Friday, March 4, 2011

Kotak Seribu Ingatan

Aku ada satu hobi yang aku sendiri tak pasti either nak takrifkan ia didalam kategori berfaedah or tak: aku suka kumpol barang yang mostlynya tak bernilai dari segi wang ringgit aka Im a collector. I used to have banyak kotak kasut dalam bilik aku yang setiap satu ada banyak junk such as resit barang, tiket bas, tiket wayang, kad phone, gifts, cd's, brochures, gambar, mainan, botol kaca, sabun hotel dan banyak lagi. Tapi last year aku buang most of it sebab aku tak nak life in the past sebab each of it akan bawak banyak sangat kenangan: seribu satu ingatan. Tapi percayalah yang aku akan kekal simpan certain kenangan yang aku tak nak ia hilang sedetikpun dari sejarah hidup aku. Hmmm..


Semalam aku beli that kamera. So after urus certain thing aku nak simpan kotak kamera tu. Pegi satu kabinet kecil dan tengok banyak gak gadjet yang aku pernah miliki. So aku nak share it with you guys about the stuff and story behind it.


A. HANDPHONE
1. NOKIA 3315
This is my first handphone. Aku yakin ramai antara korang yang pernah miliki sebijik benda cam ni (or the 3310) bukan sahaja dulu tapi even sekarang. Zaman dulu dah kira mewah r ada benda sebijik ni. As ISYRAF, my university roomate pernah kata: this creation adalah yang paling unik dan terbaek yang NOKIA pernah hasilkan dan sentiasa berfungsi jauh lebih baik daripada mana-mana handphone yang canggih manggih as sekarang ni.

This phone ialah hadiah untuk SPM aku dan kebetulan aku akan sambung STPM dan bawak motorsikal so ia adalah keperluan. Pernah kena tangkap sebab bawak ke sekolah. Tapi aku tak lama pakai handphone ni. Sekitar 2 tahun jer. Kemudian ia ditukar milik kepada bapak aku dan kemudian beberapa tahun ia hilang. Hmmm..



2. MOTOROLA C650
This is my second handphone. Beli dari gaji kerja pertama or lebih specifiknya gaji terakhir kerja pertama. Waktu tu aku dan ZUL, kawan sekerja merangkap uncle aku baru jer tamat kontrak kerja as Pembantu Perpustakaan di Pustaka Negeri Sarawak. So kami pilih satu hari untuk survey dan kemudian beli handphone yang sama. Kalau tak silap aku harga dia either RM500 or RM700 cam tu.

Handphone ni pun tak guna lama sangat. Sekitar 2 tahun gak. Nakk buat cam ner, tangan aku ni memang dajal. Susah nak pastikan benda okey jer. Dia punya joystick tanggal tapi handphone ni masih lagi aku simpan sampai sekarang as kenangan. Hmmm..



3. NOKIA 5200
Express music. Wakaka. Handphone ketiga aku. Beli pada tahun 3 semester pertama. Waktu tu aku dudok luar universiti dan satu hari tu masa nak pergi pertandingan teater muzikal untuk Pesta Konvo then handphone baru ni terus mencium tar jalan raya apabila terkeluar dari poket seluar aku. Memang each of my gadjet perlu jadi tough sebab aku die hard user. Hmmm..

Aku sangat suka handphone ni sebab gabungan colour ia yang sangat cool. Dan sekali lagi aku hanya guna handphone ni sekitar 2 tahun gak sebab dia selalu terjatuh dari tangan aku dan skrinnya langsung tak nampak apa-apa. Tapi still dalam simpanan.


4. NOKIA 6085
Dont wanna talk much about this handphone. Ia adalah kesalahan yang terpaksa aku tanggung  dan terpaksa aku guna sehingga hari ni. Reka bentuk tak best. Color hitam. Fungsi kurang. Sebab apa aku kata kesalahan? Hmmm.. Tak nak cerita r. Buat malu diri sendiri jer. Hmmm..




B. KAMERA
1. KODAK EASY SHARE C643
Kamera pertama aku dibeli pada tahun 2 universiti. Aku beli few day before pertandingan teater muzikal Pesta Konvo tahun 2 tapi aku tak ambik satu gambar pun pada event malam tu. Pelik. Aku beli kamera ni kat LOW YAT PLAZA. Minah Chinese tu ttiba leh nak berkenalan ngan aku pulak dan abang dia kuar statement kata adik dia puji aku cute. Entah betul entah tidak. 

Tapi sejujornya effect kamera pertama memang besar buat aku r plus jenama KODAK pulak memang kualiti dia memang sangat hebat dan user friendly. Cuma promosi untuk jenama ni kurang dan rekabentuk dia tak menarik r.



2. CANON POWERSHOT E1
Selepas beberapa hari kamera KODAK aku disahkan mati then aku terus survey dan beli kamera ni. Satu sebab aku pilih kamera ni ialah ia nampak cantik sangat. DAMN isn it? Aku tak tengok kualiti gambar or what ever. Tengok cantik jer terus kuarkan duit dan bayar. Kedian balik rumah baru terfikir apakah fungsinya disebalik wajah cantik tu.

Beli kamera ni pada masa ambik course SAFETY AND HEALTH NIOSH. And kamera ni pun banyak jasa. Everyone know me as camera guy sebab aku bawak kamera dan ambik gambar kat mana-mana sahaja. Banyak memori r kamera ni. And masa internet dan komputer buat hal, aku dah jadikan kamera ni GAY look a like ngan lukisan acrylic.. wakaka



3. CANON POWERSHOT A480
Baru beli semalam. Still belum ada komen lagi. Hmmm














Sebenarnya banyak lagi gadjet yang pernah aku beli yg malas aku nak share and upload. Hmmm.. Memang dasar pemalas... Wakaka

No comments: