Wednesday, March 23, 2011

Panadol

Puteri, my 5 years old niece ttiba panas badan. Telefon Angah, my sis aka her mother. So Angah balik terus dari office. Semuanya gara-gara si Puteri ni sangat susah nak makan ubat. Then bila Angah dah sampai so aktiviti biasa berlaku: jeritan dan tangisan nak masukan Panadol bbudak warna pink tu or ubat air yang manis tu ke dalam mulut budak perempuan ni. Aku sekadar tersenyum.. Hmmm...


Teringat waktu kecik-kecik dulu. Angah adalah satu-satunya anak yang paling susah nak makan ubat. Kadang-kadang perlu berkejar sana sini nak memaksanya makan ubat. Then dah besar sikit, aksi makan ubat pelik-pelik. Tutup hidung, donggak ke atas, muka masam etc. Sangat lawak bila mengenangkan apabila seorang gadis yang takut makan ubat dahulu membebel pada anak perempuannya yang takut makan ubat sekarang ni. Nampaknya si Puteri bukan sahaja mewarisi wajah dari emaknya sahaja tapi juga perwatakannya sekali.. Anak emak..


Tapi realitinya bukan mereka sahaja yang takut makan ubat tapi ramai lagi orang dewasa yang susah kipas mati nak telan ubat ni. Even kalau diberi racun sekalipun aku rasa ramai yang refer tlan racun dari telan ubat..


Teringat zaman universiti dulu aku ada 2 orang rumate (nama dirahsiakan r. Jaga air muka korang r)  yang sangat susah nak makan ubat. Demam or pening kepala teruk cam mana sekalipun jangan harap nak makan Panadol. Sesekali dengar alasan tak nak bahan kimia masuk dalam badan mungkin leh diterima tapi kalau dah banyak kali guna alasan yang sama, imun gak telinga nak dengar. So terpaksa r bukak 2 bijik Panadol, ambik segelas air dan tunggu.



Setengah jam kemudian: masih belum berganjak Padanol tu. So guna kuasa veto paksa masukkan ke dalam mulut.



Setengah jam kemudian lagi: tengok dalam mulut, Panadol tu masih lagi belum berganjak lagil. Betapa susahnya nak telan.



Bila dah telan sebijik then kali kedua tu akan ambil masa sejam lagi. Aku tengok plak yang rasa cam nak marah campur kasihan. Kita bukan lah nak memaksa dan Panadol tu pulak bukan 100% ubat yang mampu menyembuhkan tapi as kawan it hard untuk tengok kawan yang melarat and lebih refer untuk just baring dan mengharap there will be a miracle yang akan menyembuhkan mereka daripada berusaha menelan 2 biji Panadol diikuti air suam. Hmmmm...















May be it not fair to me untuk bandingkan mereka dan aku yang asyik-asyik pening kepala sikit telan Panadol, badan panas sikit telan Panadol, sakit tulang sikit telan Panadol, itu ini Panadol. Rasanya dalam badan aku dah penuh bahan kimia tak terlarut.. Dah ada kerajaan Panadol, Paracetamol, KK etc.. huhuhu

No comments: