Tuesday, January 29, 2013

Alasan Terbaek Kawen

Aku selalu sangat menegaskan bahawa kita-kita ni selalunya tak tahu kenapa kita perlu couple, kawen or ada anak. Mostly kita-kita ni just buat benda tu sebab atok-nenek kita buat, emak-bapak kita buat, orang dalam TV buat, kanan kiri orang buat so kita pun ikut jer lah. Ia semacam naluri semulajadi haiwan ketika musim mengawan lak: mereka tak tahu kenapa tapi mereka mesti buat. Hmmm..


Ada orang couple sebab tak nak jadi loner & looser or sebab tak nak kata dia tak laku or sekadar nak tunjuk bahawa dia pun leh dapat balak/ awek yang hot.

Ada orang kawen sebab nak ada orang jaga dia masa tua kelak (masok rumah orang tua please), or sebab parents dah bising suroh kawen jer memanjang or sebab dia anak tunggal yang perlu meneruskan generasi keluarga tu or  worst sebab kawen tu nampak dalam TV cam best lah sangat. Hmmmm..

Then ada orang yang ada anak sebab secara tak sengaja aka dah kawen so apa lagi: buat anak ar. So sebab tak tahu reason sebenar ada anak so start ar heboh-heboh kat FACEBOOK start dari minggu pertama mengandong sampai hari delivered, majlis sambut anak besar-besar melampau, waktu Maghrib berjemaah tengok drama Melayu kat depan TV satu family, kedian lama sikit anak dah 2-3 orang gi shopping then tinggalkan anak dalam kereta. Tub-tub hilang then heboh baru nak menyesal. Hmmmm..












Aku pada usia 28 tahun ni melihat perkahwinan sebagai sesuatu yang berkali ganda berat dan besar dari gunung yang tak mampu aku tanggung. Solat aku belum lagi sempurna untuk aku sendiri rasa puas then cam mana aku nak meraikan keindahan cinta aku dengan menjadi imam untuk isteri dan anak-anak aku kelak..? Sebab kalau aku gagal bab tu then cam mana aku nak menjawab depan tuhan penghujung hari kelak..?








Marry-D is not just about menghalalkan seks or untuk mendapatkan sorang baby comel jer. Ia tentang amanah dan tanggungjawab.













Or baca alasan terbaek untuk kawen dalam news paper ni lak: Untuk atasi masalah kekurangan pelajar.









Hmmm..

2 comments:

MORIBAYU said...

balik hari tu..ibu saya suruh kawin.

hurm umur dah 29 tahun.
tapi masih tak laku.


jadi dia pi cari kenen2..cari menantu.

entahlah...ibu selalu tanya bila me nak kahwin.
tapi ibu selalu lupa tanya~

adakah me 'gembira' ?.

Aj Abdullah said...

Yap, kegembiraan. Tak ada yang berani tanya sebab diaorang x berani nak dengar jawapan balik kot.

Tapi aku syukur sebab family aku x pernah nya tanya soalan tu kat aku. Jejiran lak yang bussy nanya. Sori, aku tak desperate tu nak jadi menantu diaorang. wakaka