Sunday, March 13, 2011

Wedding Season

Emak aku pernah kuarkan satu statement: ada 2 events yang akan mengumpulkan semua ahli keluarga iaitu- perkahwinan dan kematian. Tapi kali ni aku tak akan bercerita tentang kematian sebab it is cuti sekolah aka wedding season. Hari ni seperti yang digembar gemburkan aku sorang kawan aku akan kahween iaitu Puan Nurlaila dan Encik Zul Helmi. Hmmm


Pagi hujan agak lebat. Aku agak bimbang how the wedding will be. Tapi masa sampai sana walaupun hujan agak lebat tapi still ramai yang datang. Family aku pun ramai yang akan datang sebab aku dan Laila aka pengantin perempuan masih lagi saudara walaupun agak jauh. Plus walaupun kami 2 kampung yang berbeza tapi perjalanan dari rumah aku ke rumah dia tak sampai 10 minit pun. Sejujurnya ramai yang datang dan suasana sangat meriah.

Aku kenal Laila since dari form 1 dan form 3 dia sambung belajar di tempat lain tapi jumpa balik masa form 6 dan kemudian jumpa sekali lagi masa universiti. So kami agak rapat. We do a lot of stuff sama-sama. Lepak, jalan-jalan, kareoke, sambut birthday dan banyak lagi in a group of friend ni. So bila satu persatu kawan kahwen, ia agak terasa r. Dah tak boleh lepak sama-sama lagi cam dulu. Even dalam satu part ni tadi bila bapak Laila buat ucapan, ttiba ia keluar nada sedih dan almost mengalir gak air mata bapak dia bila nak melepaskan satu-satunya anak perempuan dia. Kami pun agak sedih bila keadaan dah tak macam dulu tapi happy bila kawan happy dan ada kehidupan baru yang jauh lebih best.

Masa wedding tu jugak jumpa ramai kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Ada kawan yang dah  kahwen yang aku tak tahu bila mereka kahwen. Ada kawan yang totally jadi cantik yang sangat berbeza masa sekolah dulu. Ada kawan yang dah tak kenal aku lagi (mungkin aku sangat tembam sekarang berbeza masa sekolah dulu). Ada junior yang dulu aku buli masa sekolah tapi sekarang dah ramah ngan aku. Dan ramai lagi r kenalan yang dijumpa.











Tapi paling aku tak lupa ialah wajah sorang tu. Dia junior. Aku tak akan boleh lupa apa yang aku pernah buat kat dia masa sekolah dulu. Tadi pun dia datang jugak. Aku tak terfikir yang dia akan tersenyum macam tu pada aku. It seems dia nak bagitahu: The past is the past dan hari ni ialah hari ni aka hari yang berbeza. Aku lega bila dia tersenyum macam tu..













Semoga Laila dan Zul Helmi akan bahagia sampai bila-bila..














Mode jeles bila kawan kahween.. Hmmm..

No comments: