Monday, January 24, 2011

Freaky Nerdo

Soalan: Tengah korang asyik duduk-duduk then ttiba melimpas r sorang mamat ni yang kurus pakai flannel lengan pendek ngan tie dan seluar slack yang besar plus cermin mata tebal etc. Apa reaksi korang?

a) Korang terus berdiri dan berkenalan ngan dia sebab korang rasa dia ada something persamaan ngan korang.
b) Korang terus dapatkan dia sambil hulurkan sekeping kad nama sekaligus promo diri untuk buat perubahan pada diri dia.
c) Korang senyum cam korang senyum kat sesiapa yang lalu lalang kat situ dan teruskan aktiviti korang cam biasa.
d) Ngan muka serius korang tengok dia dari atas bawah then toleh tempat lain sambil dalam hati korang ketawa besar.
e) Korang terus panggil kkawan korang then ajak mereka gelak besar depan mamat tu dan plan teruk-teruk sama itu makhluk.


Aku ingat most of the time bila aku kuar ngan kekawan then mereka pasti akan cerita first impression mereka pada aku dulu. Mereka akan kata yang dulu mereka fikir aku ialah seorang yang kuat belagak yang tengok orang sebelah mata jer. Ada yang tambah kata cam tak percaya jer bila AJ sanggup kuar ngan orang yang tak 'sebulu' ngan dia. I do admit yang aku memang ada muka yang berlagak tapi it not fair to judge a person just by first impression jer kan? Plus siapa yang 'sebulu' ngan aku ni? Tapi bila dah lama kenal AJ just an ordinary guy yang did ordinary things cam orang-orang biasa jer.

Cuma aku mengaku yang aku cukup suka label orang yang aku tak suka ngan status "FREAK", "NERD", "WEIRDO" etc. Most of the person yang bertuah dapat title tu ialah mereka-mereka yang perasan bagus, skema nak mampus, suka pandang rendah orang lain, banyak cakap kosong, muka kacak tapi otak hampagas etc.

Tapi masalahnya aku sangat tak suka kalau ada orang yang suka make a fun of someone yang mereka tengok as tak sama cam diaorang. Gemuk sikit then terus kena label as badak sumbu, kurus tinggi kena label as zirafah, gigi ada masalah sikit kena label as Halimah Jonggang, terus kena ejek 24/7, ketawa gelak besar-besar depan-depan mereka, buli itu ini. Aku sangat tak suka orang dilayan berbeza hanya kerana dia berbeza ngan korang. Aku pun yakin korang tak suka dilayan cam tu gak kan?
.
.
.
.
.
.
.
.

Tadi aku berjalan sorang-sorang kat bandar Kuching malam-malam hari. Satu part tu aku berlimpas seorang budak perempuan ngan ibunya. Budak tu usia sekitar 4 tahun cam tu. Rambutnya hitam, ikal, panjang. Dia tersenyum dan ketawa bermain ngan ibu dia. Ketika kanak-kanak seusia dia berlari-lari dia hanya bergerak perlahan dengan alat bantuan. Sebab kaki dia bengkok. Dia tak normal cam budak-budak lain seusia dia. Tapi pada usia tu, normal or tak memang tak ada bezanya. Hanya apabila kita semua dah dewasa sahaja then kita akan mulai melihat perbezaan sebagai satu masalah. 


So what will happen to that kid? Adakah senyuman dan gelak ketawa yang pernah menghiasi bibir dia dulu akan hilang seiring usianya kelak. Then akan ada mulut-mulut kasar yang akan mengetawakan dia dan label as si capik pulak pada dia? Itu kah dunia yang korang nak lihat akan berlaku? Jawapanya ada pada korang.





















Ya ya ya... I do admit yang aku pun ada masa akan make a fun of mereka yang berbeza ni gak tapi hanya apabila kandungan glukosa, kafeina dan nikotina aku di luar kadar yang sepatutnya sahaja.. Hmmm

2 comments:

MORIBAYU said...

Jangan risau.
Takdir dan Masa,akan sentiasa berbelas kasihan.

ps:Me selalu buat joke ttg orang gemok dan berkulit hitam.Yaya !!!.

Aj Abdullah said...

thanks goodness aku tak gemuk dan hitam... kang naya2 jer kena buli leh me... hhuuhuhuh