Wednesday, July 21, 2010

The Other Version of GERAK KHAS

Sekarang ni BAPAK aku tengah layan POLIS GERAKAN MARIN kat TV9. Before that dia layan RODA-RODA KUALA LUMPUR. And esok plak (or lusa or what ever day r) dia akan layan GERAK KHAS. Technicallynya waktu2 siaran cerita2 ni adalah larangan untok sesapa ganggu dia. Sebab enchik BAPAK aku ialah bekas POLIS. Hmmmm


Tapi each time tayangan cerita tu EMAK aku akan sentiasa kuar dialog rasmi dia. "Asyik2 GERAK KHAS ni cerita dadah la, pelacur la, rempit la.. Ulang2 cam tu gak balik..!!" Wakaka. Aku ketawa dalam hati. Nak wat cam ner, mak cik.. Dah pengarahnya pun YUSOF HASLAM. Tengok r cam cerita MARIA-MARIANA, SEMBILU, SEMBILU KASIH, SI CAPIK etc yang dah berapa ribu episode dah dan sentiasa susah nak capai happy endingnya sehingga mak cik yang layan asyik sumpah-seranah si hero sebab x percaya heroin (dan aku x pernah tengok 1 episode penoh pon.. wakaka)..
.
.
Bila fikir2 balik, GERAK KHAS pon dah lama sangat maen. Masa ABBY baru kuar ELITE dan bekas isteri AC still blom kuar masok mahkamah lagi. Hmmm.. Lama tu wei, masa aku masih sekolah lagi r. Then kalu tengok sekarang, percaya r yang korang still masih lagi paham jalan ceritanya. And even some pelakon yang sama gak masih berlakon lagi. Cuma ABBY sekarang dah jadi POLIS BERTUDONG, dan ABANG MISAI dah naek pangkat then pencen (akhernya) tapi sebab x nak matikan watak then dia jadi pemandu teksi plak dan anak dia sambong legasi dia dan x lupa INSPEKTOR LIM kena tangkap pasal curi buku. Hmmmm

Sambong cerita EMAK aku lagi. Apsal asyik2 cerita yang sama tahap SKEMAnya je yang ditayang.Betol gak.. Kenapa x bwat versi laen untok GERAK KHAS? 


Cadangan 1: Realiti Polis di Malaysia
Why not cerita tentang masa tahan orang ni teros polis tu mintak 'wang kopi' sikit untok lepaskan si pesalah ker, or masa org datang bwat report then polis bertugas plak x nak layan orang tu tapi sebaliknya tengah syok layan FACEBOOK tru blackberrynya. Or tentang polis ni bwat rakaman pesalah perempuan x pakai baju guna handphone peribadi ker, or lebih hangat tentang polis muda bwat hubungan terlarang ngan isteri orang ker. Paling koman tentang banyak polis muda kat sempadan layan pelacur dari seberang dan keruntuhan akhlak anak-anak polis (wei aku pon anak polis gak apa)

Cadangan 2: Fantasi Polis di Malaysia
Ada alien datang nak menyerang Malaysia ker.. Gila fantasi or paling komannya bukan ker cerita GERAK KHAS ni banyak unsur fantasi dari realiti? Pendek kata polis yang berlakon tu cam terhindar dari melakukan dosa jer .. Hmmmm





Aku sebenarnya x r anti sangat kat abang2 dan kakak2 polis ni pon. Bak kata aku tadi: bapak aku pon polis gak. Cuma pasal polis pon manusia gak. Sebab tu mereka pon bwat dosa cam civilian laen kan? Cuma jangan r conteng arang kat polis2 baek (ada ker) ngan bwat benda x baek semasa pakai  uniform.. Kan?


Then ada suara kasar kata "Sebab tu r aku x layan drama series local ni.. Makin panjang episode makin mengarut.." Aku kata balik.. "Macam r cerita LOST tu x mengarut lebih jaoh..!!" Hmmmm

No comments: