Saturday, July 10, 2010

Jumaat

Ari ni tadi aku Semayang JUMAAT cam biasa kat Masjid Jamek Kuching. Sebab perkara yang aku nak share ni dah jadi cam rutin masyarakat kita yang x biasa berlaku tapi x ada yang try ambik peduli. So bagi sesapa yang beragama ISLAM (tanpa mengira bangsa) yang boleh paham setiap apa yang aku tulis ni.., please r DO SOMETHING WITH IT..!!


1. PAKAIAN
Bwat para2 kaum ADAM ni pasti dah paham sangat pakaian yang biasa orang pakai masa semayang JUMAAT r kan. Bwat kaum HAWA plak korang tengok little/big bro korang, bapak korang, balak korang or paling koman bukak jer RTM1 ari JUMAAT jam 1 cam tu garenti korang leh tengok gak tema2 pakaian diaorang. Memang r x ada sunnah pon kata wajib guna BAJU MELAYU ngan SONGKET  ker untok semayangkan. Aku pon mostly just pakai kemeja and jeans yang x ketat. Then paling hangit bila ada 'orang kampung' punya statement kuar x boleh sembahyang kalu x pakai SONGKOK. Pulok.. Ajaran WAHABI ke ni?

Tapi based on pemerhatian aku ni r ada makhluk2 tertentu ni sangat2 jadikan ruang semayang JUMAAT ni tempat melaram. Pasal ada part korang leh tengok r cam band2 indie tengah bwat show plak. Hei, itu macam NOH HUJAN, hei itu SAM BUNKFACE, hei itu FAIZAL TAHIR etc. Ngan rambut tutop mata r, rambot blond, then ada style terpacak and even ada g ngan spec RAYBAN hitam. Panas sangat ker dalam masjid ni kalu berbanding panas akhirat kelak. Hmmmm...

Then ada gak mamat2 yang pakai baju CAP AYAM yang tulis pelik2 cam SAYA SAYANG MAK SAYA or AWEK AWAK SAYANG SAYA etc. Pakai T-shirt plak tahap SS or baby T then pakai seluar Baju Melayu. Dah r kain Baju Melayu ni jenis satin or lembut so adegan BAYWATCH yang kurang senang r mata yang memandang pon berlaku. Then teringat kata kawan ni: each time dia tengok lelaki pakai seluar Baju Melayu then dia pasti akan teringat JELLY. Kemudan bila rukuk plak ngan baju saiz mini tu nampak r underwear mereka ni. Ada SPONGEBOB, ada jenama SCUBA (?) or paling nasib baek korang leh nampak plak lurah2 cam hmmmm.. Pepaham jer r...


2. KHUTBAH
Aku sejujornya ialah seorang yang sangat suka layan khutbah. Tapi mostlynya aku akan terganggu oleh certain2 even yang kalu leh teringin aku nak tegor tapi sepatah jer ayat kuar dari mulot aku then x da fungsi JUMAAT aku ari tu plak. Yang pertama ni jenis bapak yang sangat sayangkan anak2 mereka. Aku x paham kenapa r dalam banyak2 masa 24/7/365 ni dia still nak bergurau2 ngan berjenaka ngan anak2 mereka masa imam tengah berkhutbah. 

Then golongan belia plak tengah lepak2 kat luar masjid tengah bincang2 issue dunia. Macam hal dalam masjid ngan luar masjid tu 2 dunia yang berbeza plak. Kedian dah start sembahyang baru terhegeh2 nak masok masjid. Heran aku. Tak ambik kelas PENDIDIKAN AGAMA ISLAM masa sekolah dulu ke bang? Dah khutbah tu salah satu rukun dalam Sembayang JUMAAT r. Kalu setakat nak semayang 2 rakaat tu jer apa  maknanya r? Hmmmm...



3. SEMBAHYANG
Then masa sembayang ni lagi pening. Bapak2 budak ni ada yang main lepas jer anak sesukati. Ada yang berlari2 ngan menjerit2 dalam masjid. Then yang bawak anak umor 4-5 tahun sembahyang sama saf baris2 depan ni apa kes bro? Memang r niat ko tulus suci tapi kalu kat rumah ko x semayang then anak ko apa cerita?

Kedian ada plak pak cik2 jenis yang baca surah kuat2. Dia hentam rukuk, sujud dan semuanya ngan nada kuat. Sehingga aku punya fokus bacaan sangat2 lari. Encik ni pasti jenis yang x belajar pasal bacaan dia jaoh  kuat dari bacaan iman (pasal aku sebelah dia)








PENUTUP
Then pasti akan tanya "Apsal ko x tegor je diaorang, AJ?"  Aku ni kira dah selemah2 manusia. Memang ada masa aku tegor yang leh aku tegor tapi mostly aku x kuat untok betolkan semua orang. Aku pon bukannya perfect gak dalam hal agama ni. Solat 5 waktu pon ada masa terlepas gak. Lom leh lagi nak dapat title IMAM MUDA. Cuma saling berpesan2 dan memperingati satu sama laen dan still cuba membetolkan diri sendiri gak... So fikir2kan dan selamat beramal

3 comments:

Anonymous said...

pasal solat jumaat utk wanita.....solatnye sah dan x plu wat solat zohor lepas tue.just utk clarify. mcm lelaki yg musafir hukum solat jumaat dh x wajib...die blh solat zohor mcm biase.saje utk berkongsi.

Anonymous said...

Menurut Al-Fadhil Dr As-Syaikh ‘Atiyyah Saqqar didalam kitab “Al-Fatawa min Ahsan Al-Kalam fi Al-Fatawa wa Al-Ahkam”. Beliau menyatakan, ulama membahaskan perkara ini seperti berikut;

1. Ahnaf : Yang paling afdhal bagi perempuan menunaikan solat zohor di rumahnya, samada perempuan itu tua atau muda.
2. Malikiyyah : sekiranya perempuan itu bersangatan tua yang tidak menarik perhatian lelaki, maka harus bagi perempuan itu menunaikan solat jumaat. Adapun sekiranya perempuan itu boleh menarik perhatian kaum lelaki yang tidak membawa fitnah, maka hukum menghadiri solat jumaat adalah makruh. Adapun boleh mendatangkan fitnah, maka hukumnya adalah haram.
3. Hanabilah : diharuskan perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya tidak berhias. Adapun berhias, maka hukumnya adalah makruh.
4. Syafiiyyah : makruh perempuan menghadiri solat jumaat sekiranya ianya boleh disyahwati, walaupun ianya dengan memakai pakaian tebal sekalipun. Begitujuga, makruh perempuan menghadiri solat jumaat, sekiranya ianya tidak disyahwati, tetapi dia berwangi-wangian atau berhias.

Pun begitu, ulama-ulama menyatakan haram kehadiran perempuan kepada solat jumaat yang boleh menimbulkan fitnah[7].

Dari perbahasan ini, dapat dilihat, perdebatan dikalangan ulama tentang keizinan ulama ini sehabis-habis rendah pun adalah “KEHARUSAN” sahaja. Yang ianya tidak membawa amalan itu sebagai amalan yang dituntut, samada berbentuk sunat atau wajib

Anonymous said...

Sabda Nabi SAW lagi;

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر، فعليه الجمعة إلا امرأة ومسافراً وعبداً ومريضاً

Maksudnya;
“Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menunaikan solat jumaat melainkan perempuan, orang bermusafir, hamba dan orang yang sakit[4]”

Walaupun begitu, sekiranya perempuan atau muslimat menunaikan solat jumaat bersama dengan kaum lelaki, maka tidak perlu lagi mereka menunaikan solat zohor, bahkan memadai dengan solat jumaat yang mereka tunaikan[5].

Keadaan ini[dimaksudkan no 5] disandarkan kepada wanita-wanita di zaman nabi yang hadir di masjid dan menunaikan solat jumaat bersama baginda SAW[6].