Ada few moment yang buat aku rasa pelik tentang individu masa diaorang tengah upload status kat FACEBOOK. Aku selalu imagine cam manalah agaknya keadaan masa dia tengah menaip status-status tu. Antara situasi yang membuatkan aku penuh curiousity tahap leh membunuh kucing ialah cam berikut:
A. Berdoa di FACEBOOK
Korang pasti pernah baca status-status doa kat FACEBOOK cam "Yaa Tuhan, berikan aku kekuatan menghadapi ujian Mu ini" or "Syukur yaa Allah sebab bagi rezeki ni pada aku..". Dalam otak aku imagine mesti saat-saat ni diaorang tengah atas sejadah baru selesai solat. Yang ompuan siap masih ngan telekung lagi. Moment tu tangan sebelah diangkat untuk berdoa manakala tangan sebelah lak tengah taip smartphone or labtop diaorang ngan pantas. Hmmm..
Persoalan kedua aku ialah: Apa kewajaran berdoa di FACEBOOK? Adakah mereka yakin bahawa tuhan juga lebih moden nowaday so nanti tuhan akan check FACEBOOK diaorang then like ke? Or dia percaya bahawa FACEBOOK adalah perantaraan doa manusia dan tuhan? Or alasan paling logik lagi: biar nampak Islamic sikit kot. Kot kot leh jumpa bakal bapak emak mertua ker etc.
B. Sakit di FACEBOOK
Pernah terbaca status cam "Duh, pening kepala. Kalau leh rehat kat rumah kan bagus..?" Tu kira okey lagi. Pernah baca status orang nak bersalin kat FACEBOOK cam "Baru pecah ketumban. Baby dah nak keluar. Harap-harap semuanya okey.." Masalahnya yang tulis tu si emak yang nak beranak. Buat aku imagine si emak tu tengah berbaring dalam bilik bersalin dan doktor semua beberapa saat jer lagi tunggu si baby nak keluar tapi emak lak leh upload status guna smartphone yang sesekali diiiringi jerit sakit mengeran. Kalau nasih baik leh upload gambar kat Intagram lagi. Hmmm..
Persoalan kedua aku: Dia betul-betul sakit ker or sekadar jer boring-boring tak tau nak buat apa-apa. Sebab kalau aku sakit even pening kepala pun tak akan nya aku ada masa nak on computer or nak carik handphone kat mana. Aku just baring jer. Hmmm..
C. Persoalan di FACEBOOK
Korang pernah baca status cam "Gaji dah keluar, balik kerja ni nak gi mana ek?" or "Bukak puasa sunat hari ni nanti nak masak apa yaa?" Dalam otak aku imagine kalau dia girl then mesti dia sangat naive dan innocence tahap tak tahu nak decide then tangan di dagu ngan dahi berkerut sambil berfikir. Cam rancangan TV dulu tajuk Impian Ilyana yang setiap episode dia mesti nak tanya pendapat orang dan kita terpaksa sms untuk pastikan apa yang dia perlu buat. Hmmm..
Persoalan kedua aku: Kau bodoh ke apa? Benda simple cam tu pun nak tanya orang. Macam ar kalau orang tu bagi cadangan nanti kau akan terima gak cadangan tu? Plus sekalipun kau bodoh please ar jangan serlahkan kebodohkan kau tak tahu nak buat keputusan mudah tu kat FACEBOOK yang semua orang leh tahu. Or kau sekadar nak bagitahu yan kau ada duit dan kau buat amal ibadah? Hmmm..
D. Gambar makanan kat FACEBOOK
Satu ayat: JAKUN...!!!
Hmmmmm