Wednesday, March 9, 2011

Her Story

Orang selalu kata "Mata kau sama cam mata mak ko r" or "Ko tinggi (or pendek) sebab genetik sebelah bapak ko". Tapi pernah tak timbul dalam kepala hotak korang mempersoalkan perkara basic lain cam: dari siapa korang mewarisi bakat terpendam korang yang good in art or sport ker or sikap boros berbelanja, mulut cabul or seribu satu perangai korang tu sebenarnya genetik sari siapa? Basic isn it?


Or korang pernah mempersoalkan tak bagaimana kehidupan parents korang sewaktu mereka kanak-kanak, remaja dan dewasa dulu? Tentang zaman cinta pertama mereka, cita-cita mereka, hobi mereka pada masa lapang, kawan mereka, krisis yang pernah mereka hadapi, macam mana mereka di sekolah dahulu, macam mana pemakaian mereka etc. Sebab most parents sekarang hanya bertindak as parents sahaja. Even kalau mereka bercerita sekalipun, kita yakin banyak bahagian yang dah disunting dan yang diceritakan hanya bab-bab terbaek sahaja.

Hei, look at us hari ni. Imagine 20 or 30 tahun akan datang pada masa kita dah ada anak or cucu then tak kan r kita akan cerita 100% as apa yang berlaku pada masa remaja kita dulu pada mereka kan? Then hilang respect r mereka pada kit. Siap leh kuar dialog lagi "Kalau bapak/atok leh buat benda setan tu dulu masa muda-muda dia then kenapa kita tak boleh pulak? Lead by the leader r kan?" Then sendiri mahu jawab r.. Wakaka.


...


Aku bukanlah anak yang mewarisi ciri-ciri fizikal dari parents aku. There are no elders yang kata such muka aku cam parents aku (as mereka kata ALONG and UDA cam BAPAK masa muda or definitely muka ANGAH memang sebijik cam muka EMAK) but still aku penuh curious nak tahu macam mana parents aku pada usia aku dulu? 

As sorang penceramah ni pernah kata yang parents kita bising bila kita kuar layan gig or muzik-muzik zaman sekarang dan realitinya mereka pun buat perkara yang sama gak pada zaman mereka ngan muzik yang berbeza dan penampilan gig yang tak sama cam sekarang. Dan parents mereka aka atok nenek kita pun bising gak ngan mereka. So mereka sekadar but apa yang parents mereka buat pada mereka balik kepada kita. Hmmm...


So aku nak tahu sejauh mana benarnya kata penceramah tu or dia sekadar kaki temberang cam penceramah lain kat dalam tv mahupun yang berada di luar sana. Hmmm...


....


Aku sama gak cam majoriti korang yang hanya kenal parents as peranan emak dan bapak sahaja. Mungkin I do know more tentang bapak aku sebab bapak aku 'orang sini'. So aku pernah pergi beberapan kenduri saudara mara then bila lepak ngan orang-orang tua then mereka akan start cerita tentang bapak aku masa kanak-kanak dan awal remaja dulu. Yaa, it quite shock memandangkan encik bapak yang berada depan mata aku 26 tahun lepas as sorang yang garang rupanya ada cerita lain disebaliknya.

Then my aunt aku sendiri pun banyak gak cerita tentang bapak pada zaman remajanya. Siapa kekasih dia, dengan siapa bapak pernah bertunang before kahwen dengan emak dan banyak lagi. Selebihnya dari emak start zaman kenal, kahwen dan sekarang ni.


Berbeza dengan emak. Sebab emak asal dari Johor dan aku agak jarang balik sana. Bila balik sana pun kami akan bersama ahli keluarga sahaja dan masanya agak singkat. Aku mostlnya hanya tahu zaman kanak-kanak emak hanya melalui penceritaan emak sahaja. Selebihnya melalui gambar-gambar lama emak. Aku yakin each one of it ada ceritanya sendiri cuma emak sahaja yang tak nak cerita keseluruhannya.

Sehingga malam tadi ada satu telefon agak lewat. So siangnya emak hubunginya balik. Ia adalah kawan emak sewaktu zaman remajanya dulu. Sewaktu emak kerja kilang biskut yang kalau tak silap aku sekarang ia dah jadi area Plaza Angsana tu. Emak sangat happy sewaktu berbual dengan dia. Aku kenal dia melalui salah satu gambar emak. Gambar zaman rambut kembang. Wanita tu guna cermin mata besar dan sedikit juling. Sewaktu emak bercakap aku cuba dengar-dengar dan tersenyum gak. 



Tamat telefon tu emak cerita serba sedikit kenangan manis bersama kawan dia tu. 




Itu zaman remaja dia.







Moral value cerita kali ni ialah: semua orang akan melalui zaman remaja. Zaman di mana bukan semuanya terbaek. Zaman ketika kita akan menanggis tapi bila kenang balik ia akan buat kita ketawa kerana zaman itu menjadikan kita dewasa dan kuat seperti mana hari ini. Dont be a shame with it.

Second: kenal parents korang sebelum korang kehilangan mereka. 




TAMAT

3 comments:

MORIBAYU said...

Me ingat lagi.
sambil duduk di dapur,dibawah bintang terang.My mom,akan bercerita tentang kisah-kisah zaman muda beliau.
kami adik beradik,semua akan duduk di keliling.

Kisah beliau kerja di ladang.
Kisah beliau curik2 keluar malam..gie tgk wayang.
Dan 1002 cerita zaman 60an,yg mmg cukup klasik utk di filemkan...hohooh

Sayang.....semuanya sudah berlalu.

Aj Abdullah said...

Me, it sound so dramatik.. sebijik cam dalam drama ngan effect yang hmmm.. so boleh buat filem arahan yasmin ahmad.. bestnyer.. dapat imagine pulak

MORIBAYU said...

:-)