Friday, March 30, 2012

Masjid & Seorang Perempuan

Setiap kali aku berada di dalam masjid, aku pasti akan teringat akan dia. Aku tak tahu entah apsal ingatan pada dia pasti akan muncul setiap kali aku berada di situ. It seem tuhan mahu bagitahu aku sesuatu. Sesuatu yang aku pasti tapi aku tak berani untuk nyatakannya..


Kalau dia di tempat aku then pasti aku akan kata dengan penuh pasti bahawa aku sanggup berkongsi setiap penderitaan dia. Aku sanggup membawa sepenuhnya bebanan kesakitan dia. Aku akan sentiasa menjadi bahu setiap kali dia menanggis. Aku akan kekal hidup bahagia bersama ketidaksempurnaan dia. Dan aku akan terus bersama dia mengharungi semuanya selagi dia masih mahu bersama aku dan selagi tuhan mahu kami terus bersama.

Tapi kerana aku ialah aku lalu aku tak benarkan dia untuk berkongsi sedikitpun penderitaan aku, menanggung sebahagian kecilpun kesakitan aku, atau mengalirkan air mata walau setitikpun kerana aku. Apakan lagi hidup bersama ketidaksempurnaan aku.



















Siapa yang tak mahu mencintai atau rasa dicintai? Siapa yang tak mahu memiliki or rasa dimiliki? Siapa yang mahu hidup mati tua menyendiri?
















Apabila aku kata aku tak percaya pada cinta, aku cuba maksudkan yang cinta dia bukan untuk aku.
















Mungkin cinta aku hanya untuk Dia yang Maha kekal abadi dan tak akan mati sahaja..Hmmm..

Thursday, March 29, 2012

Wordless Thursday

Aku kemas bilik. Yap, aku jarang dengar istilah tu dan aku jarang aplikasi penggunaan istilah tu. Suddenly aku terjumpa sehelai kertas kecil. Tertulis sesuatu. Otak aku cuba ingat balik tapi tak berjaya. There are something happens at that time sehingga memaksa aku menulisnya. Cuma aku tak mampu untuk ingat.


Ayatnya berbunyi:

Ada dua wajah yang mengeluarkan air mata
bersamanya ada kisah yang berbeza
kemudian mereka tersenyum
menjadikan aku sedikit khuatir
ketawa mereka membuatkan aku bimbang
apakah ada gembira dalam hati mereka
atau hanya wajah pura-pura?














Tak ada tajuk dan tak ada tarikh. Tapi ia memang tulisan aku.

Wednesday, March 28, 2012

Kelas Melukis

Waktu aku sekolah rendah dulu ada sorang girl ni, setiap kali subjek lukisan then most of classmate past akan mengerumuni meja dia. Semua atas 2 reason: First sebab lukisan dia cantik dan second sebab alatan melukis dia sangat luar biasa aka standard alat lukis budak sekolah rendah just bawak pensil warna saiz sederhana, crayon saiz kecik dan kalau lebih sikit ada ar water color picit tu. Realitinya sebab that girl ialah anak orang berada dan dia attend kelas melukis. Hmmm..


Waktu kat sekolah menengah plak, aku tak suka subjek lukisan atas 3 sebab: first sebab aku tak suka melukis atas tajuk yang aku terpaksa untuk buat. Second sebab kekawan lain suka 'mintak tolong' aku melukis untuk diaorang dan lastly sebab ramai orang yang suka tanya soalan sama berulang kali "Aj, ko mesti nak kerja jadi pelukis nanti kan...?". Buat aku jawab: Naa. Melukis just hobi dan ia bukan cita-cita aku. Hmmm..

Aku tak tahu entah apsal aku tak pernah terfikir nak jadikan bakat seni aku sebagai satu pekerjaan. Buktinya dalam beberapa kerja yang aku dah buat beberapa tahun kebelakangan ni, sikitpun ia tak melibatkan bakat aku. Sedikitpun aku tak perlu memperlihatkan 'seni' dalam diri aku. Aku hanya perlu punch in-bekerja-punch out- hujung bulan terima gaji. Even diaorang tak mintak aku jadi kreatif sikitpun (or in other wordnya mereka kata guna kreativiti sendiri tapi mereka tak akan benarkan kita buat things out of their SOP). They just want you to work. That it..

Dan pernah ada beberapa orang kawan yang kerja kat syarikat animasi or grafik design ajak aku kerja sekali ngan diaorang tapi aku tolak mentah-mentah. Aku sendiri tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku tak pernah attend mana-mana kelas seni visual yang formal kot. Aku tak tahu pon apa bahan yang sebenar-benarnya aku patut guna untuk menghasilkan sesuatu karya. Aku just sekadar ambik sebatang pencil dan membuat garisan demi garisan di atas kertas putih jer.




















Or mungkin sebab aku tak ada sijil untuk mengesahkan bahawa aku ada bakat. Sama seperti setiap kali aku berjumpa kawan-kawan yang punya diploma dan ijazah dalam bidang seni dari badan-badan besar yang berjaya menghasilkan pengkarya seni bernama besar. Juga setiap kali aku mendengar mereka bercerita tentang karya-karya mereka yang tergantung di galeri dan dibida dengan harga tinggi. Menjadikan aku tak pernah yakin bahawa bakat seni itu memang ada dalam diri.


































Tapi bila fikir-fikir balik: aku ada Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Linguistik but still aku tak nak kerja dalam bidang bahasa gak. Membuatkan aku rasa: Otak aku yang tak betul kot. Hmmmm

Monday, March 26, 2012

Real Hunger Game

Satu peringatan penting each and every time kalau korang nak tengok movie yang diadaptasi based on novel ialah jangan baca novel terlebih dahulu. Just watch the movie first then baca ar novel tu sebanyak kali mana korang nak. Sebabnya walau se-box office mana sekalipun movie tu tapi kalau korang baca novel first then korang pasti akan kecewa.Hmmm..


Macam mana agaknya rancangan realiti akan datang? Please jangan kata ia masih lagi sama cam Akademi Fantasia lagi.. Or mungkin Hunger Game boleh memberi inspirasi untuk generasi sekarang fikirkan. Realiti yang benar-benar realiti. Sekumpulan wakil remaja berumur antara 12-18 tahun dipilih dari kawasan-kawasan memasing dan mereka akan ditempatkan di satu kawasan hutan dan mereka perlu bersaing survival sesama mereka sendiri sehingga the end seorang akan menjadi juara.

So apa yang membezakan realiti Hunger Game ni ngan program realiti yang sedia ada sekarang ni? So sure there will be no such thing as penyingkiran yang akan melibatkan sesi air mata sambil heret beg pakaian keluar. or no aksi bogel catch guna CCTV dalam bilik mandi. Sebaliknya Hunger Game ni memerlukan peserta bersifat barbarian aka they need to kill other participants to win the game. Dan menjadikannya lebih realiti, kamera satelit yang tersembunyi digunakan secara langsung untuk dijadikan tontonan golongan kaya.. Hmmm..


...


Korang pernah tengok filem Kaiji: The Ultimate Gambler tahun 2009..? Cerita tu kalau just tengok based on poster or trailer jer then ia akan nampak sangat membosankan ar tapi realiti cerita tu best dan memperlihatkan sisi hitam Jepun cam dalam kekejaman komik Junji Ito gak ar. Ia adalah cerita tentang konspirasi tersembunyi golongan-golongan kaya Jepun yang menjadikan nyawa manusia sebagai satu hiburan yang menyeronokan.

Or filem Hostel yang tak kurang sama ngan idea lebih gila-gila minat pertaruhan golongan kaya yang melampau-lampau.

Idea yang sama cuba dinyatakan dalam Hunger Game gak walaupun dalam penyampaian yang lebih ringan dan sesuai untuk tontonan semua lapisan umur. Malah ia dijadikan satu pertandingan paksa rela yang ditayangkan dikhalayak ramai. But still ia masih lagi cuba menjelaskan bahawa nyawa manusia adalah sekadar bahan hiburan untuk orang-orang kaya. They dont care tentang nyawa orang yang mereka tak kenal terkorban as long ia bukan nyawa mereka or keluarga mereka. Hmmm..














Sejujornya memula aku tak terdetik hati sikitpun nak tengok filem ni. Sebab tak ada daya penarik yang bestpun.  Tak macam The Avanger or Spiderman nanti. Tapi bila dah layan Hunger Game ialah sebuah cerita yang best. Membuatkan aku tak sabar untuk tunggu sequel filem ni kelak. Huhuhu..













 
Dan lebih suck it happen in reality gak. Nyawa adalah milik orang kaya. Mereka tak peduli pada nyawa askar or nyawa rakyat yang terkorban. Or pada masyarakat dunia yang kelaparan, mangsa rogol, aids, pelacuran, buruh kanak-kanak etc. Mereka hanya mempedulikan hidup mereka jer.

Sunday, March 25, 2012

Perempuan & Rahsia

When it come to a secret, you will be find there are 2 types of women. Jenis perempuan pertama ialah yang once someone share rahsia tu pada dia or once on the moments dia dapat tahu rahsia tu, it still fine until for few seconds dan dia akan rasa gelisah yang amat sangat. Dia merasakan yang dia sedang dibebani dengan satu permasalahan global yang sangat besar dan kalau dia pilih untuk simpan gak then dia akan explode. So dia pilih someone yang dia percaya dan dia share rahsia tu dengan ayat mesti guna cam "Jangan bagitau orang lain tau, ini rahsia..!!" Hmmm..


Meanwhile 2nd type of women plak ialah jenis yang sangat-sangat pandai simpan rahsia. Sekali dia pegang rahsia tu then sampai the end of our or her life then the secret will remain her forever ar or until kita jumpa wanita jenis pertama yang pecahkan lobang tu dulu. Hmmmm..




























Trust me, lelaki pun ada macam tu gak. Hmmm..

Wednesday, March 21, 2012

SPM. Apa Celop..?

Teringat aku masa universiti dulu ada sorang pensyarah tanya soalan: adakah institusi sekolah berjaya bagi pandangan kamu as bekas pelajar. Then ada sorang girl ni tulis satu esei kata sekolah ialah tempat yang paling istimewa yang menjadikannya insan berjaya as that day.Buat aku terfikir 'Adakah dia hidup dalam fantasi sepenuhnya or it just me the only one yang bernasib malang berada dalam beberapa buah sekolah yang menjadikan aku seorang yang fail untuk tahu siapa aku sebenarnya..'



Penghujung utama sebuah institusi persekolahan ialah SPM. It seems apa yang kita belajar start dari darjah 1 dulu akhirnya akan menjurus sedikit demi sedikit kepada penghujungnya: SPM. So for most student SPM is everything yang harus diberi 100%. Kalau fail then it mean life pun dah tak guna. Tapi kalau lulus cemerlang then they will realise rerupanya ada lagi ujian demi ujian yang perlu mereka lalui. Hmmm..

..

Sejujornya aku dah tak ada mood nak belajar sangat start dari form 4. It seem aku dah bagi yang terbaek untuk PMR then aku realise duh ada lagi exam besar lepas ni and it suck. Waktu form 4 gak dah ada geng gila-gila yang buat math aku dari A terus jatuh ke C. Aku masih ingat lagi word dari cikgu BM aku kata yang aku quaranty akan fail paper dia aka in other wordsnya kalau fail BM SPM so x ada makna ar ambik SPM keseluruhan. Tu belom masuk kes ramai cikgu merajuk tak nak mengajar kelas kami. Duh...

But even tho aku tak belajar sungguh-sungguh still aku dapat keputusan yang better than orang yang belajar mati-mati dalam kelas dan terima hadiah demi hadiah the end of the year. 


Sehinggalah pada pertengahan form 5 aku involve dalam 2 accident besar dan aku tak ke sekolah untuk lebih 2 bulan. Then kembali ke sekolah kurang 2 minggu before seat for first paper SPM. Dan aku realise yang aku perlu bangun semula dan kembali belajar. Tapi ia dah terlambat gak ar. But even tho tangan kanan aku retak dan semen (hmmm) hanya dibukak 4 hari before exam still aku dapat result kedua terbaek sekolah. Wakaka.. Ketawa orang belagak..






...






Sekolah ialah sebuah institusi yang menghasilkan dunia fatamorgana aka dunia palsu dengan kebahagiaan, keseronokan, kawan-kawan, cinta dan jika kalah dengan godaan tu then soryy to say ia akan buat kita terus hanyut. Dan buat mereka yang menjadikan sekolah hanya as tempat mendapat keputusan terbaek setiap tahun then sorry to say gak yang dunia luar tak ada dalam buku teks, sayang. 


So for those yang dah ambik result SPM dan ia suck tahap gaban then trust me yang SPM is nothing. Ia hanya nasib baek kepada orang-orang yang belajar dan soalan yang keluar sama ngan apa yang mereka ingat jer. Nothing more than that. Sebab untuk lelaki yang berusia 27 tahun ni dah lihat betapa ramai yang terkandas dalam SPM sekarang dah jauh lebih berjaya dari aku yang belajar tinggi-tinggi ni.












Btw SPM yang aku maksudkan ni bukan program Selamat Pagi Malaysia ar.. Hmmm

Cadbury Muffins Recipe

Kalau korang nak tahu aku ni ialah seorang lelaki yang anti pada cupcake. Cupcake bagi aku ialah cam South Korean punya pop idol yang just cantik pada luaran ngan bling-bling dan warna terang-terang tapi realiti dalaman just biasa-biasa jer. So cupcake ni realitinya just sekadar satu makanan yang biasa-biasa tapi dipercantikan lebih-lebih pada topping dia jer. 


Berbanding muffin plak rupanya tak lah cantik mana pun. Merekah. Hanggus. Color tak sekata. But once ia masuk dalam tekak korang then korang nak lagi dan lagi. Rasa kulit yang ranggup ngan isi kasar tapi lembut. Aku ingat lagi first time aku makan muffin yang sedap ialah masa universiti dulu: sewaktu aku attend kelas baking. Blueberry Muffins yang sedap tak terkata. So hari ni tadi tetiba nak bake muffin plak. Muffin resipi sendiri: Cadbury Muffins.


MUFFINS CABDURY
Bahan-bahannya:
1. Bahan kering:
140 gram gula kastor (or guna mana-mana gula pun tak kisah)
250 gram tepung naik sendiri
1 sudu teh soda bikarbonat

2. Bahan basah:
85 gram butter (panas-cair-sejukkan)
2 biji telur (ayak)
200 ml susu (or tengok adunan cam mana ar)
1 sudu teh vanila extract
garam untuk lemak

3. Perasa
Aku guna coklat cadbury. Potong saiz sederhana ar. Jangan besar sangat. Jangan kecil sangat. Sedang-sedang then ia akan mencair masa korang gigit. Huhuhu


Cara nak buat:
1. Cambur bahan kering sekali.
2. Meanwhile dalam bekas lain bahan basah dicampur sehingga sebati
3. Cambur bahan basah ngan bahan kering sehingga sebati. As aku kata tadi sesuaikan susu dengan kepekatan doh.
4. Masokkan ke dalam muffin tray. Kalau korang tak guna tray muffin then ia akan nama lain ar. Aku guna tray yang ada 6 lobang tu dan adunan aku hanya cukup untuk 4 lubang jer. 
5. Baked dengan suhu yang tak tinggi sangat sehingga warnanya coklat dan merekah. Then makan panas-panas. Sedap wei..










Semoga berjaya

Monday, March 19, 2012

Baka Kucing

Orang selalu kata yang Anjing lebih best berbanding Kucing diantaranya sebab anjing ada banyak baka yang memperlihatkan saiz, rupa, kepanjangan bulu etc yang menjadikan ia nampak berbeza antara satu baka ngan baka yang lain. Contohnya ada chihuahua, bulldog, shepherd, dalmation, Shi Zhi, poodle etc. Tapi kucing plak cam... erm... sama jer. Sebenarnya tak benar. Cat pun ada banyak breeds gak. So as a cat lover yang tak ada cat aku nak dedikasikan post ni untuk share jenis-jenis kucing yang ada. Plus I do believe that cat are for adopt and not for sale. 

Click gambar untuk sumber asal.



1. LaPerm


Ciri-ciri: Bulu yang beralun/ naturally kerinting


2. Bengal


ciri-ciri: Corak dan struktur badan


3. Scottish Fold


Ciri-ciri: Telinga yang merapat ke kepala


4. Sphynx


Ciri-ciri: Tak berbulu


4. Munchkin


Ciri-ciri: Kaki pendek


5. American Curl

Ciri-ciri: Telinga yang curl dan berbulu lebat pada telinga


6. Russian Blue


Ciri-ciri: Mata dan fur yang more to Russian. Hmmm..


7. Manx


Ciri-ciri: Tak ada ekor


8. Maine Coon


Ciri-ciri: Saiz yang hyper besar


9. American Shorthair


Ciri-ciri: Corak pada fur yang berbeza


10. Bombay


Ciri-ciri: A bit cam Shah Ruck Khan. Wakaka















Sebenarnya ada banyak lagi baka-baka kucing yang ada kat luar sana di serata dunia. Plus there are no 2 cat yang serupa kan ? Sekaligus menjadikan tempat Kuning the Cat aku tak akan diganti sampai bila-bila. Hmmm..

Reason Orang Pergi Haji

Soalan Cepu Emas hari ni berbunyi:
Agak-agak korang ar apakah matlamat sebenar orang-orang Melayu kita pergi Haji or Umrah dewasa ini? Adakah:


a) Percutian ke tempat bersejarah. Gosh, it not like everyday korang leh gi ke negara pak Arab yang banyak peradaban awal dunia bermula. Selama ni just tengok TV or baca buku jer. So bila dah sampai apa lagi, ambik gambar banyak-banyak then post kat FACEBOOK (include upload status setiap kali ko gi satu lokasi ke lokasi lain), try naik unta, makan ayam golek. Plus jangan lupa pakai sun block lotion banyak-banyak.

b) Shopping. Malaysian sangat suka bab ni. Buktinya sebelum kemuncak haji bermula or dalam ayat yang lebih specifiknya baru 2-3 hari sampai negara pak Arab dah berkotak-kotak parcel untuk dibawak balik ke Malaysia. Dalamnya ada apa? Jubah dan jubah lagi (pak Arab kan x pakai baju lain selain jubah), tasbih, sejadah, kurma, kekacang etc. Gosh, benda tu mana ada jual kat Malaysia so borong ar banyak-banyak..

c) Tittle Haji or Hajjah. Untuk mendapatkan tittle Datok di Malaysia seorang tu perlu memberi sumbangan yang besar kepada negara (or at least punya sejumlah wang yang besar untuk membeli tittle tu). Tapi untuk tittle Haji /Hajjah plak mudah. Just pergi negara pak Arab masa musim haji then x peduli sepanjang tempoh tu korang just tidor dalam bilik hotel then bila balik ke Malaysia then semua orang akan panggil korang Haji/Hajjah. Penting tu.

d) Pergi Haji ialah must do thing oleh Orang Melayu. Kalau korang dah berumur 60 tahun ke atas but still tak pergi haji it seem like ia adalah satu kejanggalan dan boleh mengakibatkan korang dipandang serong oleh masyarakat. Orang akan kata korang tu ada duit banyak tapi kedekut nak mampos or korang takot setiap kejahatan korang akan berulang balik sampai negara pak Arab nanti. It a must do thing dalam masyarakat Melayu ar wei. Mana leh x buat..


...



Korang mesti setuju or a bit marah kalau aku katakan yang pergi Haji now a day buat masyarakat kita adalah lebih kepada satu pakej lawatan sosial yang berbentuk pelancongan berbanding perjalanan spiritual seorang Muslim untuk mendapat keredhaan dan keberkatan dari tuhanNya.

Aku tak tahu di mana punca matlamat utama Haji dah terpesong jauh dari yang sepatutnya. Mungkin sebab pergi Haji sekarang ni dah terlalu mudah: daftar Tabung Haji, ada certain amount of money, naik kapal terbang, dudok hotel, makanan dah sedia, ikut tour guide, balik. Or mungkin atas dasar sebab atok nenek aku pergi, mak bapak aku pergi so aku pun perlu pergi gak ar. 

Dibuktikan apabila mereka yang balik dari Haji atau Umrah masih lagi tak berubah sikap. Masih dengan perangai lama memasing.

Or worst bila ada yang asyik nak uplaod gambar dan status siap leh chat lagi all the time kat FACEBOOK sepanjang di sana. Buat aku nak mempersoalkan matlamat mereka ke sana.













Even kalau kita tengok Mekkah melalui pembacaan pun dah berubah status dari sebuah rumah ibadat suci kepada perlumbaan di kalangan ahli negara-negara Arab yang kaya untuk merebut status banggunan termahal, tertinggi, tercanggih di bina di keliling rumah ibadah. Hmmmm..









...




Everything started bila emak kata malam tadi: kalau diaorang dapat gi Haji tahun nanti-nanti mereka nak bawak aku untuk menemani diaorang. Yap mereka dah tua untuk bergerak dan mengharungi lautan manusia di sana nanti. Dah ready ke aku ni? Dah tetapkan matlamat sebenar nak ke sana? Hmmm..

Sunday, March 18, 2012

Membeli Barang Yang Memalukan

Apakah barang yang akan membuatkan korang rasa malu nak beli sama ada pada masa nak ambik dari shelves or pada masa nak buat pembayaran di kaunter? Kalau korang lelaki please jangan kata tuala wanita melainkan korang lahir or berada pada tahun 1920-an where setiap barang 'peribadi' khas untuk wanita adalah terlalu taboo untuk para lelaki dan masyarakat secara keseluruhannya. 


Tadi aku gi Guardian Pharmacy then dalam tu ada ar sorang mamat ni ngan muka yang pelik ar. Beberapa kali mundar mandir kat satu shelf ni. Dan dipendekkan cerita masa nak bayar ni dia plak kat depan aku ngan sorang girl ar (aku rasa wife dia kot) so dia letak barang dia kat kaunter ngan keadaan yang tersusun. Beberapa barang diletakkan di atas satu box ni. Kedian pekerja scan 1-1 barang so lastly box tu pun nampak ar. Rerupanya ada 2 kotak lubricant. Lepas bayar dia terus blah laju.

Realitinya x ada apa-apa salah pun kan kalau setakat nak beli lubricant tu. Bukannya dia guna lubricant tu untuk culik dan rogol kanak-kanak pun. Dan dia beli 2 kotak mungkin sebab dia pengguna yang kerap etc. Cuma yang lawaknya dia seems nak menyembunyikan barang yang dia nak beli sebab malu kot. Lubricant konotasinya memang just for sex je ar kan...? Nak guna apa lagi? Melincir engine kereta ker?








Buat aku teringat satu cerita Indon ni ada sorang girl nak beli condom then dia pakai hoodie ngan cermin mata hitam besar lagi. Then bila sampai kaunter, tanpa ditanya terus dia kata tu bukan dia punya. Kawan yang pesan. Wakaka.. Lawak


















Korang pernah tak pergi kedai runcit mamak then beli tuala wanita then dia akan bungkuskan ngan news paper..? Matlamatnya?

Friday, March 16, 2012

Definisi Lelaki Kacak

Kalau korang tengah keluar ngan group of kawan and suddenly salah sorang kawan lelaki tu kata lelaki yang baru melimpas tadi tu kacak. That can bring 2 meaning samada a) Lelaki tu sememangnya kacak or b) Kawan korang tu gay. But most situation memang b ialah pilihan jawapan yang pasti laa. Wakaka.


Tapi kalau masa lepak tu yang kuar statement lelaki tu kacak ialah sorang perempuan then ia juga akan membawa 2 makna sama ada a) girl tu ada masalah mata yang serius or b) korang mulai yakin bahawa  definisi kacak itu cukup subjektif dewasa ini. Hmmm..

...

Realitinya guy do acclaim bahawa ada lelaki lain yang sama or kurang sedikit kacak dari diaorang (remember the word 'ego' okey) tapi guy tak akan express it tru words not as easy as girl kata girl lain cantik laa kan. Dan bila perempuan kata sorang lelaki tu kacak and most men tak akan setuju ar. Contoh cam bila perempuan leh kata yang Tomok or Shah Rukh Khan tu kacak then most lelaki akan jadi sangat hairan. Mungki retina mata perempuan menghasilkan bentuk imej yang tak sama ngan mata lelaki kot. 


Aku sejujornya tak tahu macam mana seorang typical guy (aka bukan metroseksual or uberseksual etc yang punya panduan tersendiri untuk mendefinisikan kacak ar) melihat atau mendefinisikan lelaki lain sebagai kacak. Mungkin secara kasarnya seorang lelaki akan menjadikan seorang yang lebih kurang usia mereka sebagai role untuk mereka tiru cara role tu berpakaian, bercakap, bertindak. 

They will definitely tak akan guna word kacak sebalikya akan tukar ngan word lain cam cool, rock, great etc. So effectnya girl tanya ar balak diaorang apsal diaorang pakai certain baju tu masa dating. Diaorang akan kata baju tu menjadikan diaorang confident kacak sebab dia pernah tengok orang pakai baju yang sama dan nampak great on them.

















Bagi aku apa yang menjadikan sorang lelaki tu kacak sama ngan apa yang menjadikan sorang girl tu cantik iaitu isi hati dan kebaikan mereka.Sebab muka or fizikal tu sekadar hiasan. Sama cam sebijik epal yang warnanya merah berkilat tapi bila dimakan rasanya hambar, tawar. Buktinya korang mesti pernah jumpa lelaki yang korang kata kacak tapi disebabkan perangai dia tak seberapa nak kacak then buat korang rasa nak muntah setiap kali tengok muka dia. Kan?















Teringat satu sesi bual bicara program Korea yang bersifat santai ni ada sorang girl cantik (cantik dalam erti kata Korea Selatan iaitu cantik selepas plastic surgery ar) ni kata dia lebih refer comedian daripada artis lelaki yang bermuka kacak sebab muka ni lama kelamaan tengok akan membosankan gak tapi lawak akan terus menghidupkan hubungan mereka.

Interracial

Pernah tak korang accidentally terjumpa sorang tu then entah apsal terus terdetik dalam hati korang menyatakan yang 'she is the one' dan otak ko terus menghasilkan imaginasi saat-saat indah masa korang bertunang, kahwen (not included malam pertama), saat dia mengandong, saat ko cemas masa dia nak deliver bla bla bla sehingga ke saat-saat usia emas korang bersama? It sound so fantasy ar lah sangat kan?


Or korang pernah tak alami jumpa sorang ni hari-hari tapi korang tak pedulik pun kewujudan or kepentingan dia di sisi ko then awal perkenalan korang tak berjalan lancar sehingga melahirkan perasaan annoying and irritating  terhadap memasing. Tapi lama kelamaan kenal entah apsal dalam hati korang terdetik dengan yakin kata: dia ialah sorang wanita yang taat pada perintah agama dan tuhannya juga seorang isteri yang sangat patuh pada kehendak suaminya serta seorang ibu yang terbaek untok mengasihi anak-anaknya. 










Dalam hati korang mempersoalkan kenapa kau tak terfikir untuk menjadikannya isteri dan ibu kepada anak-anak ko sebab ko dah lama tahu yang perasaan kau pada dia bukan lagi perasaan yang sama waktu awal perkenalan dulu.
















...











Yap, aku ingin menjadikannya isteri dan ibu untuk anak-anak aku...
























tapi..


















kenapa sentiasa harus ada tapi kan? Hmmm..















p/s: then korang tanya apsal tajuknya interracial? Selain jawapan standard aku "Suka hati aku ar, ini blog aku", setiap kali aku main chess dan aku tengok 2 ekor kuda (knight) yang berlainan warna akan menghasilkan imej separa kotor dalam otak kotor aku ni. Wakaka

Wednesday, March 14, 2012

Lawak Berak Keras

Setiap kali aku berak keras then aku pasti akan terfikir sesuatu yang akan membuatkan akhirnya pasti akan buat aku ketawa sesorang. Aku selalu terfikir "Agak-agaknya inilah feel a guy being fucked by other guy. Ia bermula dengan kesakitan pada punggung tapi berakhir dengan kepuasan yang maksima. Hmmmm"















Plus tak lupa ia juga meninggalkan effect 'ruang rongga yang berangin yang menyegarkan' 















Wakaka

Tuesday, March 13, 2012

Berbogel Depan Cermin

Aku a bit tak suka ngan individu-individu tertentu yang suka ambik gambar depan cermin. Aku tak pasti either dia nak memperlihatkan pakaian dia yang cantik waktu tu or dia punya perasaan yakin diri yang tinggi untuk menyatakan bahawa bergambar depan cermin akan menghasilkan impak bahawa gambar tu akan best dan di'like' di FACEBOOK or instagram etc dalam jumlah yang banyak. Plus to me it turn morely suck terutama dalam situasi-situasi berikut:


1) Bergambar depan cermin dalam toilet. Most orang sangat suka kan ambik gambar sendiri dan geng-geng sekepala kat dalam toilet tak peduli toilet setiap kali masuk bayar RM2.00 or toilet hotel 5 bintang or even toilet yang jumlah udara tercemarnya ngan kandungan gas biodiesel yang sangat-sangat tinggi still nak ambik gambar. Seriously?

2) Bergambar depan cermin dalam gym ngan tak berbaju dan peluh-peluh (yang hot lah katanya). Kalau girl bab ni aku leh terima lagi ar yang jenis masuk gym x sampai 5 minit terus ambik gambar sendiri sambil buat-buat muka comel ala-ala pikachu etc. Masalahnya mamat jantan plak yang terlebih-lebih upload gambar  tak berbaju dalam gym berpuluh-puluh kat FACEBOOK buat aku nak muntah jer. Saya tau ar awak tu gagah perkasa, badan berotot (lah sangat) etc tapi matlamat sebenarnya apa ek?

3) Bergambar depan cermin dalam bilik mandi rumah sendiri/hotel. Ini aku x nak komen panjang. Ia sekadar membuatkan aku teringat pada gambar-gambar amature porn dari barat jer. Or dengan harapan bila diaorang jadi artis nanti gambar tu akan keluar dan menaikkan publiiti nama mereka nanti cam post Cursing Malay ni kata plak. Hmmm..



























Then korang tanya "Aj, ko sendiri ambik gambar dalam toilet apa ke? Ngata orang boleh plak tapi sendiri tu?" o aku jawab "Aku punya suka ar.. Wakaka"

Saturday, March 10, 2012

Racist Gay

Tandas awam ialah tempat yang paling best untuk melihat luahan seni dan bisikan isi hati buat rakyat-rakyat yang tak berani nak meluahkannya dikhalayak terbuka. So hasilnya ada lukisan, tulisan, mural realism dan kekadang abstrak terhasil dari medium yang sangat ringkas such as marker, liquid paper or kekadang dari najis diorang sendiri. Hmmm..


Tapi most of the time toilet dijadikan sebagai dinding menjual iklan. Contoh cam gambar aku upload ni. Baca keseluruhan then korang pasti akan setuju ngan beberapa fakta:

1) Dia seorang gay yang pemilih. Dia tak nak lelaki lembut or pondan. Hanya gay dan homoseksual (I tho both 2 are the same) sahaja..
2) Dia seorang gay yang racist. Dia tak nak Cina or 'Tambi' (India). Hanya Melayu, Iban & lain-lain.
3) Dia seorang gay yang bukan menawarkan perkhidmatan seks. Dia tulis sesiapa yang mahu saya dihisab. Hisab itu ilmu math.

















Percayalah yang aku x dibayar or ditaja untuk mengeluarkan iklan nih. Try call nombor dia kalau x caya. But kalau dia dapat customer dari aku then kata kat dia aku nak mintak royalti gak. wakaka

Thursday, March 8, 2012

John Carter's Nipples

Kalau korang pernah baca novel graphic John Carter Of Mars then korang pasti akan setuju kalau aku kata ia boleh buat orang self orgasm or pre cum disebabkan ia penuh ngan image realism yang fully erotic etc dan korang berharap kalau ia difilemkan then ia akan membuatkan korang masturbate for few time sesorang dalam cinema ngan pancutan like a firework (include kegembiraan Katy Perry dalam video clip tu sekali). But unfortunately mimpi korang pasti hancur sebab Disney yang produce cerita tu. Hmmm..


What can you expect dari cerita yang diterbitkan oleh Disney's? No blood, no extremely fight, no bad words, no nudity, no intimate kiss, no sex (worst part) include cute monster doing cute face, or bad guy doing cute humor and lastly for sure happy ending or pendek katanya family oriented lah sangat.

Sejujornya movie John Carter ni seharusnya dark, kejam, tak ada perikemanusiaan, luka berdarah sehingga patah tulang, penuh darah, erotic tahap lucah (yakin ngan pilihan ayat ni), pakaian kurang kain yang mengiurkan, makhluk asing yang sangat huduh, langit yang magenta kelam, barbarian etc tapi...

Tapi disebabkan ia diterbitkan oleh Disney's then cerita ni jadi sangat ceria ngan orang jahat yang tak mampu nak mencederakan sesiapa dan tutur kata sangat terpelihara. John Carter yang asyik melompat dan berlawan tu plak punya muka dan body yang tak ada kesan parut or cela sedikitpun. Darah yang ada cuma warna biru (darah alien) dan darah John Carter pun  mengalir sekadar kurang 3 second. Pakaian plak tak lah menutup aurat cuma pakaian nurse jauh lebih mengiurkan. Aliennya plak sangat comel. Yang pelik gak apsal langit Mars ni warna biru sedangkan kat situ x ada laut? Hmmm..








Korang pernah tengok movie Conan The Barbarian? (Chop: teringat lawak masa kerja cinema bila ada sorang customer tanya either Conan tu ialah cerita Detective Conan. X buduh tahap barbarian ke orang tu?) Aku x lah expect Taylor Kitsch will be segagah perkasa cam badan Conan tu cuma biarlah ia kejam gila  gaban potong kepala orang sesuka hati dan erotic sikit ar. Ni tak, yang ada cuma nipples John Carter yang reddish tu je all the time..

















Pendek kata menonton movie John Carter ni feelnya cam menonton Upin Ipin sambil dengar lagu Najwa Latif. Ia tak membosankan cuma ia terlebih ceria. Hmmm

Polka Dots Skin

Semalam dalam berita kata seorang atlet bina badan negara ni diserang penyakit PSORIASIS. So dia refuse untuk mendapatkan rawatan di hospital sebaliknya cuba untuk mendapatkan rawatan tradisional di kampungnya. Dan dia kata lagi yang dia hanya akan kembali beraksi bila penyakitnya sembuh. Buat aku terfikir PSORIASIS=SEMBUH? Plus term 'diserang' make it seem like PSORIASIS ni sangat ganas dan jahat sunggoh. Hmmm..


If you're 22 and suddenly diagnosed with PSORIASIS, yap, the fact that you need to live with these polka dots skin for the rest of your life is a BIG disaster..

But if you're 27 and live with PSORIASIS for almost 27 years then you will realize that polka dots is the latest fashion statement. Hmmm..


























Btw si atlet juga sedang mendapat dana bagi meringankan bebannya sehingga membuatkan aku juga terdetik untuk memohon dana serupa tapi atas sumbangan apa ek? Aku x bagi apa-apa sumbangan pada Malaysia dan aku x support Ibrahim Ali.. Hmmm..

Wednesday, March 7, 2012

Saya Menjual Bayi

Aku x suka ngan idea orang-orang tertentu yang menjual kittens dengan harga yang agak tinggi. It seems like cam aktiviti menjual bayi manusia. Cuma ia datang dalam keadaan ia sekadar seekor kucing yang tak pandai berkata-kata. Just imagine kalau dia adalah manusia perempuan yang digunakan untuk mengandung dan setiap kali ia beranak so anak dia akan dijual dan mengandung lagi dan dijual lagi berulang-ulang kali.


Seolah-olah manusia cuba menjadikan manusia dan haiwan ni cam sama jer. Buktinya cam satu lagi ni. Pernah x korang tengok cara orang yang nak buang anak kucing? Diaorang letak dalam kotak dan letak kat satu tempat then blah tanpa rasa bersalah. Sama je kan cara orang buang bayi? Letak je kat mana-mana then blah tanpa rasa bersalah.






















Manusia..

Monday, March 5, 2012

Duit & Kerajaan

Bapak aku kata bahawa gaji yang dia terima hari ni ialah dari duit Barisan Nasional. Sama gak ngan duit rakyat 1Malaysia sebanyak RM500 tu pun ialah duit Barisan Nasional. So bapak aku kata lagi yang pembangkang mana pernah bagi duit sesen pun pada dia selama ni. Hmmmm..


Buat aku terfikir rerupanya selama ni aku salah. Mati-mati aku fikir selama ni yang duit gaji pekerja kerajaan, duit rakyat 1 Malaysia, perbelanjaan sambutan merdeka dan lain-lain sambutan or even gaji-gaji menteri malah gaji perdana menteri pun adalah duit rakyat.












Sama gak cam pemikiran kata yang berhormat-yang berhormat ni berkuasa tapi sebenarnya kita aka rakyat lah yang jauh lebih berkuasa. Kalau mereka berkuasa sangat then x kan ar mereka nak merayu-rayu, mintak maaf, kempen sana sini suruh kita undi mereka.
















Mostly kita tak sedar bahawa kita sebenarnya punya kuasa. Hmmm

Sunday, March 4, 2012

Fakta: Aku & Buku

Aku biasanya bawak beg tak kira beg sandang, beg silang or box bag ke mana-mana aku pergi sebab mostly aku malas nak memenuhkan poket seluar or nak menyusahkan tangan untuk bawak banyak barang. Dan di dalam beg tu plak barang wajib yang akan akan ada ialah kamera-kamera aku (include condom) dan jugak sebijik novel. Hmmm. 


1.
Setiap kali aku beli buku aku biasanya akan tak akan beli 1 buku sahaja. Sekurang-kurangnya aku akan beli 2  bijik buku dalam 1 masa. I dont know why. Dan selepas tamat baca buku pertama aku biasanya ada cooling period untuk menghadamkan kepuasan baca buku tu. Sebab kalau aku terus sambong buku kedua then kebiasaanya aku x akan habis baca buku tu. Hmmm..

2.
Aku x suka tulis nama or tarikh or what ever thing dalam novel yang aku beli. Bagi aku tindakan tu sangat cam menconteng keindahan buku tu. So mostly semua novel yang ada dalam bijik aku seem cam baru tanpa sebarang contengan or kerosakan kulit luar.

3.
Aku guna kaedah penanda buku untuk mark bahagian terakhir aku berhenti. Aku x suka certain orang yang suka melipat hujung kertas sebab ia merosakan buku tu jer. Dan dalam berpuluh-puluh buku dalam bilik aku tu accidentally korang akan terjumpa beberapa buku yang masih ada penanda buku pada muka surat tertentu that either mean buku tu membosankan or sangat membosankan. Yap, ada certain buku tu aku just berhenti di 10 muka surat terawal jer.

4.
Aku x suka pinjam novel orang. Kalau aku suka satu-satu novel tu then aku akan beli sendiri. Sebab bagi aku kepuasan novel ni bukan just pada membacanya jer tapi own it. Sebab kalau buku tu kita pinjam then kita terpaksa pulangkan bila dah habis baca. So kita x leh nak baca semula lagi next timenya tapi aku x ada habit baca buku 2nd time laa... Aku just baca buku tu sekali tu jer..

5.
Bagi aku menjadikan novel as a hadiah ialah satu tindakan yang sangat berani. Berani dalam ertikata: orang  tu sangat gembira sebab novel tu ialah dari author yang dia minat or buku tu buku yang dia minat dan x ada di pasaran tempatan atau hadiah tu x dapat nak dihayati sebab dia dah ada koleksi buku tu or dia x suka genre buku tu or etc. Sebab aku pernah dapat buku as a hadiah. 1 buku tu novel Bahasa Melayu yang jalan ceritanya rapuh dan bahasanya lemah and 2nd buku motivasi. But still aku hargai buku tu.

6. 
Aku x beli dan aku x baca buku motivasi. Sedangkan kem motivasi aku x percaya inikan plak motivasi datang dari buku. So bila aku dapat buku motivasi sebagai hadiah so it takes months aku peramkan buku tu before aku terdetik nak buka sehingga aku perasan rerupanya kat bahagian belakang tu ada ucapan yang ditulis leh si kawan ni untuk aku.

7.
Still novel terbaek bagi aku ialah The Ignored by Bentley little.

8.
Aku dah lama x beli novel Bahasa Melayu. Bertahun-tahun rasanya. Tapi kalau buku Indonesia yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu tu lain ar. 

9.
Aku x suka idea voucher RM200 diberikan kepada pelajar kolej/universiti. Walaupun matlamat asal adalah sangat mulia tapi aku x pernah lagi terserempak ngan mana-mana student kat kedai buku guna voucher tu untok beli bahan bacaan ilmiah. Sebaliknya mereka just beli novel, komik, majalah etc. Kan lebih baik kalau peruntukan digunakan untok memperbanyakan cetakan buku or mengurangkan harga buku sedia ada or mengalakan penghasilan buku-buku tempatan. But still kalau aku student dan diberikan voucher tu aku akan beli benda yang sama gak. Hmmm..

10.
Aku rasa minat baca buku ni aku ambik dari bapak aku kot. Sebab bapak aku punya koleksi bukunya sendiri cam Bulan dan Juga Angin, Tengelamnya Kapal Van Der Wijck etc. Dan emak aku kurang gemar aku habiskan duit membeli buku.












Hmmm..

Friday, March 2, 2012

Reason Sembahyang Jumaat

Aku ada 1 soalan yang berbunyi: Apakah sebab sebenar seseorang pergi ke masjid pada hari Jumaat?


a) Untuk merehatkan mata aka tidur
b) Untuk melihat seni reka dan struktur bangunan masjid
c) Untuk bertemu rakan sebaya di samping berkongsi maklumat terkini
d) Untuk mengenalpasti warna dan rekaan baju Melayu yang sesuai untuk raya nanti
e) Untuk mengisi masa lapang sebab masa rehat pada hari Jumaat sangat panjang












or aku rasa sebab utama orang pergi ke masjid pada hari Jumaat ialah sebab datok dia dulu pernah dan selalu pergi  masjid pada Hari Jumaat dan bapak dia pulak selalu suroh pergi masjid hari Jumaat masa kecik-kecik so dia pun perlu pergi masjid gak pada Hari Jumaat supaya dia boleh suroh anak cucu dia jugak untuk pergi ke masjid pada hari Jumaat sebagai satu rutin tipikal generasi lelaki Melayu dalam keluarga tu. Hmmm..


Sebab bagi aku most of orang yang pergi ke masjid hari Jumaat sebenarnya tak tahu kenapa dia perlu berbuat begitu.It seem ia dah ada dalam otak diaorang bahawa setiap kali Jumaat perlu pergi masjid sama cam dalam otak bebudak kecik dah set bahawa setiap hari Sabtu mesti tengok NTV7 start dari jam 7 malam sebab ada Shin Chan dan kemudian Doraemon.

Dibuktikan bila setiap minggu ada je jenis manusia yang datang then terus gi kat dinding or tiang-tiang dan tidur dan bila start sembahyang-mereka sembahyang dan balik or ada yang datang imam baca khutbah mereka tertoleh kiri kanan atas bawah tengok masjid, tengok orang lalu lalang jer or ada gak yang datang untuk berbual-bual luar masjid cam nothing happens inside masjid tu dan hanya masok bila dah nak sembahyang. Dan tak terkecuali mereka-mereka yang datang pada masa dah nak start sembahyang dan masa imam bagi salam then mereka terus blah. Pendek kata mereka ni jenis paling akhir datang dan paling awal balik. 

Jadi apa matlamat sembahyang Jumaat ni sebenarnya? Sekadar nak buang masa dan habiskan minyak kereta jer ker? Sama cam orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan tapi tak tahu sebab sebenar mereka perlu berpuasa. So as 1 bulan berakhir apa yang mereka dapat hanya lapar dan dahaga (dan kalau bernasib baik then berat badan bertambah) sahaja.. Rugi kan?













So apa jawapan korang? Please kata korang pilih D as jawapan.

Thursday, March 1, 2012

Mirage Dunia Mimpi

Mimpi adalah satu perkara yang pelik cam it seem like kita melihat diri kita berlakon dalam sebuah drama or filem yang dilakonkan sendiri oleh kita tapi kita tak mampu buat apa-apa pada lakonan kita tu. Hmmm...


Malam tadi (or specificallynya dah masuk waktu pagi ar aku baru tidor) aku mimpi aku berhutang ngan ALONG RM2000 (bukan abang sulong aku) dan aku terlupa nak bayar untuk tempoh 2 tahun dan suddenly dia datang dan mintak balik siap ngan interest berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah asal. So berlakulah adegan lari dan kejar mengejar dalam mimpi tu sehingga aku perasan: Duh, apsal set mimpi kali ni cam familiar. Yap, sebab aku pernah gak set yang sama dalam mimpi-mimpi yang bergenre lain previous ni. Fail..

Tapi aku tak pedulik sebab adrenalin aku semakin kuat bergoncang dan dialog dalam mimpi kali ni memang power dan aksi stund dia lain sangat sehingga aku rasa cam dah nak menanggis sangat sehingga alaram handphone aku berbunyik menandakan Suboh dah masok sekaligus sekali lagi aku tak tahu cam mana ending mimpi malam tadi sama seperti mimpi-mimpi yang lain gak. Hmmmm..


...


Kalau korang pernah layan INCEPTION then korang pasti akan bersetuju dengan beberapa fakta tentang mimpi yang dinyatakan oleh Christopher Nolan cam tentang mimpi ni kita tak tahu cam mana ia bermula dan bagaimana ia berakhir sebab kita kita hanya sedar ia dah berjalan dan suddenly kita berada dalam satu bab and miracally kita tahu apa dialog dan kehendak babak tu tanpa diarah sesiapa. 

Dan mimpi ni cam sangat singkat. Cam setengah jam jer rasanya sedangkan kita dah tidur lebih 6 jam. 





Aku tak tahu orang lain tapi bagi aku mimpi mostly kita just bertindak sebagai penonton. jer Kita tak mampu nak bertindak apa-apa dalam mimpi. Ia tak macam Impian Ilyana Sunsilk yang mana kita leh sms dan sms terbanyak akan decide apa yang Ilyana akan buat on next series (gosh, Ilyana dalam series ni memang ada masalah nak buat decision tahap nak mampos ker?). 

Aku pernah bermimpi 1 malam ni dan aku yakin yang aku cuba mengawal or cuba berfikir sendiri dalam mimpi tu bila part dalam mimpi aku dudok kat satu seat bawak iPad (yap, aku mampu memiliki iPad dalam mimpi jer) dan try nak google sesuatu. Situasi yang berlaku ialah bila aku accidentally terjumpa sorang pelakon ni tapi aku tak ingat nama dia. Sedangkan otak aku ingat nama filem yang dia pernah berlakon so aku try nak type Pontianak Tebing Biru tapi hasilnya aku tulis something like this:


ewrewttteeeeeawqadscc



Dalam mimpi tu sendiri aku hairan apsal aku x pandai nak eja or tulis. Then aku backspace dan try sekali lagi dan sekali lagi ia gagal. It seem otak tak mampu nak mengeja dalam mimpi. Hmmmm..






















 
Aku tak tahu cikgu korang tapi aku punya cikgu yang narrow minded yang berfikiran cam tolol sikit ngan kuarkan soalan-soalan or statement pelik bila membebel ngan pelajar cam: Saya tak faham apsal budak kecik kat negeri mat salleh kecik-kecik lagi dah pandai speaking omputeh or kalau awak nak pandai Inggeris awak kena mimpi dalam bahasa Inggeris. 


Aaar.., cikgu ni fikir mimpi cam tv ASTRO eh? Leh tukar bahasa..







Btw teringat 2 tahun lepas masa tidur ngan  3 orang rumate. Sorang ni sensitif sikit bab tidor dan aku plak kaki berdengkor dan bercakap dalam mimpi. So setiap pagi dia akan membebel kata "Aj, ko mimpi buat public speaking lagi ke malam tadi? Lancar je berucap dalam bahasa omputeh?"


Selamat bahasa omputeh dan bukan bahasa korea. Hmmm