Pernah x korang dengar klausa berbunyi: bilik tidur setiap orang adalah umpama cam diari orang tu. Then salah 1 cara untuk mengenali karektor individu ialah melalui bilik tidurnya. So anda sekalian di luar yang bercouple then nak tahu karektoristik pasangan anda then kena r masok bilik tidur dia. Tapi jangan sampai berlaku adegan seangkatan ARIEL PETERPORN & LUNA MAEN dah..
Soalan cepu emas 01:
Korang pernah masok bilik tidor aku x? Kalu ya then teruskan membaca. Kalu tak pon still teruskan gak membaca. No such a big deal.
Soalan cepu emas 02:
Untuk ladies2, korang pernah masok bilik tidur lelaki x? Ya, kalu korang dah ada suami, abang or adik lelaki. Tapi kalu x musti imaginasi korang akan terfikir bahawa bilik lelaki stereotipenya cam tongkang pecah yang dilanda tsunami. Tapi sejujornya aku x setuju r. Pasal aku pernah masok beberapa bilik tidur lelaki. Sangat2 bersih dan terjaga. Sebaliknya teringat masa 'termasok' asrama perempuan masa sekolah dulu... banyak benor sotong2 yang tergantung dan bertaburan semua barang kat lantai. Perubahan pergerakan bulan kot. Hmmmm...
Kalu aku gi bermalam mana2 then aktiviti 'malam pertama' (hmmm~~) yang sering aku bwat ialah tak tidur malam. I got a Sick Building Syndrom tahap rendah sangat2 r. Aku rasa kurang selesa, tak selamat, dan gelisah sangat2 ngan persekitaran baru. Akibatnya aku x akan dapat tidur untuk that night dan malam2 seterusnya sehingga aku rasa being a part with the building.
Then kalu zaman universiti dulu, each time tukar tempat kediaman then first thing aku akan bwat ialah lekat a poster kat dinding tu. So kalu korang pergi mana2 bilik aku then korang akan tergamam melihat ruang dinding yang kosong dah x ada lagi. Penoh ngan poster dan benda2 mengarut yang laen. Hmmmm..
(Ini katil aku masa semester1 tahun 2 di UKM dulu. Percayalah yang ini lom masa kemuncak lagi. Kalu x memang dah jadi gunong r baju2 aku. Entah apsal zaman tu cukup malas sangat nak lipat baju. Lelaki kat dalam gambar: Hanizam still lom jadi rumate aku lagi)
(Ini plak bilik aku masa semester 2 tahun 2. Waktu tu dinding dah sampai tahap penuh 90% with poster sehingga rumate pertama x tahan kata dia takut nak tido pasal ada poster gambar hantu kat dinding tu.. Hmmmm)
(Ni plak semester 1 tahun 3 masa dudok kat luar: kat Pangsapuri Taman Tenaga. Hmmm.. Bilik ni sangat best pasal kedudukan yang strategik: tinggi sehingga leh nampak KLCC malam2 dan sejuk. Cuma pagi2nya akan tersedar sebab dengar bunyi pengetua bising pasal ia dekat dengan sekolah)
(Ni plak masa semester 2 tahun 3. Dah kembali semula ke KOLEJ UNGKU OMAR. Kali ni perhiasan lebih matang sikit r. Sangat sedikit tapi nilainya tinggi r sehingga pengetua bwat spot check then dia tak marah even puji plak kerosakan yang aku bwat kat dinding hostel..)
(ni plak hiasan kat notis board kat meja tulis. mostlynya aku lekat je apa2 pon guna pin kat sini. Hmmm)
Then masa semester3 tahun 3 plak x ada gambar yang aku ambik. Masa tu kerosakan yang lebih hebat r. Aku bwat mural then aku bat graffiti guna stensil dan banyak lagi. Memang vandalisme r..
Then kembali ke bilik tidur aku kat rumah plak. Bilik aku x ada katil sebab dulu (and still now) aku percaya ada monster with green fungus berada di bawah katil aku. Wakaka.. Tapi still ada TV (cuma malas nak guna) dan komputer ngan internet. Then aku rasa bilik aku kalu ada peti sejuk ngan bilik mandi then garenti aku x akan kuar2 dari bilik. Wakaka..
So cam mana rupa bilik aku ni? Hmmm.. it better kalu korang x payah masok.. nanti terperangkap dan x jumpa jalan keluar plak. Dan aku that stereotype punya lelaki: bilik cam tongkang pecah yang dilanda tsunami then diserang godzilla selepas perang dunia kedua... Hmmm
No comments:
Post a Comment