Ingat lagi masa tu, aku tengah bercuti sekolah pada tahun pertama form 6 dulu. Aku and parents aku bercuti di sebuah tempat dimana aku pernah membesar dahulu: SARIKEI. Bandar Sarikei adalah bandar yang kecil sahaja. It take beberapa jam sahaja korang dah boleh berjalan keselurhan bandar tu. So bila balik sana, kami pergi ke setiap tempat yang kami pernah lawati almost 10 tahun lepas. Dan antara lokasi tu ialah satu kedai makan ni.
Sebelum kami masuk kedai tu, bapak awal-awal warn kata yang isteri owner kedai ni sangat kedekut dan bermuka masam dan garang jer melayan tetamu. So aku argue r ngan bapak aku kata: manusia boleh berubah dan masa 10 tahun ni pasti akan merubah dia. Tapi bila kami masuk kedai tu then aku kalah. Perempuan tu masih lagi tak berubah.
...
Korang pasti pernah terjumpa kawan lama and suddenly dia kuar statement "Hei engkah dah jauh berubah r sekarang ni..!" dan korang mati-mati denying statement dia tu. Bagi korang, korang still orang yang sama as dia pernah kenal dahulu. Sedikitpun tak berubah. Tapi realitinya boleh ke korang nilai diri korang sendiri? Bukan ke ada wisdom word kata: seseorang manusia itu hanya boleh mengetahui bagaimana diri dia melalui pandangan sahabatnya sahaja. Sama cam who need a mirror if you do have a friend that can tell you how you do really look.
Tapi masa memang banyak merubah manusia kan?
Tadi ada seorang kawan call. Kawan sama belajar dulu. Dia datang ke Sarawak atas urusan kerja. There something dalam nada suaranya. Dia dah berubah. Hmmm...
Manusia perlu berubah kan?
No comments:
Post a Comment