanggis sekejap hilang terus. Hmmm... Mostly ia just cam kita koyak beberapa puluh keping muka surat novel dan baca bahagian yang tertinggal.

Tapi sekali lagi paling tabik ngan lakonan Que Haidar as Azmie yang each time part dia kita akan sangat suka terutama bab dis psiko then pukul Ayu lakonan Lisa Surihani. Poor girl.. Tabik r bab tu pasal most of the time dalam hall tu aku sangat gelisah kecuali babak tu aku jadi sangat fokus and feel.. hmmm..



Kedian kuar plak seriesnya yang gosh sangat-sangat tak berjaya. Why I say so..? Sebab si Farid Kamil, Amir Sofaz yang sangat tua then leh jadi budak sekolah menengah yang penuh berbulu di muka.. Watak si Ayu plak, cam patung yang kita jadikan as pelakon. Muka dan suara sangat x ada emosi. Dan lebih suck bila malam tadi aku tengok versi ulangan watak Azmie lakonan Nas-T duh.. hampagas r sesangat. Kalu dia belakon untok series and movie KAMI aku leh terima lagi sebab dia memang cam budak sekolah tapi bila dia pegang watak suami yang kaki curang, kaki minum (berjaya kot kecuali bab mabuk x menjadi), kaki pukul memang cam... dude, budak sekolah menengah kahwin ke nih?

Mungkin it not fair untok aku bandingkan lakonan mantap Que Haidar ngan Nas-T tapi kenapa tak masokan pelakon filem jadi pelakon series kecuali jangan r jadikan bapak budak as budak sekolah. Cari r muka lain or jangan jadikan latar sekolah. Hmmm...







Sangat sayang bila sebuah cerita yang punya jalan cerita cukup kuat tapi dipersembahkan ngan cara yang sangat lemah. Sepatutnya cerita ni membuatkan kita sangat benci Akashah ngan gengnya sebab perangai sangat setan, kita benci dia untuk suka ngan Ayu, kita rasa simpati ngan nasib Ayu yang jadi mangsa Azmie, kita benci Azmie etc.. Ini tak, most of the time, aku leh baca buku, masak, makan, check chanel lain masa tengah layan cerita ni...











Kesimpulannya, best lagi layan filem ALI SETAN ngan ayat-ayat poyo ALI pada ASMIDAR.. Hmmmm..

3 comments:

Nizam Zahri said...

"Mostly ia just cam kita koyak beberapa puluh keping muka surat novel dan baca bahagian yang tertinggal."

suka ayat ko tuh.. kebanyakkan novel ke filem memang akan jadi mcmtuh..

Aj Abdullah said...

wakaka. sebab tu aku refer just layan movie jer daripada baca novelnya sbb kalu dah terbaca novel tu then garentiaku akan sumpah seranah betapa novel tu 100 kali lebih best dari filem... wakaka

ajim said...

ali setan baru legend wei..siyes..