Soalan cepu emas: what if orang yang ko tahu jahat tapi kawan ko plak kata sebaliknya? Adakah:
a) Orang tu sekadar pura-pura baik depan kawan ko sahaja tapi realitinya semua org tahu dia jahat
b) Orang tu sekadar pura-pura jahat depan ko sahaja tapi realitinya dia sangat baik
c) Kawan ko kena ubat guna-guna oleh orang tu...
Aku x r kata yang aku ni baik tapi at least pengalaman hidup 25 tahun ni buat aku tahu gak r sedikit sebanyak which person r baik and which one r not (kecuali jenis yang berpura-pura r). Kat previous kerja aku ni ada r sorang senior lelaki ni (separa lelaki sebenarnya). I dont know why since dari awal aku masok, dari pandangan mata dia aku ni cam satu unsur jahat yang dia x leh nak tolerate. Most kerja2 yang dia ditugaskan untuk dia bwat dari kerja penting shingga kerja photostate sehelai kertas pun dia bagi kat aku (walaupun reaititnya dia bukan supervisor aku dan x ada kuasa mengarah2 aku). Aku as junior so buat je r ikut kemampuan aku. X kan r nak melawan kan..
Tapi as time goes by dengar gak r khabar2 angin yang dia bawak cerita mulut tentang aku dan geng2 office. Aku buat x layan je r tapi satu hari tu masa tengah lepak makan kat cafe. Dia ngan sekutu2 dia lepak meja sebelah. Ngan x sayang mulutnya dia leh jer mengata aku and my geng ngan kuat. Malas layan lagi.
Sehingga r satu hari tu, terkeluar dari mulut boss aku sendiri ada org kata ni x bwat kerja apa-apa kat office tu. Sumbernya dari siapa? Dia r.. Duh hanggin aku hari tu.. Aku x carik pasal pon suddenly dia jer nak sebar cerita pelik2 tentang aku.
A few month after aku berhenti, dengar cerita dia dah x seaktif mengata as dulu. Terfikir gak dalam otak kecil aku, mungkin sebab aku dah resign then dia dah tenang sikit kot. One day ni aku lepak r ngan sorang guy friend ni. Cakap punya cakap suddenly dia ada cerita yang dia ada kuar makan with that senior dan dia kata SENIOR TU AS BAIK..
So aku cerita r what kind of SHIT yang lelaki tu dah bwat pada aku before. And somewhere somehow that guy friend of my leh plak support dia.
Aku just tergamam. Adakah kami bercakap tentang lelaki yang sama?
Bwat aku teringat balik satu teori yang selama ni aku ngan workmate jadikan as jenaka before. Si senior suka bawak mulut tentang aku sebab dia rasa aku as ancaman pada dia nak merebut lelaki2 kacak kat office tu. Dan bila dia tahu yang aku kenal and seems rapat ngan that guy friend (& few others) then dia jeles and try to do his best untuk merebut mereka.
Hei kawan,
if you read this post, please r. Jangan layan orang macam tu. Ko kawan aku then aku x nak bad thing happen to you guys. Mereka ada agenda. Ya, aku tahu ko memang arif in handling people like that. But manusia yg ko handle dulu mungkin x sama cam manusia yg bakal ko handle skarang ni. Mungkin org yg ko handle dulu just maen2 tapi what if yang sekarang ni memang ada ubat guna-guna dan tahap seterusnya yg x terfikir otak manusia.
Ko bagi mereka betis ko then mereka nak paha.. Bila dah dapat paha, then mereka nak something else plak. Jangan sampai tahap bila ko kata x nak dan mereka x leh nak terima dan something bad happens to you. Menyesal biar dari awal...
No comments:
Post a Comment