Ketika aku menulis post kali ni, air mata lelaki aku mengalir lagi. Gosh, entah kenapa dia cukop hebat untok bwat aku jadi fragile. Dan setiap kali ada dia, hati aku akan hancur. Dan hancur lagi. And even aku x kisah pon kalu 1 dunia tahu yang aku: seorang lelaki sedang menanggis. Biar mereka kata aku dayus or what ever tapi realitinya semua lelaki akan menanggis cuma secara zahir atau batin dan secara nyata atau tersembunyi.
Aku dah x menanggis kerana kesakitan kulit aku lagi. Walau sekarang ni hanya Tuhan sahaja yang dapat tahu betapa kaki aku sangat sakit dan aku x menanggis kerananya. Walau betapa aku takut betapa masa depan sangat gelap untok aku still aku boleh berfikir waras. Tapi dia sebaliknya. Setiap kata2nya membuatkan cukup rapuh. Cukup mudah untuk hancur.
Mungkin kerana dia bukan orang biasa. Dia yang kuharapkan akan membantu aku bangun setiap kali aku terjatuh. Tapi sebaliknya dia membuatkan aku jatuh. Dan terus jatuh. Sehingga sukar untok aku berdiri lagi.
Dan kali ini kau sedang memusnahkan satu-satunya mimpi yang aku cukup yakin aku boleh pergi jauh. Dan kau sedang menghancurkan satu-satunya mimpi bagi orang yang x mampu bermimpi lagi. Dan aku menanggis kerana penghancur mimpi itu ialah kau. Dan bukan orang lain..
No comments:
Post a Comment