Sunday, March 20, 2011

Poser

Semalam tengah-tengah layan karenah si Puteri, my 5 years old princess yang tengah on the way nak tidur then kepala tertoleh ke arah rak buku. Then ambik satu buku. Tittle: STUMPS karya Shahnon Ahmad yang diterjemahkan ke English by Adibah Amin. Aku tak ingat bila tarikh sebenar aku beli buku ni. May be sekitar aku zaman form 6 dulu kot aka era aku sekali beli buku mesti banyak-banyak tapi mostlynya aku tak sempat nak baca semua. Salah satunya ialah buku ni yang terperap kat rak tu untuk beberapa tahun. Hmmm...


Membaca novel ni membuatkan aku teringat satu accident masa universiti dulu. Waktu tu aku jadi penceramah jemputan untuk satu kelas Penulisan Kreatif ni. Before sesi soal jawab aku bacakan r karya aku yang dipamerkan dalam satu majalah keluaran Dewan Bahasa ni r. Budak kelas tu sangat khusyuk dengar r then bila part soal jawab, these students tanya soalan yang agak serius gak r. Lastly pensyarah tu: Dr. Mawar Syafei buat ucapan penggulungan plak. Betapa dia bangga kat aku dan kata idea dan gaya aku cam penulis era eksperimenal sorang tu.Then dia tanya aku satu soalan bonus: siapa penulis idola anda? Jawapan aku: Shahnon Ahmad. 

Deng deng deng...


Dia kata patut r dia syak yang penulisan aku cam gaya penulisan Shahnon Ahmad. Im a POSER. Bukan nak kata aku ni peniru aka copycat habis gaya Shahnon Ahmad tapi sebab aku dah terbiasa baca karya Shahnon Ahmad, suka penulisan Shahnon Ahmad then bila aku menulis then sedikit sebanyak apa yang aku pernah baca dulu akan terikut sekali dalam gaya penulisan aku. Korang paham?

Korang pasti ada idola sendiri kan in what ever bidang sekalipun. Contoh kalau korang kaki bola then korang fanatik ngan Christiano Ronaldo then korang asyik tengok dia maen then bila korang sendiri main bola sedikit sebanyak korang akan terbawa-bawa lari cam Christiano Ronaldo, sepak bola cam Christiano Ronaldo. Even in what bidang sekalipun, korang mungkin tak akan perasan melainkan ada yang buat teguran. Korang pakai pakaian cam that person, korang ambik gambar cam gaya that photographer, korang edit gambar cam that grapher editer, korang melukis cam that artist. It normal.

Jadi POSER ni bukannya teruk pun. Cuma korang masih belum ada gaya korang sendiri jer. As sorang pensyarah penulisan ni pernah bagitahu aku: start lah menulis dalam apa-apa genre tak kira picisan sekalipun. Just tulis semua genre tu sebab lama-lama nanti korang akan jumpa what genre yang paling sesuai ngan orang dan kemudian korang akan cipta gaya korang sendiri.









A year before aku jadi penceramah jemputan tu, seorang penulis pernah jadi penceramah jemputan kelas tu gak. Dia seorang penulis yang agak ada nama besar gak dalam penulisan di Malaysia ni. Dan dia tak ada pengalaman menulis before. Dia tak pernah ikut mana-mana kelas penulisan, dia tak pernah geng mana-mana penulis hebat  dan dia tak minat membaca sebab dia ialah seorang NURSE. Dia jadi nurse pada usia yang muda. Dunia dia hanya hospital jer. Then satu hari pada usia 30 something dia start nak menulis apa yang dia lihat, dengar, lalui sepanjang hari di hospital. Dia hantar karya tu then ia bernilai tinggi. That r not POSER. She is karya asli.


Im saying that ialah sebab dia tak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar sikit pun. Dia sekadar menulis sahaja tanpa tahu macam mana nak menulis, apa yang tak boleh buat, apa yang perlu buat. Dia tak tahu sikitpun tentang peraturan tu.Waktu tu kalau korang dia dia bercakap then korang sangat yakin yang dia asli sangat.

Tengok pada diri kita sekarang ni r. Kita always ada mentor untuk kata mesti buat macam tu baru bagus, jangan buat macam ni, dia ialah contoh terbaek dalam bidang ni etc membuatkan kita cam ada garis panduan iaitu nak jadi terbaek cam si anu or si anu ialah standard berjaya so menjadikan kita POSER sangat-sangat nak jadi cam mereka. Aka contoh lain: Siti Nurhaliza ialah penyanyi yang hebat ngan gaya dia sendiri. Masih ingat era ketika zaman kegemilangan Siti Nurhaliza awal-awal dulu? Ramai sangat yang nak jadi Siti Nurhaliza ngan gaya budak baek, suara lenggok Siti, fashion cam Siti tapi di mana mereka sekarang ni? Sebab Malaysia hanya perlukan sorang sahaja Siti Nurhaliza. Kalau ada banyak Siti Nurhaliza then apa keistimewaannya? Kan?















Akher kata just buatlah apa sahaja yang korang nak. Contoh cam sekarang ni asyik semua orang nak ada DSLR sendiri. Buat gantung di leher sepanjang masa. We know most of them just mangsa trend and we know most of them r POSER tapi REALITInya ada antara mereka yang temui apa bakat sebenar mereka yang tersembunyi. selama ni. That apa moral value aku hari ni: it doesnt matter kita jadi POSER sebab antara banyak perkara yang kita cuba then mungkin salah satunya akan menjadikan kita PRO in it. Kan?

Dan untuk DSLR sekalian, you dont need a teacher to tell you apa gambar yang bagus dan apa kreteria gambar tak bagus, perlu tekan itu ini untuk kualiti baek, perlu barang itu ini untuk effect terbaek, posting sana sini. Why dont korang  pedulikan semua peraturan tu. Just snap a shoot. Korang akan jadi berbeza... Hmmm...

















Nampak sangat aku ni anti DSLR kan? Wakaka

No comments: