Monday, September 20, 2010

Sekolah Ibu Mengandung

Akhernya idea untuk mengadakan sebuah sekolah sebagai tempat peluang kedua kepada remaja perempuan yang terlanjur dan seterusnya mengandung telah direalisasikan dengan wujudnya SEKOLAH HARAPAN di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka ngan kemasukan pertama seramai 5 orang pelajar.


Aku bukan jenis yang cukup mudah melatah ngan senang jer menuduh kewujudan sekolah ini seterusnya akan menggalakan remaja pada masa akan datang untuk freely having seks then bila dah 'termengandung' then terus sambung study kat sekolah ni. Even ada yang mentaliti rendah sempat kata si ibu-ibu ni ngan senang berdialog sesama mereka tentang kehansomean bapak kepada anak kandungan mereka tu. Damn untuk mereka yang kata cam tu.

Mungkin mereka-mereka ni lebih menghalalkan perbuatan kepala bayi dimakan oleh anjing kat tempat pembuangan sampah or bayi dah kembong, kulit tukar biru dan dihurungi lalat kat dalam longkang refer than melihat si ibu muda yang pernah tersalah buat pilihan sekali agar tak buat kesalahan lagi in the future. I do believe kat tempat tu, mereka bukan sahaja di ajar tentang akademik tapi persedian tentang dunia di luar dan lebih penting pengisian rohani.



As AIDS kurang membunuh berbanding diskriminasi masyarakat terhadap pesakitnya it also happens kepada mereka. Kita semua setuju perbuatan seks bebas mereka sehingga membawa kepada kehamilan tak dirancang itu adalah kesalahan mereka tapi still bayi yang dikandung itu still anugerah dari Tuhan dan kita x ada sedikit hak pun untuk kata bayi tu turut sama bersalah. Si Ibu mungkin still nak kan si baby tapi diskriminasi masyarakat luar yang akan membantutkannya lalu bayi yang x bersalah di buang. Discrimination kills the most..








 



Hei kamu masyarakat yang membaca. Kita bukan tuhan. Kita tak punya kuasa untuk menghukum sesiapapun. Semua orang melakukan kesalahan. Semua orang punya hak untuk menyesal atas kesalahan mereka. Dan semuanya berhak untuk mendapat peluang kedua...









 

Cuma aku agak gusar jika harapan yang diberikan sekolah itu hanya sekadar nama. Sama seperti setiap kali aku pergi ke rumah anak-anak yatin atau rumah orang-oran tua. Ia memang penuh dengan penghuni tapi kosong dengan harapan. Sedangkan semua orang perlukan harapan. Namun bukan semua orang mampu memberikan harapan.





Hmmmm....

No comments: