Tuesday, March 29, 2011

Pencil Mechanical

Aku ada satu bad habit di mana in certain events aku tak suka ditegur atas apa yang aku buat. Contoh utama ialah ketika aku berkarya suddenly ada yang berani tegur kata "Aj, ko kena buat itu ini, tambah itu ini, padam itu ini untuk pastikan lukisan ko cantik". Aku akan sedaya upaya fikir positif. Tapi dalam hati aku cuba nak tanya dia "What if kalu ko tegur Leornardo Da Vinci untuk perbaiki lukisan Mona Lisa dia supaya jadikan rambut si Mona Lisa cam Nora Danish sebab dahi Mona Lisa tak cantik" Aku pasti kalu waktu tu dia ada pistol dah lama ko mati. How dare of you mempersoalkan karya seseorang. Hmmmm...

 (cam kenal tak Me? Hmmm)

Aku sering berhadapan dengan masyarakat yang suka memandang rendah kepada orang yang tak ada pelajaran formal or gadjet hebat cam aku bila berkarya. Dulu ada sorang mamat tu claims pernah belajar dari sorang pelukis hebat ni dan dia pulak kemudian claims mengajar orang lain in berkarya dan tanya aku ngan senyuman sinis Oh What The Fuck aku masih ingat lagi masa tu dan dia tanya aku "Aj, ko melukis guna medium apa?"

So aku jawab r ngan ikhlas "Pencil tekan (aka pencil mechanical) jer.."

Maka dia pun ketawa kecil r sambil berkata "Mana boleh melukis guna pencil tu. Kena r guna ...... (yang sebijik aku tak pernah dengar sekalipun masa tu)" Aku pun iya kan je r. Al maklum aku ni mana pernah belajar melukis so medium-medium ni aku memang tak tahu r. Aku cuma pegang pencil dan lukis kat kertas jer. Itupun paper Pendidikan Seni SPM dulu dapat C jer.. huhuhu

Cuma masalah ngan mamat ni or whose ever yang pernah kuarkan statement sama pasti akan ada masalah bila kita nak tengok karya dia. Lupa bawak, tak ada masa nak tunjuk dan seribu alasan lagi. Biasa r untuk orang yang banyak mulut standardnya hanya mulut jer besar tapi realitinya kosong. 




















As aku kata: aku cuma pegang mechanical pencil yang ada masa perlu loadkan 2B refill dan kemudian aku start menconteng pada kertas putih. Entah cam mana contengan aku tu membentuk something: jadi muka orang, jadi pemandangan, jadi objek etc. Dan kemudian ada yang request upah lukis muka mereka dan melalui hasil pendapatan tak seberapa tu aku dapat duit yang aku leh guna enjoyed dunia aku. Dan lebih hebat ia menjadikan aku gembira each time aku tengok karya aku tu.







Dan aku still tak pandai melukis one thing yang aku tak nampak and aku still tak pandai mewarna (walaupun aku enjoy menconteng guna acrylic).








































Hari ni tadi aku first time melukis guna pencil batang kayu 6B. Hasilnya? Bukan kat atas ni.. Hmmmm...

Monday, March 28, 2011

Tudong

Ada satu hari tu aku gi hantar emak aku gu satu kenduri kahwin kat area kampung aku ni. Then on the way kami terlimpas sorang mak cik pakai tudung ngan baju kurung ni. Both aku dan emak aku tak kenal dia siapa. Tak mungkin outsider kot. Last-last bila balik kenduri emak aku bagitahu perempuan tu ialah nenek kawan aku: kawan iban aku yang beragama Kristian. Hairan gak kenapa dia pakai tudung. Jawapan dia: tudung are today trend. Hmmm...


Tudung used to be satu era orang kata: fikiran kolot, kampung, tak dapat cari rezeki, maniac agama, anti sosial etc. Ingat lagi era early 90's bukan main susah nak tengok selebriti pakai tudung. Bila ada pembaca berita TV3 pakai tudung masa baca berita then semua orang jadikannya issue. Sama gak bila Wardina Safiah choose to pakai tudung, ia jadi fenomena besar tapi tak lama lepas tu wujud plak era tudung Wardina, tudung Wahida, tudung Ekin, tudung angkasawan (haa?) etc yang stail ada yang sejuk mata memandang dan ada jugak yang berbelit mata memandang.

As time goes by most everywhere we go most Malay girl akan pakai tudung. Nak tak nak kita kena akui yang ia memang trend yang sedikit sebanyak ada bawak faedah kepada si pemakai. Cuma yang tak bestnya ialah ada yang pakai tudung tanpa tahu kenapa dia perlu pakai tudung. So akibatnya ada yang pakai tudung tapi guna singlet dan mini short, ada yang pakai tudung tapi 'puncak lurah dendam' nampak sebab nak tunjuk rantai emas yang tebal, ada yang pakai tudung- kulit badan memang tak nampak tapi baju ketat yang membuatkan bentuk badan memang sebijik cam undress sedikitpun dan etc lagi.

So as lelaki aku imagine apa agaknya sebab perempuan bertudung sekarang ni:

a) Sebab dah jadi isteri orang.
b) Sebab umur dah lanjut. 
c) Sebab bentuk muka nampak lebih kurus guna tudung
d) Sebab pulang dari Haji or Umrah
e) Sebab mimpi suroh pakai tudung
f) Sebab bad hair day all day
g) Sebab faktor pekerjaan yang bila pakai tudung nampak profesional
h) Sebab banyak tudung kat pasaran then kalu tak beli siapa lagi yang nak beli..
i) ....

















Aku no komen...

Sunday, March 27, 2011

Saturday Night Life

Soalan: Adakah korang individu yang berbeza sewaktu dalam rumah bersama keluarga dan di luar rumah bersama kawan-kawan?
a) 100% sama. Buat apa nak jadi individu yang berbeza sebab orang harus terima kita seadanya what.
b) 50-50. Individu yang berjaya ialah mereka yang mampu berubah ikut kesesuaian masa, tempat dan khalayak masyarakat di sekitarnya.
c) 100% berbeza. Di rumah anda ialah seorang SAINT tapi apabila di luar rumah anda ialah anak SETAN. Hmmm...


Pernah tak parents korang membebel membandingkan korang either dengan anak jiran, anak kekawan mereka or whose ever yang sebaya korang. Mereka bandingkan ngan sikap baik, ringan tulang, ramah, soleh, rajin, dan seribu satu puji-pujian lagi r. Tapi realitinya korang tahu yang budak tu tak lah sebaik seperti yang dilihat oleh warga mak cik-pak cik area korang tu. Dia sebenarnya tahap 'Hell Boy' yang tanduk dan ekor dia cuma dia dan kkawan seangkatan dia sahaja r yang tahu. Hmmm...

Teringat zaman sekolah dulu sehingga sekarang ni, parents aku selalu sangat bandingkan aku ngan cousin aku. Kenapa aku tak as serajin dia dalam kerja rumah, tolong parents sekitar rumah, ramah as dia ngan jiran tetangga, rajin gi surau, berpakaian kemas, kerja gigih etc. Aku ni plak pemalas, anti sosial, nak pergi surau kampung setahun sekali pun susah, asyik keluar malam balik pagi, perokok, kerja asik berhenti etc lagi. Dan entah kenapa since dari dulu sampai sekarang ni aku sangat tak boleh menerima diri diperbandingkan ngan orang lain. It seems like aku kena jadi cam orang lain untuk diterima as part of the group.

Tindakan biasa aku just masuk bilik and buat-buat pekak telinga (sebab zaman tu masih belum ada komputer dan porn lagi untuk tutup telinga). Teringin jer aku nak sound balik kat parents aku: Mak-bapak, cousin aku tu aka nephew kesayangan tu hilang teruna masa darjah enam lagi, dia having a seks with almost every single guy kat sekolah dulu, waktu kerja sekarang ni dia did that did this and you still proud of himnow?

Tapi aku tak akan bising pada sesiapa pun. Sebab kami memang dah kamceng so no way kami akan pecah tembelang masing-masing. Biarlah si cousin ni terus jadi idola dalam keluarga kami. Sebab some where some how biarlah ada seorang yang akan jadi icon cam baek dalam family. Dan aku tak nak jadi benda icon buduh tu. Im most refer untuk kekal jadi black sheep in the family jer.. 












Situasi kedua: Pernah tak korang curi dengar parents korang tengah gossiping ngan jjiran tetangga or saudara mara then ttiba korang dengar parents korang sangat mati-mati puji korang. Mereka bandingkan korang ngan ramaja seangkatan. Betapa korang sangat soleh, tak terpengaruh ngan anasir jahat kat luar, patuh perintah mak bapak, perintah agama etc.







Membuatkan korang ketawa sesorang. Betapa korang sangat bersyukur sebab parents korang tak tahu apa aktiviti harian sebenar korang kat luar sana.. Hmmm..















Persoalan di sini: Sejauh mana parents korang benar-benar kenal siapa korang? Aku pernah tengok zaman universiti dulu ada sorang budak yang suddenly pakai kopiah dan sarung sebab waktu tu parents tengah melawat dia. Then bila kereta parents dia dah hilang dari pandangan terus jer kopiah terbang dan sarung tu bertukar boxer as usual. 

Aku tertanya-tanya: kenapa dia perlu jadi someone else bila berdepan ngan parents dia? Sebab takut tak dapat wang saku ker? Or sebab before ni dia under control parents dia dan tak diberi kebesasan memilih. Sebab aku ada gak kenalan yang everything about him ditentukan oleh parents dia start dari underwear, baju, seluar sehingga pilihan masa depan dia pun parent dia yang buat. Hmmm..


Aku rasakan aku tak pernah jadi somebody else bila bersama parents aku. Cuma I dont share certain stuff or ask for advice cam my sis or bro pada parents aku. I dont say shit thing yang aku cakap ngan kekawan. Dan selebihnya aku ialah aku yang parents aku lihat bukan as kriteria yang mereka leh labelkan as good kid for them. Nak buat cam ner. Im refer to be the real me daripada jadi plastik yang pijak semut pun tak mati depan mereka tapi belakang mereka pijak gajak plak mati..




















Pengajaran di sini: jangan jadi orang lain semata-mata nak jadi orang.

Saturday, March 26, 2011

Diakah Cinta?

Aku yakin aku tahu tentang rasa perasaan ini. Aku tak mampu menolaknya. Ia adalah anugerah dari tuhan. Aku tak mampu menolak dirinya. Kerana dia juga adalah anugerah dari tuhan. Cuma aku tak berani untuk jatuh cinta. Aku tak berani untuk jatuh cinta dengannya.


Dia ialah cinta seperti mana istilah cinta yang aku gambarkan. Tutur katanya. Peribadinya. Hatinya. Senyumannya. Dia. 





















Dia kah cinta?












Hmmmm...

Friday, March 25, 2011

Living In Kuching

Sewaktu belajar di universiti dahulu, anatara soalan lazim yang sering ditanya oleh some pelajar intelektual dari Semenanjung kepada pelajar Sabah and Sarawak ialah: Macam mana korang hidup di sana? It is hard to live in a cave, atas pokok, pakai cawat everyday and worst ada yang tanya kalu berak perlu gali lubang dulu ker? These soalan membuatkan banyak kkawan dari Sabah dan Sarawak agak bengang. It seems Sabah and Sarawak bukan Malaysia dan sebaliknya cam Papua New Gunea, Afrika or what ever yg manusia bertamadun tinggal. Hmmm..


As a Sarawakian aka specifically warga Kuching yang most half of my life dudok di Kuching antara perkara realistik yang boleh diperbandingkan dengan bandar besar cam Kuala Lumpur ialah cam kurangnya pilihan untuk shopping, harga majalah and other certain thing yang dibezakan, lack and public transport yang agak mahal, less entertainment, less nightlife activities, fast food kurang pilihan dan pelbagai lagi. 

Dan sebagai wargenegara Malaysia ada 2 buah negeri sahaja yang aku belum lagi jejakkan kaki aku: Perak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Yang selebihnya walaupun tak pergi ke setiap pelusuk tempat tapi bandar utama dan certain bandar-bandar kecil lain dah aku masuk. Dan sejujurnya ada tempat yang jauh lebih kekurangan daripada bandar Kuching.

May be Kuching are not as great as Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang tapi Kuching are still the best. Di sini tak ada jam, kadar kemalangan rendah, kadar jenayah rendah, kos sara hidup sederhana rendah, makanan tak pernah kurang, no riot, kurang bencana alam, tak ada demonstasi sana-sini, penduduk hidup harmoni dan pelbagai lagi.



As several friends dari Semenanjung datang bercuti sini kata: kehidupan di Kuching tak perlu berebut-rebut,  tak ada sesiapa yang bergesa-gesa nak buat apa-apa perkara, everything sangat calm, dan kalau kita tarik nafas di tengah bandar then kita still leh hidu udara segarnya lagi.












Aku bukan masuk bakul angkat sendiri cuma tak nak melihat grass at the other fence greener than grass on my site jer.












Sini tanah tumpah darah aku aka aku selalu terjatuh dan berdarah.. Wakaka...

SPM

Semalam ada sorang kawan lepak kat rumah aku. Cakap-cakap r cam biasa and suddenly emak aku muncul tanya result adik dia yang ambik SPM last year. Jawapan kawan aku as abang dia tentang keputusan adik dia "Dia rahsiakan r..!!" Ketawa. Aku pun ketawa gak. Jawapan standard untuk keputusan: FAIL dalam SPM. Hmmm..


Aku agak malas belajar dari form 4. Aku pun tak tahu kenapa. May be sebab dah perah otak banyak sangat untok paper PMR selama 3 tahun then after dapat result it seems cam nothing BIGBANG happen. Terpaksa sambung belajar 2 tahun lagi untuk SPM. Then after that what will happen? Sambung belajar untuk SPTM dan seterusnya? That what happen kepada masyarakat yang dudok di negara yang life based on exam jer. Parents nak keputusan anak terbaek dalam ezam, students habiskan zaman remaja untuk gred terbaik exam and then what?

So form 4 aku dah tak fokus pada pengajaran cikgu sangat. Aku sangat suka math tapi math aku dah tungang langgang. Aku most refer dudok belakang kelas ngan kawan-kawan yang sekepala keras. Balik rumah just layan TV dan ulangkali hanya last minit aka malam before esok exam jer. Bila exam buat slumber jer dan ada masa bagi kkawan kiri kanan depan belakang jawapan exam tu. Then bila dah serah balik paper dapat markah A or B jer mostly so akan dapat tempat pertama antara 4 buah kelas. Cuma sesekali jer akan dapat tempat kedua. Then akhir tahun akan terima banyak hadiah. 




Membuatkan aku terfikir: bagaimana otak aku berfungsi ni?






Form 5 best lagi. Aku terlibat dalam 2 kemalangan. Al maklum baru dapat kebebasan lesen memandu motorsikal so setiap masa nak keluar selagi ada motosikal kat rumah. Accident pertama aku 2 minggu tak bersekolah. Then beberapa minggu after that aku kemalangan kali kedua lagi. Dan kali ni lebih 2 bulan aku tak bersekolah. Aku tak ambik ujian percubaan SPM pun. Dan banyak sangat bab dalam each subjek yang aku ketinggalan dan aku tak sempat nak recover pun. Masuk balik sekolah kurang 2 minggu dan 4 hari before first paper, simen kat tangan kanan aku baru dipecahkan. Itupun doktor tak suroh sebab retak kat pergelangan tangan aku belom semboh sepenuhnya.

So akibatnya aku tak mampu menulis untuk lebih 30 minit (sehingga sekarang) mengakibatkan penolong kanan waktu tu jumpa aku personally advice suroh aku tunda paper SPM aku ke tahun akan datang. Naya aku pilih tak nak.

Berbekalkan tangan yang tak mampu menulis lebih 30 minit, banyak subjek aku tak belajar dan otak yang sembab sebab 2 bulan tak masuk ilmu (tak termasuk berat badan bertmabah lebih 20 kg aka berat aku sekarang ni) aku ambik gak SPM tahun tu..








Result dia: aku pelajar kedua terbaik result SPM di sekolah tu tahun tu.



















Membuatkan aku berfikir: cam mana otak aku berfungsi ni?













Kesimpulan dari cerita ni: SPM is nothing. It make me what Im today. Sedangkan kkawan aku yang result SPM tak seberapa sekarang dah ada 2 buah kereta, ada rumah sendiri etc. Dan korang sendiri pun tahu kan yang ramai jutawan di Malaysia or dunia kebanyakan mereka fail pelajaran mereka. Sebab life is not about exam 100%. So kalau korang gagal SPM kali ni, percayalah dunia ni masih lagi tak gelap sepenuhnya. Jelajahlah dunia ni sepenuhnya... Hmmmm...

Thursday, March 24, 2011

Bagaimana Manusia Berubah?

Ingat lagi masa tu, aku tengah bercuti sekolah pada tahun pertama form 6 dulu. Aku and parents aku bercuti di sebuah tempat dimana aku pernah membesar dahulu: SARIKEI. Bandar Sarikei adalah bandar yang kecil sahaja. It take beberapa jam sahaja korang dah boleh berjalan keselurhan bandar tu. So bila balik sana, kami pergi ke setiap tempat yang kami pernah lawati almost 10 tahun lepas. Dan antara lokasi tu ialah satu kedai makan ni.


Sebelum kami masuk kedai tu, bapak awal-awal warn kata yang isteri owner kedai ni sangat kedekut dan bermuka masam dan garang jer melayan tetamu. So aku argue r ngan bapak aku  kata: manusia boleh berubah dan masa 10 tahun ni pasti akan merubah dia. Tapi bila kami masuk kedai tu then aku kalah. Perempuan tu masih lagi tak berubah.

...

Korang pasti pernah terjumpa kawan lama and suddenly dia kuar statement "Hei engkah dah jauh berubah r sekarang ni..!" dan korang mati-mati denying statement dia tu. Bagi korang, korang still orang yang sama as dia pernah kenal dahulu. Sedikitpun tak berubah. Tapi realitinya boleh ke korang nilai diri korang sendiri? Bukan ke ada wisdom word kata: seseorang manusia itu hanya boleh mengetahui bagaimana diri dia melalui pandangan sahabatnya sahaja. Sama cam who need a mirror if you do have a friend that can tell you how you do really look.








Tapi masa memang banyak merubah manusia kan?



















Tadi ada seorang kawan call. Kawan sama belajar dulu. Dia datang ke Sarawak atas urusan kerja. There something dalam nada suaranya. Dia dah berubah. Hmmm...



















Manusia perlu berubah kan?

Wednesday, March 23, 2011

Header

Aku ada satu bad habit: aku suka simpan barang tapi aku tak suka kemas kini barang. So hasilnya, dompet aku penuh resit, kad etc, dalam poket seluar aku ada banyak punting rokok, plastik gula-gula etc dan dalam buku aku ttiba ada note rm50 yang entah zaman bila aku letak dan ada banyak softcopy image, music etc dalam hard disc aku yang berkurun aku tak perasan. 

So post kali ni aku dedikasikan untuk header, background image dan post image yang pernah menghiasi blog ini lawan web lain aku. Hmmm..

(Ini adalah muka terawal blog aku dulu. huhuhu)

A. Header
(Ini pulak header pertama dulu.. Hmmm)























Apakah kesimpulannya di sini? Aku tengah kebosanan so asyik update blog jer... hmmm...

Panadol

Puteri, my 5 years old niece ttiba panas badan. Telefon Angah, my sis aka her mother. So Angah balik terus dari office. Semuanya gara-gara si Puteri ni sangat susah nak makan ubat. Then bila Angah dah sampai so aktiviti biasa berlaku: jeritan dan tangisan nak masukan Panadol bbudak warna pink tu or ubat air yang manis tu ke dalam mulut budak perempuan ni. Aku sekadar tersenyum.. Hmmm...


Teringat waktu kecik-kecik dulu. Angah adalah satu-satunya anak yang paling susah nak makan ubat. Kadang-kadang perlu berkejar sana sini nak memaksanya makan ubat. Then dah besar sikit, aksi makan ubat pelik-pelik. Tutup hidung, donggak ke atas, muka masam etc. Sangat lawak bila mengenangkan apabila seorang gadis yang takut makan ubat dahulu membebel pada anak perempuannya yang takut makan ubat sekarang ni. Nampaknya si Puteri bukan sahaja mewarisi wajah dari emaknya sahaja tapi juga perwatakannya sekali.. Anak emak..


Tapi realitinya bukan mereka sahaja yang takut makan ubat tapi ramai lagi orang dewasa yang susah kipas mati nak telan ubat ni. Even kalau diberi racun sekalipun aku rasa ramai yang refer tlan racun dari telan ubat..


Teringat zaman universiti dulu aku ada 2 orang rumate (nama dirahsiakan r. Jaga air muka korang r)  yang sangat susah nak makan ubat. Demam or pening kepala teruk cam mana sekalipun jangan harap nak makan Panadol. Sesekali dengar alasan tak nak bahan kimia masuk dalam badan mungkin leh diterima tapi kalau dah banyak kali guna alasan yang sama, imun gak telinga nak dengar. So terpaksa r bukak 2 bijik Panadol, ambik segelas air dan tunggu.



Setengah jam kemudian: masih belum berganjak Padanol tu. So guna kuasa veto paksa masukkan ke dalam mulut.



Setengah jam kemudian lagi: tengok dalam mulut, Panadol tu masih lagi belum berganjak lagil. Betapa susahnya nak telan.



Bila dah telan sebijik then kali kedua tu akan ambil masa sejam lagi. Aku tengok plak yang rasa cam nak marah campur kasihan. Kita bukan lah nak memaksa dan Panadol tu pulak bukan 100% ubat yang mampu menyembuhkan tapi as kawan it hard untuk tengok kawan yang melarat and lebih refer untuk just baring dan mengharap there will be a miracle yang akan menyembuhkan mereka daripada berusaha menelan 2 biji Panadol diikuti air suam. Hmmmm...















May be it not fair to me untuk bandingkan mereka dan aku yang asyik-asyik pening kepala sikit telan Panadol, badan panas sikit telan Panadol, sakit tulang sikit telan Panadol, itu ini Panadol. Rasanya dalam badan aku dah penuh bahan kimia tak terlarut.. Dah ada kerajaan Panadol, Paracetamol, KK etc.. huhuhu

Mutual Friends

Korang pasti pernah jumpa makhluk-makhluk tuhan yang punya list of friends di FACEBOOK yang mencecah 2000 orang. Masalahnya bila korang tanya mereka siapa 2000 orang tu then mereka just tersenyum sinis aka realitinya mereka tak kenal pun majoriti orang yang mereka add as friends tu. Dan mereka sengaja request nak jadi kawan ngan orang yang mereka tak kenal pun sekadar tak nak dilabel as LONER. Orang macam tu pun ada ker? Hmmmm...


Parents aku and certain kawan aku sangat tak percaya yang aku punya kawan. Mostlynya mereka fikir kawan-kawan aku hanya just imaginasi sahaja. Ianya disebabkan each time aku keluar dengan mereka then kebarangkalian untuk berjumpa kenalan adalah sangat tak ada. Kalau ada pun aku akan terjumpa ngan makhluk-makhluk yang boleh diklasifikasikan as kutu cam aku gak.. Hmmm..

Tapi ada masa yang lain bila keluar ngan certain kawan yang lain then aku akan jadi seperti semut. Jalan sikit jumpa kawan then berhenti dan cakap-cakap sikit then jalan sikit lagi jumpa lagi dan lagi dan lagi. It seems semua yang aku kenal sedang keluar di tempat yang sama ngan aku masa tu. Sehingga ada kawan tu yang give-up nak keluar ngan aku dan sempat keluar statement "Aj, ko kenal semua orang di dunia ni ke?" Hmmm..


It seems like setiap manusia tu ada cas positif-negatif or aura. Aku garenti korang pun pasti pernah mengalami. Bila keluar ngan orang ni then nak jumpa sorang yang dikenali bukan main susah lagi. Dan bila keluar ngan other selain dia then berkoyan-koyan orang kau kenal akan jumpa. Belum lagi part bila keluar ngan certain orang then luck korang ttiba banyak or the certain other pasti nasib korang malang dan etc. Dan lebih suck ia berlaku bukan sekali dua jer tapi each time korang keluar sekali.

Entah r ank percaya atau tak. Ada sorang kawan ni sejak dari sekolah menengah bila kami keluar berdua then pasti ada jer bad thing happens. Bila keluar ngan dia ttiba accident, tayar pecah, hujan lebat, kena berak burung, kaki termasuk lobang, baju basah etc. Tapi bila keluar ngan kawan yang berbeza ttiba nasib baek jer sepanjang hari. Wallahualam... Only God have the answer..







Tapi kesimpulan post kali ni ialah:
1) Jangan request friends tak tentu pasal kat FACEBOOK sekadar nak berlagak yang korang tu hebat r.
2) Just because someone tak banyak kawan doenst mean yang dia ialah LONER sebaliknya it better ada kawan yang sedikit tapi berkualiti daripada kawan berjuta-juta tapi semuanya sampah.
3) Jangan fikir ada kawan bawak malang or bawak untong tapi berkawan dengan mereka seadanya mereka as korang tak nak dilabel cam tu.
















Dan pengajaran untuk aku:
JANGAN cari gaduh ngan KAWAN sebab sekarang dah LONER... Hmmm... Padan muka....

Tuesday, March 22, 2011

Our Government Today

Beberapa orang kenalan pernah kuarkan statement takut everytime aku kuarkan post berkaitan politik. Mereka kata kalau silap haribulan aku akan jadi kambing hitam masuk under ISA. Bila fikir-fikir balik aku tak pernah buat serangan fitnah besar-besaran kepada mana-mana parti politik pun. Plus aku sekadar penulis blog amatur yang sehari purata sekitar 100 orang jer yang lawat blog aku. Yap, kambing hitam sangat sesuai dari kumpulan kecil yang no one care. Who care?


Hari ni tadi aku lepak ngan 2 orang generasi tua yang berbicara hebat tentang pilihanraya SARAWAK yang just around the corner jer sekarang ni. Ada satu part sorang dari mereka kuar statement "Budak muda sekarang ni semuanya sokong pembangkang. Tak pernah nak hargai jasa kerajaan yang banyak membantu pembangunan negara sekarang ni. Tengok apa pembangkang yang janji sana sini tapi tak dapat nak buat jalan raya pun. Tapi masih lagi nak sokong pembangkang. Hmmm"

Aku teringin jer nak jawab balik tapi sebab aku masih waras dan aku tahu kalau aku lawan cakap ngan orang yang sentiasa akan betul sampai bila-bila then aku sangat-sangat bodoh dan tak waras. Tapi teringin jer aku nak balas kat uncles tu "Pak cik, zaman pak cik dulu pak cik tengok dunia as hitam and putih jer. Kerajaan as baik dan pembangkang as jahat. Tapi zaman sekarang ni generasi muda melihat dunia ada warna lain. Kerajaan or pembangkang or what ever sesiapa sekalipun ada color mereka tersendiri. Tak ada sesiapa yang totally baik or totally jahat. Dan kita apa pilihan" 

Dan aku garenti kalu aku kuar statement tu then mereka akan tengok aku kehairanan dan tak paham sepatah haram apa yang aku kata. Wakaka..


Kalau korang baca previous post aku review tentang politik issue ni then korang pasti akan kata yang aku ni bukan pro-kerajaan. Yap, korang betul tapi that does not mean aku ni pro-pembangkang kan?



Most masyarakat Malaysia lupa 1 basic rule tentang demokrasi ni: Pemimpin adalah mereka yang dipilih oleh rakyat untuk mentadbir negara ni. Or basic contohnya cam we have money tapi kita tak pandai dalam certain subjek pelajaran ni then kita upah sorang cikgu datang rumah kita untuk ajar anak kita subjek tu. Sama gak ngan negara demokrasi ni. Kita ada duit tapi kita tak pandai nak tadbir negara (or kalau semua nak tadbir then huru hara r then better sekelompok kecil jer yang handle) then kita pilih wakil dikalangan rakyat aka wakil rakyat untuk bekerja under kita untuk tadbir negara ni. Simple kan basicnya.

Tapi masalahnya most Malaysian lupa basic rule tu. Mereka sangat agung-agungkan pemimpin sedia ada ni cam pemimpin ni dewa-dewa or cam raja-raja zaman Melayu dahulu yang digembar gemburkan as keturunan Iskandar Zulkarnain or anak tuhan etc. Mereka ada DAULAT then kalau kita durhaka then kita akan ditimpa TULAH. So apabila kita terlalu mengagong-agongkan mereka sangat then lama kelamaan mereka sendiri yang akan rasa teragong sangat.

Akibatnya ada mereka yang diamanahkan oleh rakyat ni guna kuasa mereka untuk beli tanah dan rumah yang hyper besar sedangkan ada rakyat yang rumah mereka jauh lebih daif dan kecil dari rumah pak guard pemimpin ni, ada yang guna kuasa yang diamanahkan rakyat untuk beri title besar-besar untuk artis dari Bollywood atas sumbangan besar mereka, guna duit rakyat untuk upacara besar-besar yang berlebih-lebihan guna budjet juta-juta dan rakyat boleh enjoyed lupa yang duit tu asalnya dari duit mereka gak, ada yang guna kuasa kumpul dan kayakan kroni-kroni sendiri etc.









Sarawak ialah sebuah negeri yang aku boleh klasifikasikan as negeri yang kurang panas dari unsur politiknya. Mungkin sebab most rakyatnya yang terdiri dari lebih 28 etnik membuatkan kami hidup aman damai sebelah menyebelah. Sejujurnya aku tak pernah melihat orang yang lain rupa, lain fahaman, lain agama dari aku as berbeza dan sama seperti mereka melihat aku gak. Dan aku harap perkara ni akan kekal sampai bila-bila.



Cuma as kata salah sorang uncle tu buat aku tergamam tu ialah bila dia kuar statement "Kalau seorang pemimpin tu dah mentadbir negeri tu lebih 30 tahun dan masih belum ready nak lepaskan jawatan disebabkan alasan masih belum jumpa penganti yang betul-betul berwibawa then walau pemimpin tu baik cam mana sekalipun orang akan kata dia ada plan lain: Plan nak meluaskan tanah, mendapatkan kroni sama bangsa untuk back-up, harta etc." Aku no komen









Plus masa pilihanraya nanti jangan tak keluar mengundi. Jangan bising-bising or gaduh-gaduh sebab pemahaman politik yang berbeza. Lakukan tanggungjawab dengan mengundi. Jangan rosakkan undi korang sebab satu undi tu adalah satu suara dari rakyat memilih masa depan mereka.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cuma harap-harap kali ni tak berlaku 'black-out' masa tengah pengiraan or etc lagi. Takut kotak undi tertukar plak.. Hmmm..

Sunday, March 20, 2011

Poser

Semalam tengah-tengah layan karenah si Puteri, my 5 years old princess yang tengah on the way nak tidur then kepala tertoleh ke arah rak buku. Then ambik satu buku. Tittle: STUMPS karya Shahnon Ahmad yang diterjemahkan ke English by Adibah Amin. Aku tak ingat bila tarikh sebenar aku beli buku ni. May be sekitar aku zaman form 6 dulu kot aka era aku sekali beli buku mesti banyak-banyak tapi mostlynya aku tak sempat nak baca semua. Salah satunya ialah buku ni yang terperap kat rak tu untuk beberapa tahun. Hmmm...


Membaca novel ni membuatkan aku teringat satu accident masa universiti dulu. Waktu tu aku jadi penceramah jemputan untuk satu kelas Penulisan Kreatif ni. Before sesi soal jawab aku bacakan r karya aku yang dipamerkan dalam satu majalah keluaran Dewan Bahasa ni r. Budak kelas tu sangat khusyuk dengar r then bila part soal jawab, these students tanya soalan yang agak serius gak r. Lastly pensyarah tu: Dr. Mawar Syafei buat ucapan penggulungan plak. Betapa dia bangga kat aku dan kata idea dan gaya aku cam penulis era eksperimenal sorang tu.Then dia tanya aku satu soalan bonus: siapa penulis idola anda? Jawapan aku: Shahnon Ahmad. 

Deng deng deng...


Dia kata patut r dia syak yang penulisan aku cam gaya penulisan Shahnon Ahmad. Im a POSER. Bukan nak kata aku ni peniru aka copycat habis gaya Shahnon Ahmad tapi sebab aku dah terbiasa baca karya Shahnon Ahmad, suka penulisan Shahnon Ahmad then bila aku menulis then sedikit sebanyak apa yang aku pernah baca dulu akan terikut sekali dalam gaya penulisan aku. Korang paham?

Korang pasti ada idola sendiri kan in what ever bidang sekalipun. Contoh kalau korang kaki bola then korang fanatik ngan Christiano Ronaldo then korang asyik tengok dia maen then bila korang sendiri main bola sedikit sebanyak korang akan terbawa-bawa lari cam Christiano Ronaldo, sepak bola cam Christiano Ronaldo. Even in what bidang sekalipun, korang mungkin tak akan perasan melainkan ada yang buat teguran. Korang pakai pakaian cam that person, korang ambik gambar cam gaya that photographer, korang edit gambar cam that grapher editer, korang melukis cam that artist. It normal.

Jadi POSER ni bukannya teruk pun. Cuma korang masih belum ada gaya korang sendiri jer. As sorang pensyarah penulisan ni pernah bagitahu aku: start lah menulis dalam apa-apa genre tak kira picisan sekalipun. Just tulis semua genre tu sebab lama-lama nanti korang akan jumpa what genre yang paling sesuai ngan orang dan kemudian korang akan cipta gaya korang sendiri.









A year before aku jadi penceramah jemputan tu, seorang penulis pernah jadi penceramah jemputan kelas tu gak. Dia seorang penulis yang agak ada nama besar gak dalam penulisan di Malaysia ni. Dan dia tak ada pengalaman menulis before. Dia tak pernah ikut mana-mana kelas penulisan, dia tak pernah geng mana-mana penulis hebat  dan dia tak minat membaca sebab dia ialah seorang NURSE. Dia jadi nurse pada usia yang muda. Dunia dia hanya hospital jer. Then satu hari pada usia 30 something dia start nak menulis apa yang dia lihat, dengar, lalui sepanjang hari di hospital. Dia hantar karya tu then ia bernilai tinggi. That r not POSER. She is karya asli.


Im saying that ialah sebab dia tak dipengaruhi oleh mana-mana unsur luar sikit pun. Dia sekadar menulis sahaja tanpa tahu macam mana nak menulis, apa yang tak boleh buat, apa yang perlu buat. Dia tak tahu sikitpun tentang peraturan tu.Waktu tu kalau korang dia dia bercakap then korang sangat yakin yang dia asli sangat.

Tengok pada diri kita sekarang ni r. Kita always ada mentor untuk kata mesti buat macam tu baru bagus, jangan buat macam ni, dia ialah contoh terbaek dalam bidang ni etc membuatkan kita cam ada garis panduan iaitu nak jadi terbaek cam si anu or si anu ialah standard berjaya so menjadikan kita POSER sangat-sangat nak jadi cam mereka. Aka contoh lain: Siti Nurhaliza ialah penyanyi yang hebat ngan gaya dia sendiri. Masih ingat era ketika zaman kegemilangan Siti Nurhaliza awal-awal dulu? Ramai sangat yang nak jadi Siti Nurhaliza ngan gaya budak baek, suara lenggok Siti, fashion cam Siti tapi di mana mereka sekarang ni? Sebab Malaysia hanya perlukan sorang sahaja Siti Nurhaliza. Kalau ada banyak Siti Nurhaliza then apa keistimewaannya? Kan?















Akher kata just buatlah apa sahaja yang korang nak. Contoh cam sekarang ni asyik semua orang nak ada DSLR sendiri. Buat gantung di leher sepanjang masa. We know most of them just mangsa trend and we know most of them r POSER tapi REALITInya ada antara mereka yang temui apa bakat sebenar mereka yang tersembunyi. selama ni. That apa moral value aku hari ni: it doesnt matter kita jadi POSER sebab antara banyak perkara yang kita cuba then mungkin salah satunya akan menjadikan kita PRO in it. Kan?

Dan untuk DSLR sekalian, you dont need a teacher to tell you apa gambar yang bagus dan apa kreteria gambar tak bagus, perlu tekan itu ini untuk kualiti baek, perlu barang itu ini untuk effect terbaek, posting sana sini. Why dont korang  pedulikan semua peraturan tu. Just snap a shoot. Korang akan jadi berbeza... Hmmm...

















Nampak sangat aku ni anti DSLR kan? Wakaka

Thursday, March 17, 2011

Bahasa Malaysia

Semalam baca news paper, tengok ada part tentang keputusan STPM yang dah keluar. Baca sepintas lalu then perasan something yang agak odd sikit. Baca lagi then aku tanya ALONG aku plak then aku baru sedar yang ia memang dah bertukar. Pada zaman ALONG aku ambik STPM dan zaman aku ambik STPM istilah yang digunakan ialah kertas Bahasa Melayu tapi sekarang dah jadi kertas Bahasa Malaysia. Hmmm..


Aku masih ingat satu diskusi antara beberapa orang ilmuan bahasa ni r. Definisi Bahasa Malaysia ialah bahasa yang dipertuturkan oleh masyarakat di Malaysia. Jadi ia mewakili Bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Melayu di Malaysia, Bahasa Cina (Mandarin dan etc) yang dituturkan oleh masyarakat Cina di Malaysia, Bahasa Tamil  yang dituturkan masyarakat India di Malaysia dan bahasa-bahasa lain yang dituturkan oleh mana-mana masyarakat yang bermastautin tetap di Malaysia didefinisikan sebagai Bahasa Malaysia.

So aku bergurau r bagitahu ngan ALONG aku yang bbudak form 6 sekarang ni perlu belajar pelbagai bahasa yang ada di Malaysia plus sebab Malaysia hanya wujud 16 September 1963 then kajian mereka start sekitar tu je r. 


Sebab seingat aku semasa form 6 aku dulu, kami pada zaman aku tu belajar Bahasa Melayu. Noktah.


Kami perlu belajar sejarah Bahasa Melayu ngan teori Henry Kerk, teori Gelombang, golongan Melayu Proto, golongan Melayu Neutro, Tatabahasa Dewan, Nik Saffiah Karim etc yang gosh the end of 2 tahun penyiksaan tu aku berjaya beroleh 1 A dan 1 B- menjadikan keseluruhan paper Bahasa Melayu STPM aku hanya B+ jer. 


Cuma persoalan aku kenapa nak kena tukar istilah Bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia sedangkan kedua-duanya menjelaskan makna yang berbeza. Tak kan sebab sekarang ni semua nak guna 1 Malaysia, 1 Bangsa so ia pun terpaksa ditukar sekali. Atau bila guna istilah Melayu then ia mampu menimbulkan fahaman racism yang menentang idealogi 1 Malaysia ker? Dude, open your eye tengok r banyak persatuan, kelab-kelab dan parti politik yang pro kerajaan leh jer guna istilah Melayu ngan idealogi obses bangsa leh berdiri kukuh tapi bab ni kena tuduh racism ker?

Issue ni dah wujud since dari sekolah rendah dulu lagi. Ramai cikgu Bahasa Melayu yang bising: tahun ni guna istilah Bahasa Melayu, then tahun depan jadi Bahasa Malaysia dan tahun akan datang bertukar lagi. Dah sama cam dasar pengajaran Math and Science in English tu yang asyik bertukar-tukar jer. Hmmm...











Plus tentang Bible yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu then ramai r orang Melayu melenting tak tentu pasal. Dude, hanya kerana korang dudok Malaysia yang Melayu nya beragama Islam doesnt mean yang Melayu ialah Islam. Tengok kat Arab. Hanya sebab Islam datang dari Arab sana doesnt mean semua pak and mak arab tu beragama Islam. Agama Yahudi dan Nasrani (aka Kristian) pun asal dari Arab gak kan? Taurat and Injil (aka Bible) pun asalnya ditulis dalam tulisan Arab gak kan before ditukar ke Bahasa laen. Kesimpulannya bukan semua bangsa Melayu ni Islam. Banyak kat nusantara ni yang Melayu tapi agama lain. Bukan sebab mereka murtad tapi mereka memang bukan Islam dari since awal dulu lagi.




Untuk mengelakan korang terus melenting tak tentu pasal then biar aku set otak korang: jangan fikir Bible tu ditulis dalam Bahasa Melayu tapi dalam Bahasa Malaysia or lebih tepat lagi dalam Bahasa Indonesia. Sebab ia memang diimport dari sana kan? So ia lebih sarwajagat sikit r..







Then korang yang biol pun tanya penuh kehairanan "Tapi apsal semua nama pak and mak arab nama Iguna slam sedangkan mereka bukan Islam..?" So aku menjawab "Sebab ia bukan nama Islam tapi ia nama Arab, sayang.."

Monday, March 14, 2011

Drama-tik

Aku sekadar memerhati pada tingkah lakunya dari jauh. Memerhati pada setiap kesibukannya. Memerhati pada setiap ruang sudut wajahnya. Pada mata. Pada bibir. Pada gelak ketawanya. Wajah yang sama itu pernah wujud dalam episod kehidupan aku yang terdahulu.Cuma pada kehidupan aku yang terdahulu, mata itu, bibir itu dan gelak ketawa itu jauh lebih hidup dan bertenaga berbanding dia pada hari ini.


Tiba-tiba dalam kesibukannya itu dia menoleh. Dia menoleh ke arah aku. Dan dia melihat aku. Matanya melihat aku. Benar-benar melihat aku. Lalu pandanganya itu terhenti buat seketika. Mungkin jauh difikirannya sedang menganalisa sesuatu. Ada sesuatu pada wajah itu. Wajah yang terlihat olehnya itu tidak terlalu asing. Wajah itu pernah muncul dalam kehidupan terdahulunya juga. Cuma wajah itu telah lama hilang. Tidak pernah muncul-muncul lagi. Lalu mungkin kotak ingatanya sudah tidak ada lagi tersimpan memori tentang lelaki itu. 



Kemudian bibirnya itu mulai membentuk senyuman. Senyuman itu bukan senyuman kosong. Aku tahu  dan aku yakin. Kerana ada sesuatu pada matanya yang tiba-tiba bersinar setelah melihat aku. Lalu senyuman itu tidak kosong. Senyuman yang cuba memberitahuku seuautu. Cuba memberitahu bahawa dia masih ingat wajah lelaki itu dan dia sudah memaafkan setiap apa yang pernah dilakukan oleh lelaki itu kepadanya.








Dan aku tersenyum. Membalas senyumannya dan kemudian berlalu pergi. 









Membiarkan dia kembali kepada urusannya.














Membiarkan kenangan silam kekal menjadi kenangan silam dan hari ini adalah episod baru untuk semua.

Sunday, March 13, 2011

Wedding Season

Emak aku pernah kuarkan satu statement: ada 2 events yang akan mengumpulkan semua ahli keluarga iaitu- perkahwinan dan kematian. Tapi kali ni aku tak akan bercerita tentang kematian sebab it is cuti sekolah aka wedding season. Hari ni seperti yang digembar gemburkan aku sorang kawan aku akan kahween iaitu Puan Nurlaila dan Encik Zul Helmi. Hmmm


Pagi hujan agak lebat. Aku agak bimbang how the wedding will be. Tapi masa sampai sana walaupun hujan agak lebat tapi still ramai yang datang. Family aku pun ramai yang akan datang sebab aku dan Laila aka pengantin perempuan masih lagi saudara walaupun agak jauh. Plus walaupun kami 2 kampung yang berbeza tapi perjalanan dari rumah aku ke rumah dia tak sampai 10 minit pun. Sejujurnya ramai yang datang dan suasana sangat meriah.

Aku kenal Laila since dari form 1 dan form 3 dia sambung belajar di tempat lain tapi jumpa balik masa form 6 dan kemudian jumpa sekali lagi masa universiti. So kami agak rapat. We do a lot of stuff sama-sama. Lepak, jalan-jalan, kareoke, sambut birthday dan banyak lagi in a group of friend ni. So bila satu persatu kawan kahwen, ia agak terasa r. Dah tak boleh lepak sama-sama lagi cam dulu. Even dalam satu part ni tadi bila bapak Laila buat ucapan, ttiba ia keluar nada sedih dan almost mengalir gak air mata bapak dia bila nak melepaskan satu-satunya anak perempuan dia. Kami pun agak sedih bila keadaan dah tak macam dulu tapi happy bila kawan happy dan ada kehidupan baru yang jauh lebih best.

Masa wedding tu jugak jumpa ramai kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Ada kawan yang dah  kahwen yang aku tak tahu bila mereka kahwen. Ada kawan yang totally jadi cantik yang sangat berbeza masa sekolah dulu. Ada kawan yang dah tak kenal aku lagi (mungkin aku sangat tembam sekarang berbeza masa sekolah dulu). Ada junior yang dulu aku buli masa sekolah tapi sekarang dah ramah ngan aku. Dan ramai lagi r kenalan yang dijumpa.











Tapi paling aku tak lupa ialah wajah sorang tu. Dia junior. Aku tak akan boleh lupa apa yang aku pernah buat kat dia masa sekolah dulu. Tadi pun dia datang jugak. Aku tak terfikir yang dia akan tersenyum macam tu pada aku. It seems dia nak bagitahu: The past is the past dan hari ni ialah hari ni aka hari yang berbeza. Aku lega bila dia tersenyum macam tu..













Semoga Laila dan Zul Helmi akan bahagia sampai bila-bila..














Mode jeles bila kawan kahween.. Hmmm..

Thursday, March 10, 2011

Maen Cabar-cabar

Korang pasti pernah berada dalam situasi (or menonton drama dalam tv) apabila ada seorang lelaki yang perasan macho dicabar oleh group of his friend (or musuh) untok buat sesuatu atau tak lelaki tu ialah pengecut, tikus, ayam, pondan etc sehingga lelaki tu dengan penuh kemachooannya buat gak cabaran tu. Korang plak just ternganga mulut sambil dalam hati kata 'Dude, lelaki tu sangat stupid bodoh baghal tak guna otak buat kerja yang sangat bodoh'.. Hmmm..
Orang yang sangat layan cabaran bodoh-bodoh ni ialah orang yang sangat bodoh. Membuatkan aku teringat Michael J Fox dalam Back To The Future yang akan buat what ever cabaran hanya sebab dengar word coward jer. Sama gak cam zaman sekolah-sekolah dulu. Tapi selamatnya aku each time ada kawan yang cabar aku in what ever kutukan or taruhan sekalipun aku tak akan buat. Melainkan ia melibatkan something else: KEPUASAN. Hmmm..

Sejujornya aku sangat suka cabar diri aku ngan perkara-perkara baru yang mostlnya aku tak tahu how would it will be end kelak. Kalau korang analyst perjalanan hidup aku, it seem memang tak ada yang dirancang. Seolah-olah aku bergerak ikut pergerakan ke mana angin akan bawak aku jer. Aku akan berhenti kalau angin berhenti dan jalani kehidupan di situ sehingga angin start bertiup lagi bawak aku ke tempat lain. Or in other words yang nampak lebih realistik: aku sangat cepat rasa bosan dan aku tak suka berada dalam keadaan yang membuatkan aku terlalu selesa.

You guys pasti pernah naik roller coaster kan? You know how does it feel? Hati rasa cam nak terbang jer.tapi the end korang akan kembali cam biasa bila ia dah lengkap pusinganya. But what if kalau korang tak tahu what will happen along the ride or cam mana penghujung perjalanan tu nanti? Pernah terfikir tak kalau ttiba safety seat belt tu ttiba longgar or sistem kawalan rosak membuatkan korang terus jer bergerak dengan laju tanpa henti or ttiba bekalan elektrik terhenti dan korang tersangkut tengah rail tu? Cool isn it?


That make drama TV dan drama kehidupan jauh berbeza. Kalau filem yang ada serial killer then kita boleh agak siapa yang tak penting dan kurang skrip akan mati dahulu dan hero or heroin akan selamat. Standard cerita rite? But life is difference.Isn that make life great? Kita tak tahu endingnya.


I got a friend yang nak hidup cam average Joe. Dia nak kerja kerajaan, pilih isteri yang kerja kerajaan, ada anak, anak kahwen ada cucu dan mati cam life suppose to be. Aku agak bertegang mulut gak r bila discuss ngan dia bab tu but siapa aku nak atur hidop orang lain r kan? Just because cara hidup aku berbeza tak semestinya semua orang harus ikut cara aku kan?


Cuma it quite SUCKS apabila ada orang yang asyik fikir positive-negative-plan A-plan B etc banyak sangat sehingga mereka tak nak ikut suara hati mereka. Ya ya ya. I know ikut rasa akan binasa, ikut hati akan mati, ikut perasaan akan jadi perasan. Wakaka.


Tapi aku bukannya suruh korng have a one nite stand ngan sorang chick yang randomly korang jumpa tepi jalan tanpa guna kondom then ttiba 9 bulan kemudian dia datang ngan perut membesar dan kata "Daddy, meet our little baby boy..!!" 











Then korang persoalkan: Apa motif dan kaitan cerita ko kali ni, Aj?


Kataku sambil tertunduk "Aku sekali lagi membeli suatu benda yang aku kurang perlukan saat ni ketika kewangan kurang baik and worst part kebarangkalian benda tu tak dapat digunakan amatlah tinggi. Dan harganya agak... ..Hmmm"



Tapi ia tetap cabaran apabila aku tak tahu what will datang apabila ia selamat delivered pada aku. Hmmm..

Wednesday, March 9, 2011

Her Story

Orang selalu kata "Mata kau sama cam mata mak ko r" or "Ko tinggi (or pendek) sebab genetik sebelah bapak ko". Tapi pernah tak timbul dalam kepala hotak korang mempersoalkan perkara basic lain cam: dari siapa korang mewarisi bakat terpendam korang yang good in art or sport ker or sikap boros berbelanja, mulut cabul or seribu satu perangai korang tu sebenarnya genetik sari siapa? Basic isn it?


Or korang pernah mempersoalkan tak bagaimana kehidupan parents korang sewaktu mereka kanak-kanak, remaja dan dewasa dulu? Tentang zaman cinta pertama mereka, cita-cita mereka, hobi mereka pada masa lapang, kawan mereka, krisis yang pernah mereka hadapi, macam mana mereka di sekolah dahulu, macam mana pemakaian mereka etc. Sebab most parents sekarang hanya bertindak as parents sahaja. Even kalau mereka bercerita sekalipun, kita yakin banyak bahagian yang dah disunting dan yang diceritakan hanya bab-bab terbaek sahaja.

Hei, look at us hari ni. Imagine 20 or 30 tahun akan datang pada masa kita dah ada anak or cucu then tak kan r kita akan cerita 100% as apa yang berlaku pada masa remaja kita dulu pada mereka kan? Then hilang respect r mereka pada kit. Siap leh kuar dialog lagi "Kalau bapak/atok leh buat benda setan tu dulu masa muda-muda dia then kenapa kita tak boleh pulak? Lead by the leader r kan?" Then sendiri mahu jawab r.. Wakaka.


...


Aku bukanlah anak yang mewarisi ciri-ciri fizikal dari parents aku. There are no elders yang kata such muka aku cam parents aku (as mereka kata ALONG and UDA cam BAPAK masa muda or definitely muka ANGAH memang sebijik cam muka EMAK) but still aku penuh curious nak tahu macam mana parents aku pada usia aku dulu? 

As sorang penceramah ni pernah kata yang parents kita bising bila kita kuar layan gig or muzik-muzik zaman sekarang dan realitinya mereka pun buat perkara yang sama gak pada zaman mereka ngan muzik yang berbeza dan penampilan gig yang tak sama cam sekarang. Dan parents mereka aka atok nenek kita pun bising gak ngan mereka. So mereka sekadar but apa yang parents mereka buat pada mereka balik kepada kita. Hmmm...


So aku nak tahu sejauh mana benarnya kata penceramah tu or dia sekadar kaki temberang cam penceramah lain kat dalam tv mahupun yang berada di luar sana. Hmmm...


....


Aku sama gak cam majoriti korang yang hanya kenal parents as peranan emak dan bapak sahaja. Mungkin I do know more tentang bapak aku sebab bapak aku 'orang sini'. So aku pernah pergi beberapan kenduri saudara mara then bila lepak ngan orang-orang tua then mereka akan start cerita tentang bapak aku masa kanak-kanak dan awal remaja dulu. Yaa, it quite shock memandangkan encik bapak yang berada depan mata aku 26 tahun lepas as sorang yang garang rupanya ada cerita lain disebaliknya.

Then my aunt aku sendiri pun banyak gak cerita tentang bapak pada zaman remajanya. Siapa kekasih dia, dengan siapa bapak pernah bertunang before kahwen dengan emak dan banyak lagi. Selebihnya dari emak start zaman kenal, kahwen dan sekarang ni.


Berbeza dengan emak. Sebab emak asal dari Johor dan aku agak jarang balik sana. Bila balik sana pun kami akan bersama ahli keluarga sahaja dan masanya agak singkat. Aku mostlnya hanya tahu zaman kanak-kanak emak hanya melalui penceritaan emak sahaja. Selebihnya melalui gambar-gambar lama emak. Aku yakin each one of it ada ceritanya sendiri cuma emak sahaja yang tak nak cerita keseluruhannya.

Sehingga malam tadi ada satu telefon agak lewat. So siangnya emak hubunginya balik. Ia adalah kawan emak sewaktu zaman remajanya dulu. Sewaktu emak kerja kilang biskut yang kalau tak silap aku sekarang ia dah jadi area Plaza Angsana tu. Emak sangat happy sewaktu berbual dengan dia. Aku kenal dia melalui salah satu gambar emak. Gambar zaman rambut kembang. Wanita tu guna cermin mata besar dan sedikit juling. Sewaktu emak bercakap aku cuba dengar-dengar dan tersenyum gak. 



Tamat telefon tu emak cerita serba sedikit kenangan manis bersama kawan dia tu. 




Itu zaman remaja dia.







Moral value cerita kali ni ialah: semua orang akan melalui zaman remaja. Zaman di mana bukan semuanya terbaek. Zaman ketika kita akan menanggis tapi bila kenang balik ia akan buat kita ketawa kerana zaman itu menjadikan kita dewasa dan kuat seperti mana hari ini. Dont be a shame with it.

Second: kenal parents korang sebelum korang kehilangan mereka. 




TAMAT