Saturday, January 1, 2011

Rumusan 2010

Technically aku bukanlah seorang lelaki yang celebrate 1 January as a tahun baru sebab bagi aku ia sama sahaja cam hari-hari yang terdahulu dan hari-hari yang terkemudian: nothing much different. Tapi tahun baru aku hanya akan bermula a few day after that day. Then korang kehairanan ngan statment tersebut seraya bertanya "Apsal ko celebrate new year few day late? Ko ni ada fahaman idealogi SATANIC ker (frasa import dari blogger Muhammad), Aj?" Then aku tengok muka ko semacam sambil jawab dengan separa sedar "Suka hati aku r. Tahun baru aku then aku punya suka r..!!"


1. MUKADIMAH
So post kali ni (and may be few others in the future ni) sehingga tahun baru aku bermula aku akan cuba nak recap balik apa yang berlaku dalam episode aku pada 2010 yang lepas aka apa yang aku lihat, dengar dan belajar sepanjang tempoh tu.

Keseluruhannya jika 2010 ini digambarkan dalam bentuk graf garis then ia akan ada pola naik turun naik turun yang quite ketara dan ada part ia mendatar sahaja terutama pada penghujung tahun berbeza berbanding 2009 yang mostlynya grafnya naik ngan kadar tinggi (kecuali suku yang terawal r yang gila jatuh). Then korang pun start mempersoalkan balik "Apa yang Aj sedang mengarut tulis sekarang ni?".. Hmmm..


2. AZAM
Aku masih ingat khutbah Jumaat last2 year kalau tak silap bagitahu kenapa pentingnya tahun baru aka hari ni berbeza than a day before ialah sebab ia boleh jadi penanda aras untuk kita yang kita dah bertambah usia dan kalau kita tak berubah daripada sebelum ni then kita ialah orang yang rugi. Hmmm..

Azan tahun lepas walaupun tak berjaya sepenuhnya tapi aku rasa aku dah berjaya achieve sekitar more than 70% of it. Sebab aku masih lagi menipu dan mengata keburukan orang dari belakang mereka. Tapi sekurang-kurangnya ia dah berkurangan dengan besar. Bila aku teringat aku nak berubah then aku tahan jer dalam hati tak nak buat perkara tu.

So technically bila tahun baru ni start balik then aku akan proceed ngan azam yang sama untuk menjadikan ia berjaya. Hmmm..



3. KERJAYA
Pada tahun 2010 aku menambahkan rekod terbaru kerja aku apabila aku ada buat 3 pekerjaan yang berbeza dalam masa setahun menjadikan kerja sekarang ni ialah kerja yang ke-5 yang aku lakukan pada usia 25 tahun. 2 Government sector, 1 GLC sector dan 2 sector Swasta. Setiap persekitaran yang berbeza memberi impak mood yang berbeza tapi sejujurnya aku sangat mudah bosan ngan kerja rutin yang berulang. Kekadang everything dah seem okey tapi ada jer a bit part yang buat aku rasa that jons SUCKS.

Dan purata tempoh masa aku bertahan bekerja dalam sesebuah institusi sebelum decide untuk berhenti ialah selama 3 bulan sahaja. That mean pekerjaan ke-5 aku ni dah almost nak sampai tarikh tamat dan kebetulan on 6hb January ni kelak ada 1 interview dan aku harap aku akan berjaya sekaligus menambahkan koleksi pekerjaan aku untuk pekerjaan ke-6 pada usia 26 tahun. Hmmm..


4. RELATIONSHIP
Pertengahan 2010 aku banyak buat kawan baru. I dont know why aku jadi sangat MESRA ALAM dengan semua orang dan aku dengan mudah buat kawan ngan sesiapa sahaja. Berbaris masa beli nasi ayam pun aku dah boleh buat kawan ngan orang yang berada depan aku just cuma tak sempat tanya FACEBOOK add dia jer.

Dalam bab kawan plak ada kawan tahap biasa-biasa, ada yang leh masuk tahap berkualiti dan ada yang nampak cam berkualiti tapi sekadar hiasan pakej luaran jer. Dan aku selalu kena tegur oleh FIONA yang kata aku ni terlalu LURUS BENDUL dalam persahabatan. She rite. Aku sangat-sangat tak tahu membezakan dan tak pernah dapat membezakan which one is a real gold dan yang mana sekadar batu jalan yang dibungkus guna kertas logam emas pembalut coklat CADBURY.

Im not in any serious relationship ngan sesiapa gak pada 2010. Ada MODE ANGGAU gak pada few ladies tapi pada penghujung 2010 aku decide I dont want to be in any relationship sebab tindakan tu terlalu MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI.

+Plus aku dah kembali ngan tabiat lama iaitu suka cari pasal ngan kawan(s) aku sendiri. Hmmm...

5. FAITH
Ramadhan tahun ni aku leh kategorikan as bulan Puasa yang paling berjaya sejak aku mengelarkan diri aku as dewasa. Sebab ia banyak membawa perubahan besar kepada aktiviti semasa dan selepasnya. Before Ramadhan start lagi aku dah pasang niat tak nak hang-out pada waktu malam, semayang jangan tinggal, baca YAASIN lepas Maghrib dan baca Al-Quran sepanjang Ramadhan. Alhamdulillah ia berjaya dilaksanakan. dan berkesan juga sehingga tamat Ramadhan (walaupun setan dah dilepaskan balik and aku kekadang ternoda gak ole pujuk rayu setan yang gilaa manis dan menggoda-goda..)


6. HOPE
Perkara terakhir yang aku belajar sepanjang tahun 2010 dan aku nak kongsi ngan korang untuk korang fikir-fikirkan dan selamat beramal ialah: betapa pentingnya harapan perlu wujud dalam diri individu walaupun sebenarnya ia hanya harapan palsu. That why orang selalu jata jangan bersama orang yang tak ada harapan sebab ia akan beri effect negative pada diri korang.

Pernah tak ada sesiapa yang bagi janji-janji manis pada korang yang akhirnya buat korang melayang-layang diawangan hanya kerana kata-kata yang at the end dia sendiri tak pernah ingat pun yang dia pernah keluarkan statment tu dari mulut dia sendiri? Walaupun ia tak berlaku but still it better than dia terus terang kata something yang teruk dan buat korang putus harapan, bersedih sepanjang hidup kan?

Aku kini bekerja di contact centre yang kalau korang ada masalah dan korang hubungi 100 dan technically korang terima aku as penjawab masalah korang then korang akan sedar yang aku sebenarnya sedang memberi harapan palsu pada korang. Jika pemohonan korang dibatalkan, or streamys korang ada masalah and even banyak sangat pelanggan yang ada masalah besar yang dijawab oleh aku yang sepatutnya mereka jadi marah gila baboon then sejuk sebab words aku penuh harapan. Aku janji akan cuba selesaikan masalah mereka, janji hantar itu ini dan kemudian mereka sangat-sangat berterima kasih sebab aku tolong mereka. Sedangkan aku hanya bagi harapan kosong jer.

Berapa menunjukan in reallife harapan itu sangat perlu. Walaupun banyak events yang tak best berlaku in 2010 yang berpunca dari orang-orang yang bagi harapan yang the end mereka tak ingat pun janji mereka pada aku dan sangat marah tapi kemudian aku sedar ia adalah antara harapan yang mereka perlu bagi kepada orang lain supaya hari orang tu better





So korang semua, untuk tahun yang baru ini sentiasa jangan biarkan hidup korang kosong dengan harapan. Sentiasa letak harapan biar sekecil mana sekalipun. Letak harapan bahawa hari esok akan jadi jauh lebih baik daripada hari ini walaupun realitinya tidak..



















Selamat tahun baru..




Daripada Aku

4 comments:

Sophea Carissa said...

AJ!!! Boh lupak, me n asy meet you too in 2010..nice meeting u, fiona, n mie :D :D

Aj Abdullah said...

everyone memang akan sentiasa ada ruang dalam ingatan aku walaupun ingatan aku jenis berkapasiti rendah tapi deleting it bukan benda yang aku akan polah no matter what happen r. nilai memori ialah something yang sangat berharga yang x termampu dibayar dengan apa-apa harga pun.. ceewahh

Chyn said...

Suka beno ungkapan ko Aj!! (thumbs up)

Aj Abdullah said...

Im a liguist what... bermain dengan kata-kata...