Semalam baca news paper, tengok ada part tentang keputusan STPM yang dah keluar. Baca sepintas lalu then perasan something yang agak odd sikit. Baca lagi then aku tanya ALONG aku plak then aku baru sedar yang ia memang dah bertukar. Pada zaman ALONG aku ambik STPM dan zaman aku ambik STPM istilah yang digunakan ialah kertas Bahasa Melayu tapi sekarang dah jadi kertas Bahasa Malaysia. Hmmm..
Aku masih ingat satu diskusi antara beberapa orang ilmuan bahasa ni r. Definisi Bahasa Malaysia ialah bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di Malaysia. Jadi ia mewakili Bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia, Bahasa Cina (Mandarin dan etc) yang dituturkan oleh masyarakat Cina di Malaysia, Bahasa Tamil yang dituturkan masyarakat India di Malaysia dan bahasa-bahasa lain yang dituturkan oleh mana-mana masyarakat yang bermastautin tetap di Malaysia didefinisikan sebagai Bahasa Malaysia.
So aku bergurau r bagitahu ngan ALONG aku yang bbudak form 6 sekarang ni perlu belajar pelbagai bahasa yang ada di Malaysia plus sebab Malaysia hanya wujud 16 September 1963 then kajian mereka start sekitar tu je r.
Sebab seingat aku semasa form 6 aku dulu, kami pada zaman aku tu belajar Bahasa Melayu. Noktah.
Kami perlu belajar sejarah Bahasa Melayu ngan teori Henry Kerk, teori Gelombang, golongan Melayu Proto, golongan Melayu Neutro, Tatabahasa Dewan, Nik Saffiah Karim etc yang gosh the end of 2 tahun penyiksaan tu aku berjaya beroleh 1 A dan 1 B- menjadikan keseluruhan paper Bahasa Melayu STPM aku hanya B+ jer.
Cuma persoalan aku kenapa nak kena tukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia sedangkan kedua-duanya menjelaskan makna yang berbeza. Tak kan sebab sekarang ni semua nak guna 1 Malaysia, 1 Bangsa so ia pun terpaksa ditukar sekali. Atau bila guna istilah Melayu then ia mampu menimbulkan fahaman racism yang menentang idealogi 1 Malaysia ker? Dude, open your eye tengok r banyak persatuan, kelab-kelab dan parti politik yang pro kerajaan leh jer guna istilah Melayu ngan idealogi obses bangsa leh berdiri kukuh tapi bab ni kena tuduh racism ker?
Issue ni dah wujud since dari sekolah rendah dulu lagi. Ramai cikgu Bahasa Melayu yang bising: tahun ni guna istilah Bahasa Melayu, then tahun depan jadi Bahasa Malaysia dan tahun akan datang bertukar lagi. Dah sama cam dasar pengajaran Math and Science in English tu yang asyik bertukar-tukar jer. Hmmm...
Plus tentang Bible yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu then ramai r orang Melayu melenting tak tentu pasal. Dude, hanya kerana korang dudok Malaysia yang Melayu nya beragama Islam doesnt mean yang Melayu ialah Islam. Tengok kat Arab. Hanya sebab Islam datang dari Arab sana doesnt mean semua pak and mak arab tu beragama Islam. Agama Yahudi dan Nasrani (aka Kristian) pun asal dari Arab gak kan? Taurat and Injil (aka Bible) pun asalnya ditulis dalam tulisan Arab gak kan before ditukar ke Bahasa laen. Kesimpulannya bukan semua bangsa Melayu ni Islam. Banyak kat nusantara ni yang Melayu tapi agama lain. Bukan sebab mereka murtad tapi mereka memang bukan Islam dari since awal dulu lagi.
Untuk mengelakan korang terus melenting tak tentu pasal then biar aku set otak korang: jangan fikir Bible tu ditulis dalam Bahasa Melayu tapi dalam Bahasa Malaysia or lebih tepat lagi dalam Bahasa Indonesia. Sebab ia memang diimport dari sana kan? So ia lebih sarwajagat sikit r..
Then korang yang biol pun tanya penuh kehairanan "Tapi apsal semua nama pak and mak arab nama Iguna slam sedangkan mereka bukan Islam..?" So aku menjawab "Sebab ia bukan nama Islam tapi ia nama Arab, sayang.."
No comments:
Post a Comment