Wednesday, July 14, 2010

Raya?

Kalu aku kuar post pasal RAYA seawal ni then pasti akan ada yang kuar statement "Wei Aj dah x sabar nak sambut RAYA r even puasa pon lom start lagi" kata mereka sambil ketawa besar dan aku plak tengah check either masih ada peluru lagi x dalam pistol cabok aku pasal aku nak bwat pembunuhan jarak dekat secara sengaja.. Hmmm...


Orang yang kenal aku pasti tahu bahawasanya aku bukanlah antara makhluk Tuhan yang tak sukakan Raya or apa2 events sekalipun. Pasal bagi aku ia sama sahaja ngan hari2 biasa. Cuma hari tu orang pakai cantik2, kemas rumah hebat2 dan makan makanan yang x ada pada hari biasa. Even realitinya dah 2 tahun aku x ada baju RAYA baru dan x terfikirpun nak ada untok tahun ni. 

Plus RAYA gak adalah satu moment sedih pasal berakhernya tempoh sebulan RAMADHAN. Aku x tahu kenapa moment ni sangat sedih.Then teringat last year punya KHUTBAH JUMAAT masa bulan RAMADHAN lepas. The Imam asked "What if kita x buat betol2 RAMADHAN tahun ni dan kita x sempat lagi berjumpa the next RAMADHAN? Betapa banyak kerugian yang telah kita bazirkan"  May be sebab RAMADHAN ialah bulan yang dianugerahkan oleh Tuhan penoh ngan rahmat untuk kita  ngan mudah untuk dapat pahala. Bwat apa2 benda baek then pahalanya berlipat kali ganda berbanding pada hari2 biasa. Then sangat rugi kalu kita x buat apa2 (or worst thing: bwat dosa) sepanjang RAMADHAN.

Rugi aku kata pasal kalu korang gi mana2 or even tengok kat TV or RADIO sekarang ni then garenti dah ada banyak iklan RAYA yang kuar. Wei, hari ni baru 2nd day of SYAABAN. Tapi iklan RAYA dah kuar cam esok lusa nak RAYA. Jualan sana sini ngan harga murah terlampau. Apa matlamat di sini? Nak bagitahu bahawa SYAWAL adalah matlamat sebenar dan bukannya RAMADHAN? Wei, SYAWAL adalah hari kemenangan untuk mereka yang berjaya menempuhi dugaan sebulan di RAMADHAN r. Duh..!! 

So akibatnya ada r sorang jiran aku ni: puasa cuma 2-3 hari jer kedian haram x bwat lagi. Alasan nak siapkan kuih2 raya, nak persiapan jahit langsir, baju etc. Plus ada je alasan x dapat berpuasa. Sakit itu ini r tapi persiapan raya awal dah ready. Mak aku tegor pun dia IMUN jer. Nak bwat cam ner. Dia dah tua pon. Dah jadi emak orang pon. Then anak2 dia pun ikot r dan cucu2 dia dan generasi seterusnya.. Hmmmm...



Terfikir balik, kenapa x ada plak nak promosi suroh bwat PUASA SUNAT sebagai persediaan menghadapi puasa sebenar aka RAMADHAN? Or untok akak2 dan mak cik2 yang x mampu penuhi puasa last year supaya ganti puasa diaorang pasal kurang 4 minggu lagi nak RAMADHAN. Mana boleh puasa x diganti ni? Tahu ke x hukum hakamnya? Plus mana leh guna fatwa sendiri bab ni wahai KAUM HAWA sekalian..

Terbaca 1 blog last night bila bulan RAMADHAN kat USA orang ISLAM sana terpaksa bayar USD300 semalam untok sewa ruang kat KUIL JEWS ORTODOKS semata2 nak dapat pahala jemaah TARAWIH sesama. Kita sini plak berhabis duit untok beli barang RAYA jer. Sama ke nilainya? Lu fikir sendiri r..





Aku kuar post ni sekadar untuk saling memperingati diri aku sendiri r. Bukan tujuan untok kuar KHUTBAH syok sendiri r.



Plus RAYA ni pasti x meriah lagi pasal geng yang selalu keluar jalan2 ada yang dah KAHWIN, yang kerja jaoh2 etc. Hmmmm

No comments: